Yoongi datang mendekati dan duduk di sebelah Yoomin yang sedang leka melipat baju-baju mereka , untuk disusun dalam almari . Ya lah , honeymoon seminggu katakan , memang la packing banyak sikit , tu lah yang kena lipat dengan gantung banyak sikit .
"Nah" tangannya menghulur padaku sebuah hadiah yang berbalut kemas , sampul berwarna pink . Iya , pink warna favourite aku . Dia memeluk pinggang aku dari tepi , kepalanya dibaringkan di bahuku .
" Gumawo " aku senyum .
" Apa ni awak ? " tanya aku walaupun aku dah boleh agak apa dalamnya . Mesti buku ni , tengok pun dah tahu , mesti buku ni . Kenapa dia bagi aku buku ? kan dia tahu aku ni tak minat baca buku , bagilah kuali ke apa ke ? biar aku rajin masak ke apa ke . Emm tapi fikir balik macam bukan buku . Apa ek ?
" Bukalah " ujurnya sambil membetulkan kepalanya supaya lebih selesa .
Tanganku membuka sampul itu perlahan dan berhati-hati . Ikutkan hati memang nak koyak , tapi kesian pulak kat Yoongi dah sampul cantik-cantik , tapi aku sukahati je membaraikannya , ahahaha .
Eoh , diary ? Tapi , kenapa diary ?
" Diary ? "
" Eung , khas untuk awak . Saya buat sendiri tau "
" Seriously ? Saya tak tahu pun awak ni sebenarnya kreatif " . Memang tak sangka Yoongi buat diary ni untuk aku . Lawa weh . Warna merah hati , warna favourite dia . Tak kisah lah warna apa pun , aku suka . Cantik .
" Saya memang selalu kreatif , saya saja tak tunjuk , nanti riak pulak " balas Yoongi . Dengan posisi sama dia tiba-tiba mencuit pinggangku . Apa lagi , aku terkejut lah . Eh dia ni , cuit-cuit pulak . Nak menggoda aku ke apa ni ? hehehe
" Oii pocot , janganlah sayang , geli tau " kataku mencuit hidung Yoongi pula .
Yoongi gelak , suka eh dia usik aku . Ada je nak kacau orang .
" Geundae , kenapa awak bagi saya diary ? " soalku
" Sebab saya nak awak isi diary ni dikala awak sunyi or sedih . Kalau saya takda nanti takda la awak pendam perasaan awak " ujurnya
" Chop , apa awak cakapni ? Awak nak tinggalkan saya ke ? Awak tak sayang saya dah ke? Awak janganlah tinggalkan saya " Air mataku mula bergenang , apa dia ni . Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu . Janganlah tinggalkan aku .
Dia memusingkan aku supaya aku memandangnya , aku memang dah mula nangis . Aku memang sensitif bab-bab macam ni . Baru cakap je dah nangis . Dia memelukku , badanku diusap . Dia cuba tenangkan aku yang tak bertenang ni .
" Sayang "
" Saya takkan tinggalkan awak , saya janji "
" Saya tak nak awak sunyi kalau saya takda , itu je " terangnya.
" Janganlah cakap macam tu saya takut lah "
" Saya takut kalau nanti awak betul-betul tinggalkan saya" balas ku pula . Gila tak takut , hilang suami kut , mahu meraung aku . Aku sambung menangis .
Dia melepaskan pelukan . Satu ciuman dihadiahkan di dahiku . Lama . Aku hanya mendiamkan diri .
Ciumannya beralih pula , di bibirku . Perlahan aku membalas ciumannya . Again , aku mengalirkan air mata . Badanku dipeluk Yoongi , aku juga membals pelukannya lama . Serius , aku memang takut . Takut hilang Yoongi .
Ciuman dilepaskan . Yoongi memelukku kembali .
" Dah , kalau nak nangis tu nangis je . Saya ada ni . Nangis je puas-puas , tak sangka awak akan tersentuh macam ni sekali . Sorry sayang , Saya janji tak buat lagi , okay ? "katanya .
Aku mengetatkan pelukan , menyembamkan muka ku di dada Yoongi . Sayu .
^^^
" Sayang , dah ke belum ? " teriak Yoongi dari ruang tamu . Maklumlah , Yoongi sewa suite .
" Kejap sayang , saya tengah pakai lipstick ni " balasku . Hah tengok , mata aku dah bengkak ni . Aduhh , nasib baik eyeshadow ni dapat menyelamatkan keadaan . Haihh encik suami , kenapa lah kau buat aku menangis teruk tadi . Aku bingkas bangun menuju ke ruang tamu .
Uishh hensemya dia . Baju putih , sweat pant kelabu dan cermin mata hitam . Nampak simple , tapi entah kenapa aku rasa tergoda , heheheheh. Aku pula hanya mengenakan dress labuh berwarna kuning , rambutku lepaskan , dan memakai topi pantai .
" Okay dah siap , jom " kataku
" Haa Jom " ajaknya.
YOU ARE READING
[OG] DIARY × MYG
FanfictionKang Yoomin's Diary :) ' Saya harap bila awak balik nanti , awak ingat saya . Saya tahu awak masih berjuang nak kembali kesini lagikan ?' ' Maaf saya tak dapat tolong , tapi saya takkan pernah putus bagi awak sokongan . Jangan give up okay ? :) ' '...