Thomas mengambil tempat duduk di dalam kelas bersendirian. Tiada siapa yang sudi duduk di sebelahnya mahupun berbual dengannya, sebabnya pun dia tidak tahu. Mungkin mereka tidak menyukainya barangkali
Atau mungkin Thomas ni sejenis introvert yang mereka kurang gemar untuk dibuat teman bicara mahupun sebagai sahabat.
Alah bisa tegal biasa, Thomas dah biasa menghadap situasi begini sejak hari pertama dia berada di sekolah ini. Tetapi, seringkali dia terfikir,
'Mengapa mereka tidak mahu memulakan perbualan dengan aku? Adakah mereka belum maklum akan diriku yang introvert ini? Atau mereka malu?'
Itu yang bermain di benak kepala Thomas selama ini.
Thomas terus keluar dari kelas dan mengatur langkah ke dewan untuk persediaan perhimpunan harian pelajar.
Sudah 6 bulan Thomas berada di dalam kelas Tingkatan 1 Amanah ini, seorang pun tidak mahu berkawan dengannya.
Tetapi...
"Hi, Thomas! Good afternoon!" tegur seorang rakan sekelas Thomas yang berselisih dengan Thomas sambil melambaikan tangannya. Thomad hanya menjeling saja wajahnya dan tidak membalas sapaannya itu.
Wajah rakan sekelas Thomas itu berubah muram apabila Thomas mengabaikannya.
Farid yang mengejar langkah Furqan menghampiri Furqan yang muram itu.
"Kau dah kenapa ni, Furqan? Buat apa lah kau menegur si Tom tu, kau pun tahu kan dia memang muka beku dari awal tahun, siapa aje nak berkawan dengan dia? Sia-sia aje tau kau try hard nak berkawan dengan dia, bukannya dia layan kau pun!" tegur Farid secara berbisik kepada Furqan.
Walaupun Farid hanya berbisik, ia mampu didengari Thomas dan cukup berbisa pada pendengaran Thomas. Inilah antara manusia yang paling dia benci dalam kelas. Judgemental.
'Belum kenal dan judge macam-macam. Mulut pun boleh tahan. Rasa nak cellotape aja mulut tu biar bisu selamanya' Bisik hati Thomas geram
Inilah manusia zaman sekarang. Terlalu kuat prejudis dan membuat andaian sendiri terhadap sikap dan personaliti manusia lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Lepas tu, tak ada toleransi, mencipta musuh yang sia-sia.
Orang lain tak buat apa-apa, mereka dah judge orang tu jahat la, tak baik la, semua yang buruk lah berdasarkan luaran mereka seperti wajah dan bentuk badan! Sedikit pun mereka mereka tidak mahu berhusnuzon dengan manusia lain atau cuba mengenali terlebih dahulu sebelum menilai!
Tetapi, Furqan adalah satu-satunya manusia dalam kelas tu yang sering cuba berkomunikasi dan berkawan dengan Thomas.
Cuma sayangnya, Thomas tidak sedar, bahawa itulah manusia yang acap kali cuba bersahabat dengannya. Itulah manusia yang ingin merealisasikan impiannya tetapi, Thomas terus-terusan melayan Furqan dengan buruk sekali.
Mungkin Thomas sudah set in mind bahawa tiada siapa mahu berkawan dengannya serta dirinya yang terlalu introvert mengakibatkan dia tidak sedar masih ada manusia yang ingin menjadi sahabatnya.
"Ermm, Thomas," panggil Furqan, lembut sahaja nadanya.
Thomas membalas dengan wajah beku serta nada yang dingin, "Yes, what you want?"
Walaupun ketara kedinginan Thomas terhadap Furqan, Furqan masih memberanikan diri berkomunikasi dengan rakan sekelasnya yang paling pendiam dan paling introvert serta paling susah dibuat kawan itu.
"Awak dah siap kerja Sejarah, saya nak kutip buku Sejarah ni, nak bagi kat Cikgu Tengku Husna," ujar Furqan yang sedang membawa beberapa buah buku latihan Sejarah rakan kelas mereka yang lain, lembut sahaja nadanya meminta buku Sejarah daripada Thomas
YOU ARE READING
Bahagia Yang Sebenarnya
Short StoryFirst karya by @blazedrose !!! 🌈 . Lidah tidak bertulang Ucapan cinta menghiris kalbu Ku kan pergi membawa diri Cinta di hati terkubur lagi... . Apabila pengkhianatan berlaku dalam persahabatan Ianya sangat menyakitkan, tetapi mengapa perlu dia mel...