Amaran!!! Jangan baca kalau anda lemah dengan unsur pembunuhan, darah dan pisau.
Hembusan nafas terasa dekat. Titisan air mata membasahi. Bajunya ditarik genggam seseorang di belakang badannya. Sinaran cahaya matahari menerjah melalui lubang kecil dari tingkap yang ditutup guna papan kotak keras.
Hwang Minhyun membuka mata, melihat tangan yang menjalar peluknya dari belakang, direhatkan di perutnya. Selimut masih berada di hujung kaki. Dinding terasa dekat dengan muka, membuktikan bahawa kedudukan dirinya yang semakin ditolak tepi.
"Kenapa?" soal Minhyun, tidak berpaling belakang tapi mengetahui gerangan yang berada di belakang badannya.
"Hmmm" balas gerangan tersebut. Minhyun terasa kepala lelaki itu mengeleng-geleng sambil membenamkan wajahnya pada belakang badan Minhyun.
"Ke... napa?" Minhyun memusingkan badannya, mengadap gerangan lelaki yang mengerikot baring di sebelahnya. Tangannya menguak sapu anak rambut lelaki tersebut, melihat wajah lelaki tersebut yang sembap.
Mereka saling mengadap, mata bertentang mata. Minhyun dapat menghidu bau alkohol dari nafas lelaki itu.
"Kau minum lagi?" soalnya. Lelaki itu hanya mengangguk. "Kenapa?" soalnya lagi, kali ini memegang dahi lelaki yang muda darinya itu, merasa suhu badan.
"Dia.... mati"
"Kau dah ambil jantung dia?"
Lelaki itu mengangguk sebelum Minhyun melihat sebutir air mata yang mengalir, menitis ke tilamnya.
"Jihoon ah~" Minhyun menyapu air mata tersebut dengan jari anaknya. Jihoon, nama panggilan anak muda di depannya itu. Sungyoon, Haseon, Jaemin, Jieul, Yoonmin, dan pelbagai nama yang digunakan oleh anak muda itu, Minhyun tetap memanggilnya dengan nama Jihoon. Nama yang diberikan sendiri dalam pertemuan pertama mereka berdua.
"Saya takut"
"Kenapa takut? Nama kau siapa"
"Saya tak tahu"
"Jihoon. Aku akan panggil kau Jihoon"
Wajah keanakan Jihoon ditatap lama. Simpati lahir dalam diri Minhyun apabila memandang wajah tersebut.
"Kau suka dia?" suara Minhyun lembut bertanya seolah berbisik.
Jihoon mengangguk lagi. "Dia baik dengan saya"
Minhyun mengukirkan satu senyuman tawar. "Itu kelemahan kau Jihoon, kau lemah bila orang layan kau dengan baik"
Jihoon mencebik. "Tak. Dia betul-betul baik. Dia ajak saya masuk rumah dia dan main game dia. Dia tinggi macam hyung, bahunya lebar, dan kadang bila dia senyum, mata dia sepet dan boleh nampak gigi depan dia macam arnah. Senyuman dia, tawa dia, oh, dia suka ketawa"
"Mungkin dia tahu kau datang nak bunuh dia, jadi dia layan kau baik supaya kau akan kesian akan dia"
Jihoon diam seketika. "Saya beritahu dia, kalau dia tak bayar hutang keluarga dia, saya akan bunuh dia. saya dah beri amaran tapi dia ketawa cakap tak percaya orang macam saya akan membunuh"
"Jadi sekarang dia dah terima akibatnya tak percaya cakap kau. Dia dah mati, kau dah laksanakan tugas kau dan semua dah selesai" ujar Minhyun sebelum bangkit bangun.
"Tapi hyung" Jihoon melihat Minhyun yang bangkit duduk di hujung katil. "Hyung pernah rasa apa yang saya rasa? Menyesal bunuh seseorang"
Minhyun menggeleng sebelum bangkit berdiri, mencapai baju jaket nipis yang disangkut di depan pintu. "Tak" balasnya, memandang Jihoon yang masih terbaring atas katil. "Aku tak pernah rasa menyesal atau bersalah lepas bunuh orang. Kita buat kerja kita. Itu salah mereka sebab tak bayar hutang"
YOU ARE READING
❝Hwangwink ✧ // Hembusan Nafas// ❞
General Fiction❝Hwang Minhyun + Park Jihoon ✧ // Hembusan Nafas // Completed ❞ Mereka hanya ada dua pilihan, membunuh atau dibunuh. Dua orang mafia yang membesar bersama terpaksa mengambil pilihan besar dalam hidup masing-masing.