Bab 2

5 2 0
                                    

Farid berjalan dengan laju menuju ke arah kantin.

"Aduh, lambat dah aku nak makan ni woi! Ni semua Cikgu Masyitah rambut gerbang tu punya pasal lah! Kerja bagi bertimbun lepas tu bila tak siap tak kasi keluar rehat pulak!" gerutu Farid sambil menelek jam tangannya kerana terlalu risau jika terlepas waktu rehat.

Akibat berjalan dengan keadaan resah dia terlanggar Thomas yang berjalan ke arah bertentangannya.

Thomas jatuh terduduk kesan impak perlanggaran itu.

Heiiii siapa pula yang buta ni! Farid menggerutu kegeraman penuh dengan amarah.

Setelah melihat gerangan manusia yang telah dilanggarnya ialah Thomas, Farid memaki Thomas,

"Hei Thomas, kau buta ke apa? Dahlah buat perangai bodoh sombong dalam kelas, lepas tu nak jadi buta pulak? Kau jalan pakai kaki ke pakai bontot ha? Lain kali bila nak jalan tu tengok sikit! Bukan main langgar aje!"

Dahlah kau yang langgar Thomas lepas tu Thomas pula yang kena maki? Thomas terus bangun tanpa mempedulikan dirinya yang agak sakit itu.

"Farid, awak cakap baik sikit eh, awak yang langgar saya, kenapa awak nak marah saya?" balas Thomas. Namun suaranya begitu perlahan sekali.

"Kau dah salah tu, mengaku ajelah salah! Nama aje pengawas sekolah, tapi cari pasal dengan orang nombor 1!" sergah Farid pada Thomas.

Bahang pergaduhan telah dirasakan oleh pelajar lain di kantin tersebut. Kedengaran chant 'Gaduh! Gaduh! Gaduh!' kuat dijeritkan oleh pelajar lain.

Akhirnya peperangan mulut pun bermula. Thomas yang pada mulanya hanya bercakap secara sopan dan perlahan mula hilang kesopanannya kerana hilang sabar. Farid pula makin galak menaikkan darah Thomas.

Furqan muncul di situ. Berusaha untuk meleraikan pertengkaran itu.

"Farid, kau boleh tak jangan cari pasal dengan Tom?" ujar Furqan pada Farid, tegas sekali nadanya.

Walaupun Farid kawan baiknya, tetapi dia sebagai pengawas yang bertugas di kantin harus menghalangnya agar tidak menjejaskan tahap disiplin pelajar di sekolah ini kerana ini pergaduhan di antara seorang Pembimbing Rakan Sebaya dan seorang Pengawas Sekolah!

"Kau tak payah menyibuk lah Qan! Ni hal aku dengan dia! Dia ni memang tak puas hati dengan aku dari dulu lagi!" balas Farid.

"Farid, stop it! Stop embarassing yourself! Please! Jangan buat kecoh, kita baru form 1 janganlah nak buat masalah disiplin! Kau tu PRS! PRS membimbing rakan ke arah kebaikan, bukan bimbing mereka untuk bergaduh!" tegur Furqan masih bernada lembut tetapi tegas itu.

Farid mengalah dengan teguran sahabat karibnya itu.

"Kau tunggu nanti Thomas! Hari ni, hari kau!" pesan Farid, kasar sambil membuat gaya jari seolah-olah menyembelih leher.

Setelah keadaan reda, Furqan menghampiri Thomas yang mengemaskan pakaiannya dan membetulkan tali lehernya.

"Thomas, are you okay? Did you hurt yourself? I'm truly sorry for what Farid did to you. Saya minta maaf ya," ujar Furqan begitu mengambil berat terhadap Thomas dan meminta maaf bagi pihak Farid.

Wajah Thomas yang tenang tiba-tiba menjadi bengis dan penuh dengan kebencian.

Thomas terus menarik kasar tangan Furqan menuju ke kelas mereka. Tangan Furqan dilepaskan secara kasar.

"You should mind your own business Tengku Furqan Anaqi!" tengking Thomas dengan nada yang kuat.

Terkejut Furqan. Sungguh terkejut! Tidak menyangka Thomas akan menengkingnya! Thomas yang memandang Furqan dengan jelingan tajam berserta riak wajah penuh kebencian itu menyeramkan Furqan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bahagia Yang SebenarnyaWhere stories live. Discover now