TERAKHIR

3.4K 389 71
                                    

22.02.2018






Letih.

Itu yang aku rasa. Alahai... Rasa nak tercabut semua sendi.

Ni semua sebab abah. Semangat nak jadi petani moden. Terpengaruh dengan dakyah menantu kesayangan dia. Siapa lagi kalau bukan Puan Awan.

Nak bela arnab daging katanya. Cinta-cita bukan main tinggi. Siapa lagi la yang jadi tukang buat bangsal tu kalau bukan aku.

Bak kata abah, tak guna dulu ambil diploma teknologi perkayuan kalau takat bangsal arnab pun tak boleh buat.

Abah dengan menantu dia pakat dok jadi mandor. Bergabung tanaga gelakkan aku Haih!

Tubuh aku angkat. Penat sampai tak boleh nak tidur.

Baru gaya nak keluar, pintu bilik dibuka.

Muncul Awan di muka pintu.

"Abang nak keluar ke?"

Aku angguk.

"Baru ingat nak urut abang."

Urut? Terus tak jadi nak keluar.

"Nak pujuk abang ke apa ni?"

Iya la, siang tadi bukan main seronok buli aku.

Baju aku cabut. Campak terus masuk ke dalam bakul berisi baju kotor. Lalu aku jatuhkan tubuh. Meniarap di tengah katil tanpa bantal.

Terasa ada jari halus yang mula memicit.

"Kuat sikit yang. Macam semut meniti je tu." Gumamku perlahan. Merasai nikmatnya urutan hingga tak sedar bila masanya aku terlena dibuai mimpi indah.

Tiba-tiba sahaja aku terjaga. Tangan meraba sebelah. Kosong. Mana isteri aku?

Tubuh aku angkat. Mata yang separa terbuka meliar pada pelusuk bilik. Baru perasankan lampu di meja solek terbuka. Nampak susuk tubuh Awan di situ.

"Ayang." Panggilku.

Tiada reaksi. Aku bangun dan menuju ke arahnya.

"Ayang." Bahunya aku sentuh. Bila dia pusing memandangku, ternyata wajahnya basah dengan air mata.

"Ya Allah. Kenapa ni yang?" Terus aku peluk bahu kecilnya. Terasa tangan halusnya melingkari pinggangku.

"Abang jahat."

Sudah. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dia cakap aku jahat. Memang la aku suka mengusik sampai dia berair mata. Tapi itu boleh masuk kategori jahat ke?

Maaf la. Terjaga tengah malam macam ni, tak sempat nak fikir dengan jelas.

Tangannya melepaskan pelukan. Kali ini dia bangun dan peluk tubuhku pula.

Aduh. Drama peluk-memeluk di pagi hari pula. Dia tak tahu ke benda ni bahaya. Boleh membawa ke drama lain!

Sudahnya aku heret dia ke katil. Sama-sama berbaring. Tubuhnya aku peluk kemas. Macam ni baru la betul, kan.

"Kenapa menangis pagi-pagi buta ni. Terkejut abang tau. Ingat cik ponti mana la sesat dekat kampung kita ni."

"Abang..." Awan sudah merengek di dadaku.

"Dah. Dah... Menangis macam kena dera dengan abang. Padahal jentik pun tak pernah. Esok ni ma tengok mata ayang, abang jugak la yang kena bebel."

Menantu perempuan tunggal la katakan. Aku buat sikit pun tak boleh. Laju aje mata ma hantar pandangan laser.

"Kenapa menangis ni? Mimpi pelik-pelik ke?" Bukan apa, Puan Awan ni pernah mimpi aku pergi dating dengan perempuan yang tidak diketahui asal usulnya. Seharian dia merajuk. Pening juga aku dibuatnya. Salah aku ke?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Surat untuk Awan [C]Where stories live. Discover now