" panasnya hari ni " rungut saera. dia tidak henti-henti mengipas dirinya menggunakan tangannya walaupun angin yang terhasil tidaklah kuat dan tidak mampu menghilangkan bahang panas.
apabila dia terlihat 7eleven yang ditujunya, dia terus berlari tanpa menghiraukan pandangan aneh dari orang sekeliling. yang penting baginya sekarang hanyalah aircond dari 7eleven yang mampu memberikan kesejukkan yang boleh meredakan bahang panas cahaya matahari walaupun buat sementara.
dia melangkah masuk ke dalam kedai. dia melepaskan keluhan lega. dia berjalan menuju ke rak-rak makanan terletak.
dan nasib saera malang apabila dia dengan tidak sengajanya terpijak lantai yang licin dengan air sabun yang membuatkannya tergelincir dan hampir jatuh tapi, dia sempat disambut oleh pekerja 7eleven pada masa itu.
-nctzen-
jaemin terkejut dengan apa yang terjadi. tentu saja ini salah dia kerana tidak meletakkan notice board amaran lantai licin. mujur saja dia sempat menyambut seorang perempuan atau lebih tepat lagi saera dari jatuh. kalau tidak, tentu saja gadis itu tercedera dimana-mana anggota badannya.
jaemin masih dalam posisi dia merangkul pinggang ramping saera. anak matanya tepat menikam anak mata saera yang juga memandangnya pada ketika itu.
renungan dari saera membuatkan perasaannya bercampuk aduk yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan dan yang penting debaran yang kuat terhasil dari jantungnya sehinggakan dia sendiri dapat mendengarnya. malah sangat jelas. dan dia pasti gadis dihadapannya juga dapat mendengarinya.
tiga perkara ini cukup membuatkan dia, jaemin tidak tenteram.
YOU ARE READING
1,2,3 [ ✔ ]
Short Story" 1,2,3 this gaze right now 1,2,3 this feeling right now 1,2,3 this nervousness right now "