chapter 5

27 1 0
                                    

Aku terkebil-kebil mendengar suara jantan yang menerpa. Aku kaku terdiam. Memerhati sekeliling. Aku baru tersedar tentang sesuatu. Dinding tandas ini bewarna biru. Adakah biru ini biru yang melambangkan lelaki? Simbolism jantina sejak azali? Aku pantas selesaikan urusan aku di dalam jamban kemudian berdiri berdiam kaku.

Seketika kemudian bunyi beberapa tapak kaki melangkah masuk. Aduh, makin ramai pula yang datang berkunjung. Aku fikir tandas perempuan je yang meriah tak ingat dunia. Lelaki pun boleh tahan. Aku mengepit kedua lubang hidung. Menahan nafas yang dicemari asap rokok. Kepulan carutan dan asap rokok yang bercampur aduk di udara dari mulut-mulut lelaki muda di dalam jamban ini sungguh menyesakkan.

Boleh dikatakan aku dah ponteng kelas pertama di hari pertama aku di sekolah baharu. Rekod baru yang buruk. Aku mahu melepaskan keluhan rintih namun aku simpan aja niat tersebut, sebelum aku didengari. Tiba-tiba aja pintu tandas yang aku guna sekarang ditendang-tendang. Aku menelan air liur. Bertubi-tubi aku dipanggil, digesa untuk keluar. Apa perlu aku buat? Keluar macam tu je? Pastu cakap 'ha hello, aku silap masuk tandas'.

"Setan keluar la sial, ni jamban feveret aku..Aku nak berak ni!".

Punya la banyak jamban, guna la jamban lain. Boleh pulak ada jamban favourite bagai. Siapa aja suka tandas sekolah? Menyampah bercampur cuak. Aku masih pasif disini. Menunggu mereka semua untuk pergi, dan aku masih terfikir, bagaimana aku boleh beredar dari sini dengan jayanya. Macam mana kalau aku fikir dah tak ada orang, diam semua, bila aku tolak pintu, diorang semua tengah berkampung tercongok depan tu.

"Guna la jamban lain".

"Tak nak la, Nuh".

"Alah..sama-sama busuk ah jamban sekolah ni..Budak tu tak sudah membuang lagi..Cirit tu..."

Aku bersyukur sekejap dengan kata-kata si Nuh itu. Cakaplah aku cirit keapa pun asalkan jangan desak aku keluar dari sini sekurang-kurangnya saat ini. Aku agak lebih kurang 30 minit aku tersekat di sini. Satu masa matapelajaran telah pun lambai tangan ucap selamat tinggal dan aku dah boleh lihat nama aku di tulis dengan pen berdakwat merah dicatat sebagai pelajar yang ponteng.

Kian lama, tiada lagi bunyi riuh-renduh. Aku juga boleh dengar bunyi flush jamban sebelah ditarik. Lega. Tiada sesiapa. Apabila telinga aku sudah memastikan tiada sesiapa berdekatan, aku pun menarik pintu perlahan-lahan, mengendap, lihat ke luar. Tiada sesiapa. Selamat.

"Fuh, geng Sajat".

Aku berpaling melihat ke sebelah. Seorang pelajar lelaki yang bajunya tidak berlencana dengan rambut coklat tua dan juga dark circle yang jelas dan nyata. Aku hampir aja terserdak oksigen. Dia merenung aku dari atas sehingga ke bawah. Wajahnya menayangkan senyuman sinis yang senget persis Zul Ariffin ciplak. Aku meneguk air liur, aku mengetap bibir, menggenggam penumbuk, terus mengorak langkah laju blah dari situ. Memang sumpah aku tak tengok belakang.

"Mana awak pergi? Nama awak dah kena tulis," ujar pelajar di sebelah aku. Sambil menyusun buku nota yang berterabur di atas mejanya, yang sudah pun memakan ruang mejaku. Aku jeling tanda tidak senang. Aku sengaja meletakkan bekas pensil gergasi aku di sebelah menghampiri garisan antara meja aku dan dia.

"Sekolah ni ketat siket pasal kehadiran dengan bab-bab ponteng ni..," dia bersuara. "Saya rasa..Karang awak kena panggil dengan cikgu disiplin..Kena masuk kelas tahanan..Tapi jangan risau..Parents awak tak dipanggil, sebab...Hmm, lebih kurang tiga kali buat kesalahan baru pihak sekolah call parents..So chill je, masuk kelas tahanan tu takde pape pun".

Aku terkebil-kebil. Masuk kelas tahanan? Aku fikir dalam filem barat aja ada kelas tahanan. Kat Malaysia pun ada ke? Ke sekolah ni aja. Aku menjegilkan mata dengan bibir yang kering aku ketap. Apa benda yang orang buat dalam kelas tahanan ha? Aku tak pernah terfikir pula apa yang orang kena buat kalau masuk kelas tahanan.

"Cikgu...Buat apa kat budak-budak yang kena kelas tahanan tu? Ro-Rotan?," suara aku gementar, namun aku tahan-tahankan. Rasa macam segan pula, tadi bukan main sombong aku tak nak layan dia, sekarang duk tanya itu ini.

Dia tersengih. Aku pun turut tersengih. Bezanya sengih aku ini cuak, dia sengih macam rilek-rilek gitu. Aku syak dia selalu kena panggil masuk kelas tahanan.

"Entahlah...Sebab saya pun kena panggil dengan cikgu semalam..Ha,..Esok first saya masuk kelas tahanan, kalau nak cerita pun...," dia menggaru hidungnya, "rasanya kita sama-sama kena la kot".

Aku tersengih dengan kening terangkat. Fuction sangat tanya dia ni.


--

writer's note

Hello, aku rasa sumpah takde mood, tak rasa pleasure menulis untuk saat ini. Aku dah hilang passion ke? Atau ini bukan genre kesukaan aku? Idk man uhuks

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CatakWhere stories live. Discover now