1,2,3 | 02

548 37 0
                                    

balik saja dari sekolah, jaemin terus ke tempat dia bekerja sambilan iaitu di 7eleven tapi sebelum itu, sempat dia menyalin baju kerjanya di tandas awam yang berdekatan.

jaemin melangkah masuk ke dalam kedai dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

" eoh, jaemin dah sampai ? " soalan yang lebih kepada teguran dilontarkan jaehyun yang juga bekerja disitu tetapi shiftnya sudah tamat dan digantikan dengan jaemin.

" nae, hyung boleh balik sekarang nanti lewat pula hyung nak ke class " ujar jaemin lembut kepada lelaki yang menuntut di sebuah universiti yang ternama.

" keure, hyung pergi dulu. kerja elok-elok " jaehyun berlalu pergi setelah memberi pesanan kepada jaemin.

jaemin ke kaunter. beg sekolahnya diletakkan di bawah ruangan meja kaunter. topi berwarna hitam yang menutup rambut pinknya dibetulkan.

sementara tiada pelanggan, dia membuat kerja-kerja lain seperti menyusun barang-barang mengikut jenis, harga  dan mengemop lantai.

-nctzen-

" saera, boleh tolong belikan aku makanan ? " tanya lucas, sepupunya saera. lucas berada di rumahnya kerana dia diarahkan untuk menjaga saera sementara ibu bapa saera ke luar negara.

" makanan apa ? " balas saera. daripada dia bosan berada di rumah, lebih baik dia keluar.

" tak kesah lah makanan apa pun " ujarnya. " nah duit " sambung lucas. beberapa keping duit diserahkan kepada saera.

saera mengambil duit itu dan tanpa bertanya atau berkata apa - apa, dia terus keluar ke 7eleven yang baru dibuka lebih kurang sebulan yang lepas.

1,2,3 [ ✔ ]Where stories live. Discover now