2

46 6 10
                                    

[ Rumah Minjoo ]
"Huh" , megeluh Minjoon penat sambil campak beg sekolah yang berat tu .

"Aik , main campak je ?" , soal Mr.Kim , ayah Minjoo. Minjoo pun buat selamba dia saja , malas layan appanya tu .

"Oh , pandai eh tak layan appa sekarang ?" , tanya appa dengan menghalang laluan anak kesayangannya tu .

"Orang penatlah appa , lagipun Minjoo nak kencing ni , dah tak tahan . Kang tetiba ada batu karang nanti , haaa sapa nak tanggung ? Minjoo jugak" , jawab Minjoon panjang lebar.

"Yelah , yelah . Nak jugak menang anak appa sorang ni" , kata appanya sambil mengusap kepalanya . Tanpa melengahkan masa Minjoo pun berlari ke tandas untuk kecing . Acah je semua tu. Lepas habis meng"acah" , Minjoo membasuh tangannya dan menatap mukanya di cermin tu .

"Omma , Minjoo rindu omma " , kata Minjoo dengan air mata yang keluar. "Kenapa awal sangat Tuhan nak jumpa omma? Minjoo rindu omma" , teriak Minjoo dengan kuat sekali. Selesai teriak , menjerit , halnya , Minjoo pun keluar dari bilik air tu .

"Lamanya Minjoo dalam bilik air tu , kencing ke berak ?" , tanya appanya yang sedang sibuk baca surat khabar. Ish , sibuknya lah dengan surat khabarnya tu , Tun M jadi PM je pun , bukan RM jadi PM , ngomel Minjoo di dalan hatinya.

"Yelah , takkan lah Minjoo nak korek lubang jamban pulak" , kata Minjoo bergurau. Bilik air dirumahnya semua kedap suara. Entah kenapa appanya buat bilik air sebegitu. Agaknya taknak bagi orang dengar kot dok menjerit dalam bilik air. Eh , buat apalah tu ? Mungkin appa selalu berak bunyi macam cirit keluar kot , husnuzon Minjoo.

"Minjoo , duduk sini jap" , kata appanya sambil menepuk-nepuk sofa ditepinya. Minjoo yang sibuk berhusnozon tadi pun kembali kedunia nyata dan duduk sebelah appanya. Minjoo memberikan wajah blur kepada appanya.

"Appa tahu , kamu masih rindukan omma kamu. Appa nampak satu kertas terjatuh masa kamu nak pergi tandas tadi. Dekat kertas tu kamu tulis "Maafkan Minjoo , omma . Minjoo akan tebus kesalahan Minjoo..." , kata appanya terhenti sambil mengeluarkan kertas tersebut dan berikan kepada Minjoo.

Minjoo pun mengambil kertas tu dengan riak wajah yang sedih. "Appa nak kamu tahu , bukan salah kamu sampai omma kamu jadi macam tu . Tuhan sayang pada omma sebab tu Tuhan nak jumpa omma. Bukan pada masa yang tepat Tuhan nak jumpa omma tapi memang bukan salah kamu. Jadi berhentilah buat kerja ni . Appa taknak kamu terseksa . Lambat-laun orang akan tahu juga" , kata Mr.Kim dengan nada yang sayu.

"Tapi lambat-laun , bukan ? At least Minjoo boleh lengahkan masa sikit. Minjoo tak move on lagi dengan kes haritu. Lepas Minjoo dah okay , Minjoo akan berhenti buat semua ni ye appa ?" , balas Minjoo dengan mengusap lembut tangan appanya , mengharapkan appanya okay dengan keputusannya.

"Ye , baiklah . Tapi Minjoo kena ingat , bukan ini yang arwah omma kamu mahukan " , balas Mr.Kim dengan nada pasrah . Ini kali yang ke-100 rasanya Mr.Kim menasihat anaknya supaya berhenti buat semua kerja bodoh ini . Tapi , bukan kerja yang bodoh bagi Minjoo.

"Ye , appa . Minjoo tahu. Ish , appa ni , Minjoo bukan perempuan yang lain lah . Minjoo tahulah nak handle hidup Minjoo ni" , katanya dengan berlagak. "Ingat apa yang dah jadi dengan kamu dulu. Main senang cakap je. Walaupun perangai kamu tu macam jantan , tapi jantina kamu tu still perempuan. Nafsu lelaki pada perempuan ni lain sikit. Bukan macam perempuan , baru nampak abs Jungkook baru nak menggila" , kata appanya perli.

"Ish , appa ni main abs Jungkook pulak . Mahal tau abs dia , ish. Dahlah , Minjoo banyak kerja ni . Minjoon pergi dulu ye" , balas Minjoo lalu mencium dahi appanya.
------------------------------
Jungkook yang terdengar pujian dari Minjoo tadi pun tersengeh gembira . ( ehh takde kena mengena hahhahahaha )
----------------------------------
Jimin's POV
"Haaa , dia ada tak tadi ?" , tanya Namjoon yang sibuk membelek buku nama yang sesuai untuk rapper , ceih. Balik balik rumah je dah kena tanya soalan macam tu. Cubalah sweet sikit , aduh , fikir Jimin.

