Chapter 1

40 4 0
                                    

Relocate

Perceraian. Perceraian melibatkan banyak perkara. Fizikal. Mental. Segalanya. Bala dan Harris berkata, perpindahan lokasi antara orang tua menunjukkan refleksi tentang realiti yang dihadapi dari segi aspek ekonomi dan sosial yang menyebabkan mereka mahu berpindah jauh daripada tempat yang telah mereka tinggal bersama sewaktu dahulu. Jarak jauh ini menyebabkan komunikasi dan interasi bergolakkan. Oh Tuhan, bersyukurlah kerana ini abad 21. Internet. Interasi melalui internet. Adakah hubungan ini berlandaskan internet baru ikatannya kukuh?. Kalau ya, kenapa orang tua aku yang 24 dengan gadjet sukar untuk bersama?.

Aku semakin pening dengan apa yang website ni cakap. Aku rasa aku salah search dekat google chrome. Isu penceraian. Bukan pasal pindah randah. Bertukar habitat. Yep aku bertukar habitat. Habitat dimana aku sedut oksigen berhaba masin dengan rengusan ombak di waktu senja dan bintang beribu pada malam sabtu sewaktu aku layan Viu. Sekarang aku perlu tinggal di mana semua bangunan sedang berlumba antara mereka siapa paling tinggi dan pelbagai jenis kenderaan berlainan jenama dari luar negara meluncur di jalan raya yang mengelirukan. Jarak yang dekat dengan perjalanan yang berbelas minit untuk sampai. Oh kota pesat. Aku dah sesat. Entah berapa banyak Mall telah aku lepasi sepanjang perjalanan. Dan entah berapa banyak kereta yang meluncur tidak pandang ke sebelah sambil menikmati muzik di radio. Semua sibuk dengan telefon di tangan dengan wajah berkerut.

Lagu yang aku layan tiba-tiba sahaja berhenti dan telefon di atas peha aku bergetar. Pantas aku menanggalkan earphone dan melekapkan telefon di pendengaran. Fikiran melodramatik tadi aku buang jauh tinggal di rumah lama. Dan perasaan sendu tadi telah aku cicirkan di pintu gerbang sempadan negeri.

"Hello?," suara kasar seperti konkrit dengan cat Jotun yang berkerak dihujung talian. Pemilik suara yang berkata-kata tidak lebih sepuluh perkataan sehari.

"Hello," aku menjawab, "Belum sampai lagi".

"Oke. Abah dah dekat stesen bas".

"Oke".

Aku matikan telefon bimbit. Merengus dan menyumbat earphone ke pendengaran semula. Aku pasang kuat lagu Coldplay Viva La Vida seraya mencampakkan pandangan ke luar tingkap. Langit senja mencurah di kaki langit. Tekak aku merasa pedih seolah-olah sedang meneguk asid dan perut aku yang kosong diserang gastrik. Perjalanan hampir satu hari telah memakan segalanya tentang aku. Perjalanan hampir satu hari telah bikin aku overthink dan aku tak mampu lari.

Mungkin dalam lebih kurang sepuluh lagu tamat bermarathon dalam fikiran kosong, aku telah tiba di stesen bas. Aku menyarung beg galas Fila ungu di bahu dan beg sandang pada leher. Aku melihat poket tempat duduk dan kerusi. Tiada apa yang tertinggal kecuali sampah makanan ringan serta kotak minuman Drinho yang kemik. Aku jeling sekilas tercegat disitu sebelum suara dari tempat duduk belakang menegur aku untuk mengambil sampah aku. Syukur dia tak jerkah aku. Menegur sopan. Aku mengangguk aja dengan rasa malu sebab buat salah. Terus mencekup sampah lalu keluar dari bas.

Aku terpinga-pinga mencari tong sampah. Aku tergaru-garu kerana tidak nampak satu pun. Aku membuntangkan mata. Sibuk mahu mencari tong sampah, aku lupa bagasi masih tidak diambil dari dalam perut bas. Aku segera memasukkan sampah ke dalam beg sandang kemudian berlari anak kearah bas. Pemandu yang berkepala botak dengan jaket lusuh yang bertanggungjawab dalam pemanduannya menghantar penumpang dalam tempoh satu hari itu bersedia menurunkan pintu bonet bas dengan lengannya yang sasa. Aku yang bersuara perlahan dan malu untuk mengeluarkan suara dikhalayak ramai dengan spontan menjerit hentikan pemandu itu. Dia berpaling dengan wajah tercengang. Melihat aku yang tergopoh-gapah berlari. Aku dapat lihat daripada reaksi wajahnya dia tidak suka aku yang cemerkap ini tertinggal barang. Bibirnya terkumat-kumit sedang membebel sesuatu yang satu pun perkataannya aku tidak dapat tangkap. Aku mungkin salah tafsir dia adalah warga asing jikalau bukan kerana rupanya yang bercirikan melayu jati.


CatakWhere stories live. Discover now