Agama Yang Sebenar

1.1K 20 2
                                    

Agama Yang Sebenar

Oleh: Raja Mohamed Kassim

 Hak cipta 2012: Raja Mohamed Kassim

Terima kasih kerana muat turun ebook ini. Anda dialu-alukan untuk membaginya ebook ini dengan kawan-kawan anda. Ebook percuma ini boleh disalin, di edar, dicetak dan dikongsi, dengan syarat, ia diterbitkan keseluruhannya tanpa sebarang perubahan dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan buku ini. Jika anda suka ebook ini sila kembali ke wattpad untuk mendapatkan hasil karya penulis ini yang seterusnya.

 

Senarai tajuk kandungan

1.Muka utama

2.Pengenalan

3.Agama Islam

4.Pesanan dari Islam

5.Ajaran agama palsu

6.Dunia Islam

7.Pengenalan kepada Allah

8.Kata pengakhir

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera !

Alhamdulillah!

Segala pujian bagi Allah SWT yang memberikan keupayaan untuk menghasilkan ebook pertama saya yang berjudul “Agama Yang Sebenar” ini. Ebook ini merupakan hasil tafsiran dari ebook bahasa Inggeris yang berjudul “ The True Religion” hasil karya Bilal Philips.

Pada awalnya apabila saya terbaca ebook asal yang berbahasa Inggeris, isi kandungannya memikat telah hati dan saya rasa ebook ini harus dibaca oleh setiap orang manusia. Lalu, saya mentafsirkan ebook itu kepada Bahasa Melayu supaya isi kandungan ebook ini dapat disampaikan kepada orang-orang yang hanya dapat membaca Bahasa Melayu.

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu… (Al-Baqara: 254)

Jika anda terjumpa sebarang kesilapan sila maklumkan kepada saya melalui email.

Sekian

Terima Kasih

Raja Mohamed Kassim

Agama Islam

Perkara pertama yang harus kita mengenali dan memahami dengan jelas tentang Agama Islam ialah maksud perkataan “Islam” itu sendiri. Agama Islam tidak diberi nama berasaskan kepada seorang individu, seperti di agama Kristian yang dinamakan demi Yesus Kristus, agama Buddha demi Goudhama Buddha, Konfusianisme demi Konfucius, dan Marxisme demi Karl Marx. Ia juga tidak dinamakan sempena sebuah kaum seperti Judaism demi kaum Judah dan Agama Hindu demi kaum Sindu.

Agama Islam ialah agama Allah “Tuhan” yang sebenar, oleh demikian namanya mewakili prinsip utama agama Allah iaitu; Mengabadikan diri sepenuhnya demi kehendak Tuhan “Allah”. Perkataan bahasa Arab “Islam” membawa maksud taat atau menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan yang sebenar dan yang berhak disembah; orang yang menerimanya digelar Muslim, Perkataan Islam juga membawa maksud pendamaian yang merupakan, prinsip utama dalam amalan mengabadikan diri sepenuhnya kepada perintah Allah.

Agama Islam bukanlah sebuah agama baharu yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) dari Saudi Arabia pada abad ketujuh, tetapi agama Islam, merupakan agama sebenar Allah yang telah dinyatakan semula dalam bentuk terakhirnya.

Islam adalah agama yang diturunkan kepada Adam AS, manusia dan Nabi Allah yang pertama. Ia juga merupakan Agama bagi semua Nabi berikutnya yang diutus Allah kepada umat manusia. Nama agama Allah -Islam, tidak ditentukan oleh generasi manusia tetapi nama tersebut telah dipilih oleh Allah dan telah dinyatakan dengan jelasnya dalam wahyu suci terakhirNya. Dalam kitab wahyu terakhir Al-Quran, Allah berfirman seperti berikut:

Agama Yang SebenarWhere stories live. Discover now