Mula-mula sekali aku nak perkenalkan diri aku. Nama aku Nur Irene Qistina. Umur aku 18 Tahun. Aku anak yatim piatu. Mak dan Ayah aku meninggal kerana kemalangan waktu umur aku 7 tahun. Aku tinggal dengan abang kandung aku. Abang aku seorang kaki judi dan kaki perempuan, dia juga seorang yang panas baran. Jadi sampai sinilah aku punya cerita.
-------------------------------------------------------------
Aku bangun apabila terdengar bunyi deringan jam. Aku segera mandi dan ambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh aku turun ke bawah dan segera buat sarapan untuk abangku. Yelah dia kalau bangun sarapan takde aku yang kena tumbuk terajang dia. Walaupun dia abang kandungku tapi dia tetap tak suka aku. Aku pun tak tahu kenapa dia benci sangat dengan aku daripada kecik. Aku tak ambil peduli dan terus duduk lalu makan sarapan yang aku buat. Semasa aku makan aku nampak abangku turun kebawah dan berjalan ke meja makan."Hoi, aku nak lepas kau balik kerja nanti,bersiap pakai baju yang aku bagi lepastu kemas barang2 kau sekali" aku hanya menggangguk tanda faham. Tak berani nak menjawab.
"Kau dengar tak ni?!!" jerkah abang aku atau lebih dikenali sebagai Nazmi.
"dengar"
Selesai makan,aku terus pergi kerja. Walaupun umur aku 18 tahun tapi aku tak dibenarkan untuk sambung belajar oleh Nazmi. Jadi aku redha dan mencari kerja. Aku kerja sebagai pelayan di cafe.
Sesampainya di cafe aku disapa oleh rakan sekerja aku. Namanya kak lin.
"Qis, awal kamu sampai"
"Biasalah kak nak lari daripada Nazmi" hanya Kak lin sahaja yang tahu sifat abang aku yang seorang panas baran dan kaki judi.
"hmm, Qis amik order kat meja sana tu"
"ok" aku amik buku catatan serta menu dan bergerak kemeja pelanggan yang duduk di tepi tingkap itu. Aku menyerahkan buku menu kepada pelanggan itu.
"Encik nak order apa? " Selang beberapa minit baru pelanggan itu order
"Bagi aku americano dan kek red velvet" serius je lelaki itu bercakap. Takde senyuman yang terbit dibibir lelaki itu.
"Baiklah, pesanan anda akan sampai sekejap lagi" aku segera ke kaunter dan menyatakan pesanan itu. Sedar tak sedar akhirnya tamat shif aku bekerja. Aku segera bergerak pulang kerana takut dimarah oleh Nazmi.
Akhirnya aku tiba dirumah pada jam 8.00 malam. Setibanya di rumah aku ditegur oleh Nazmi.
"Hoi, perempuan aku nak kau tukar baju. Baju tu ada kat atas katil kau. Kemas sekali barang kau. Aku bagi kau 1 jam je untuk bersiap." Aku hanya mengangguk mengerti.
Aku segera masuk ke bilik dan pakai pakaian yang dinyatakan oleh Nazmi pagi tadi. Aku meneliti baju yang diberi oleh Nazmi itu. Baju yang berlengan pendek dan hanya separas peha. Warna bajunya merah. Aku mula mengemas pakaian aku dan memasukkan ke dalam sebuah beg.
"Hoi kau dah siap ke belum?!!"
"dah"
"naik" Nazmi menyuruh aku naik motornya. Aku hanya turuti.
"kita nak pergi mana? "
"kau diam boleh tak?!!" aku terus terdiam mendengar jerkahan Nazmi. Nazmi mula start enjin motor dan mula bergerak. Aku hanya memerhati keindahan malam. Suasana yang nyaman buat aku terleka. Lamunan aku terhenti apabila Nazmi menyuruh aku turun dari motornya.
"turun" aku turun dari motor diikuti dengan Nazmi. Aku memerhatikan tempat itu. Penuh dengan manusia yang membuat maksiat. Ada yang bercium dan macam 2 lagi. Nazmi memegang tangan aku.
"Nazmi kita buat apa kat sini? "
"kau ikut je aku"
Aku yang tahu apa yang bakal terjadi terus menepis tangan Nazmi dan terus melarikan diri. Nazmi aku dengar tengah menjerit memanggil namaku.
"Qistina, sini kau jangan nak lari dari aku!!!, Nur Irene Qistina!!!!!!! " Aku tidak memperdulikan Nazmi dan terus berlari. Aku toleh kebelakang dan nampak Nazmi tengah mengejarku.
"sesiapa tolong saya!! " aku lari daripada Nazmi dan menjerit meminta tolong walaupun aku tau tiada siapa yang akan mendengar jeritan aku.
Aku lari sehinggalah aku terlaggar seseorang ini. Aku segera meminta tolong nya.
"Encik, tolong saya ada orang kejar saya"
"kenapa aku nak kena tolong kau,apa yang aku dapat"
"saya janji akan buat apa saja untuk encik"
"Ok aku setuju. Kau akan jadi milik aku mulai hari ini" lelaki itu segera menarik aku pergi ke keretanya. Kami masuk ke dalam kereta. Dia start enjin dan terus meninggalkan tempat itu.
Tbc...
Jangan lupa vote dan komen...
Jumpa di bab seterusnya..
Bye bye 🤗🤗