"Haaa takde kan dia ? Dahlah Jimin , terima jelah kenyataan. Banyak lagi perempuan yang lagi elok dari Chunjae tu" , bebel Namjoon.

"Hyung?" , panggil aku sambil duduk sebelah dia.

"Hurm".

"Hyung rasakan , Minjoo tu memang macam tu ke ?".

"Macam mana ape ? Camtu jelah , lol" , jawab Namjoon yang tidak lekang dari buku nama itu.

"Bukanlah . Maksud Jimin , hyung rasa-" .

"Hyung rasa , hyung rasa . Aku tak pernah lagi lah makan orang , ish" , kata kata aku terpotong dengan lawak bodoh Namjoon. Disebabkan malas layan lawak bodoh Rap Monster ni aku sambung

"..Minjoo ni memang gemok , berjerawat , buruk macam tu ke ? Jimin rasalah yang Minjoo ni ade sorok something.." , jawab aku sambil menyandarkan diri dengan kedua tangan direhatkan di belakang kepalaku.

"Hyung pun rasa macam tu , tapi sebab apa dia nak tipu betul tak ? Yelah , perempuan zaman sekarangkan sibuk dengan penampilan diaorg sekarang dengan alasan supaya adik kesayangan kau terpikat", jawab Namjoon menyampah.

Aku memandang Namjoon dengan riak wajah pelik yang bermaksudkan " adik kesayangan?".

"Haih , siapa lagi kalau bukan Jungkook" .

"Jungkook ? Kenapa dengan dia ?" , tanya aku .

"Kau tak tahu cerita ke yang ada satu video viral pasal abs Jungkook . Entah minah mana tah record . Jungkook pun satu , dah tahu cermin rumah ni boleh nampak dari luar , pergi pakai boxer je tengok tv hahahah " .

"Kaulah bodoh pergi buat rumah orang boleh nampak dari luar . Aku nak bangun pagi pun kena pakai mask . Tercalar maruah aku nanti " , jawab aku sambil tolak kepala Namjoon.

"Eh , bukan akulah , appa aku yang suruh .Dahlah aku nak study" , jawab Namjoon.

"Study nama ke bang HHAHAHHAHAHA" , terbahak-bahak aku ketawa melihat Namjoon.

"Apa yang kau happykan sangat ni ?" , tanya Yoongi dgn taik mata berkilo.

"Takde pape , haha haha haha " , jawab aku dengan ketawa yang masih berbaki .

"Er , hyung ?" , aku memanggil Yoongi.

"Kenapa hyung macam terurus sikit sejak dua menjak ni. Walaupun taik mati berkilo tapi kenapa hyung nampak happy dari sebelum ni? ", tanya aku pada Yoongi. Bukan selalu nampak Yoongi begini. Kali terakhir dia seperti ni adalah 3 tahun lepas.

Ye , bukan aku sorang je perasan tapi semua Bangtan perasan. Oh , Bangtan adalah nama samaran untuk kami bertujuh iaitu Jin hyung , Suga hyung , Hoseok hyung , Namjoon hyung , Jimin , thats me , V and Jungkook . Jin dengan Suga dah graduated jadi tinggal Hoseok hyung , Namjoon hyung , aku , V dengan JungKook.

"Takde ape ape pun sebenarnya . Aku cuma tengah fikir pasal satu lagu jadi aku ingat nak buat untuk semua ahli Bangtan. Kot kot lah boleh dapat Grammy" , balas Yoongi dengan penuh harapan.

"Wah , nanti dah siap bagitahu aku tau . Aku orang first kau wajib bagitahu. Dahlah , aku nak mandi , nak tidur . Mengantuk", jawab aku sambil menguap.

Aku bangun dan tinggalkan Suga hyung sorang sorang . Penatnya lahai . Selamat sampai bilik , katil king aku memanggil nama aku dengan penuh kenikmatannya , "Jimin , Jimin . Aku tahu aku difikiran mu sekarang. Bertemulah dengan aku dulu", goda katil itu . Sebenarnya syaitan yang goda sebenarnya HHAHAHAHA.

Tanpa berfikir dua kali , aku merebahkan diriku di atas katil king kesayanganku. "Ni baru dunia bukan syurga , ARGHH , nikmatnya", kata aku terus dibuai mimpi , HOHO.
.
.
untuk chap 2 ni , words dia banyak sikit hehe . author tahu cerita ni lambat dan hambar hahahha . kalau hambar tolong la comment ye supaya author tak teruskan cerita ni tapi kalau best comment lah banyak banyak dan vote ye ! kalau best , hambaq kawan kawan ❤ btw , author lupa bagitahu pasal character dia hahah sorry . ni haaa character dia 🙆
.
.
Park Jimin as Jimin
BTS member as themselves
Minjoo as you
Mr.Kim as Minjoo's appa
.
kalau ade character baru nnti author update ye 🙆

complicated life // BTSWhere stories live. Discover now