KISAH 5

1K 24 2
                                    

Ada seorang ahli falsafah yang menaiki sebuah perahu kecil ke suatu tempat. Kerana merasa bosan dalam perahu, kemudian dia pun mencari pendayung untuk bersembang...

Ahli falsafah menanyakan kepada pendayung tu: " Apakah anda memahami falsafah?"

"Tidak." Jawab pendayung.

"Wahh, sayang sekali, Anda telah kehilangan setengah dari seluruh kehidupan anda.

"Apakah anda memahami Matematik?"

"Tidak juga.." Jawab pendayung itu.

Ahli falsafah itu menggelengkan kepalanya seraya berkata...

"Sayang sekali,bahkan anda tidak memahami akan matematik.Anda telah kehilangan lagi setengah dari kehidupan anda.

Tiba tiba ada ombak besar membuatkan perahu tersebut terombang ambing.

Ada beberapa tempat kemasukan air,perahu tersebut akan tenggelam, ahli falsafah tersebut ketakutan.

Seketika, pendayung pun bertanya pada ahli falsafah itu." Tuan, apakah anda boleh berenang?"

Ahli falsafah dengan cepat menggelengkan kepalanya dan berkata: "Saya tidak boleh, cepat tolonglah saya."

Pendayung menertawakannya dan berkata..

"Berenang anda tidak boleh, apa erti dari kehidupan anda? Bermaksud anda akan kehilangan seluruh kehidupan anda."

Semua orang sebenarnya memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Bangga atas prestasi itu wajar saja, tetapi jangan sampai membuat diri sendiri menjadi sombong maupun angkuh akan prestasi tersebut.

Ingatlah, selalu ada yang lebih baik dari kita. Dan kita juga masih perlu belajar dari kelebihan orang lain.

CERPEN MOTIVASITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang