Bab 1

58 3 2
                                    

"Kau bilang aku memang syantik,ku tahu diriku paling menarik.hmmm hmmm ..."

PONNNNNN!!!

"Oh mak kau meletop!"terkejut Syasya bila terdengar bunyi hon dari belakang.Degupan jantungnya menjadi laju akibat terlalu terkejut. Yalahkan,dia yang terlalu asyik menyanyi lagu baru Safiey Illias tu tiba tiba di hon dengan kuat oleh pemandu kereta belakang.

"eiiiii!!!terkejut aku la.Tak guna punya pemandu kereta belakang.Dahla pakai kereta kura kura warna kuning pulak tu.Langsung tak up to date." Syasya membuat muka menyampah."Eh jap,bukan ke kereta kura kura sekarang ni mahal ke? Ahhh,kisah apa aku."

Pemandu kereta kura kura itu meng'hon'kan lagi.Makin terkejut Syasya dibuatnya.
Syasya menurunkan cermin keretanya lalu mengeluarkan kepalanya yang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar.

"Hoi,kau apesal hon hon tak tentu pasal kat aku hah? Naik bingit telinga aku ni haa!"

Pemandu kereta itu turut menjengukkan kepalanya ke luar."Amboi,kau buta ke? Kau tak nampak ke yang traffic ligt tu dah warna hijau.. Dah nak jadi warna merah dah pun.Dahla aku ni nak cepat.Bongok punya perempuan."

Syasya terus memusingkan kepalanya ke arah lampu isyarat yang dikatakan pemandu belakang itu."Alamak! Betullah dia cakap. Dah nak jadi warna merah dah pun. Alahhh,kau ni Syasya menyanyi la lagi. Kan dah kena sound dengan mamat kura kura tu. Aduiii dah la aku marah dia padahal aku yang salah."monolog hati Syasya.

Tanpa menoleh kiri,kanan dan belakang,dia terus memecut laju keretanya. Malu agaknya tu.

Mamat kura kura itu pulak menggelengkan kepalanya sambil membebel sama seperti mak aku."Eii,perempuan zaman sekarang harap je ada lesen tapi bawa kereta macam tak tahu undang undang je."

Syasya memulakan hari pertamanya bekerja di Syarikat Fuads Sdn Bhd sebagai setiausaha CEO dengan mengambil tempat dalam acara maraton 1000 km/jam.Punyalah laju dia berlari sampai semua orang pandang je dia.Mak Cik yang sedang jual kuih pun habis berterabur kuih dia kerana terkena tempias angin laju Syasya.Eh tak,gurau je.Tak de lah sampai macam tu sekali.

Tapi memang laju Syasya lari.Kalau nak diibaratkan,the pocket rocket man yang berbasikal tu pun boleh kalah dengan Syasya.Yalah hari pertama kerja dah nak tunjuk perangai datang lewat dia.

Itu la dalam kereta bukannya nak fokus hundred persent kat jalan tapi sibuk nak menyanyi. Dah tau minat menyanyi apesal minta kerja jadi setiausaha. Bongok punya Syasya.

"Fuhh! Nasib baik sempat" tercungap-cungap Syasya kerana terlalu lelah. Dia menekan butang lif menuju ke tingkat 5. Baru aje pintu lif hendak tertutup,satu tangan menyekatnya sebelum tertutup.

Terkejut Syasya melihat wajah yang tercungap cungap mencari nafas untuk terus hidup di atas muka bumi ini.hohoho. Syasya menutup mukanya dengan fail sijilnya supaya gerangan yang menyekat pintu lif tadi tak ternampak dia.

Nasib Syasya sangat malang kerana fail itu dengan tiba tiba jatuh akibat tangannya yang terlalu menggeletar. "Alamak!terjatuh la pulak" Syasya berbisik kepada dirinya sendiri.

Lelaki yang turut sama berada dalam lif itu menunduk untuk mengambil fail tersebut. Dia menyerahkannya kepada Syasya dan tiba tiba " Kau?!!"

"Ha'a aku kenapa? Kau ada masalah ke?" hohoho begitu angkuh sekali Syasya menjawab."Eiii,malang betullah nasib aku ni asyik terserempak dengan kau je" rupa rupanya lelaki yang menyekat pintu lif tadi ialah lelaki yang meng'hon' Syasya pagi tadi.

Patutlah Syasya menutup mukanya.hmm,Syasya Syasya.Nasib kau la terjumpa mamat kura kura ni lagi.Bisik hati kecil Syasya.

"Kau tahu tak disebabkan kau la aku lambat hari ni tau. Kalau papa aku marahkan aku lepas ni aku akan cari kau sampai lubang tebuan."

"By the way,what are you doing here?" tanya mamat kura kura tu sambil bercekak pinggang.

"Suka hati aku la nak buat apa kat sini. Bukannya susahkan kau pun" Amboi, beraninya kau Syasya menjawab pertanyaan mamat tu. Dahla kau ada dengan dia je dalam lif ni. Kalau orang tua tua cakap bila berdua duaan dengan orang bukan muhrim ni biasanya ada orang ketiga. Eh eh,bukan orang tapi syaitonnn!! Sekali lagi hati Syasya berbisik.

"Oh berani kau jawab macam tu dekat aku eh?" Mamat kura kura itu mula mendekati Syasya.Syasya dah mula menggelabah. Peluh dah mula menitik di dahinya yang licin. Dia berundur ke belakang. Undur punya undur pap dah takde ruang lagi kau nak lari Syasya oi.

Huaaa.. Ya Allah kau selamatkanlah hambamu yang lemah ini. Ha,masa ni kau baru nak ingat tuhan syasya?😏

Tiba pintu lif terbuka dengan luas. Apa lagi, terus Syasya membuka langkahnya. Dia memecut ke bilik Puan Annisa.Dalam hati dia bersyukur kerana pintu lif itu terbuka di saat saat yang genting itu."Aku sayang kau lif" Eh sempat lagi si Syasya ni.

Sampai di depan bilik Puan Annisa,dia menarik nafas beberapa kali untuk mengganti oksigen yang telah digunakan semasa berlari tadi.Eleh,ya ke Syasya ni padahal dia berdebar.Hohoho.Dengan lafaz bismillah dia mengetuk pintu bilik Puan Annisa sebelum memasukinya.

"Eh dah sampai dah Syasya?Awalnya kamu sampai". Sempat Puan Anissa menyindir. "Hehehe.Sorry la Puan tadi ada masalah sikit."Syasya membuat muka sepuluh sennya.eh jap bukan sepuluh sen tapi 0.5 sen.

"Hmmm. Suka hati hangla Syasya hoi.Nasib hang baik tau hari ni sebab Encik CEO hang datang lambat. Kalau dak,mampuih hang.So,are you ready to be personal assistant for CEO Fuads Company Sdn.Bhd?"

"YESSS,I'm ready!!" Syasya menjawabnya dengan penuh bersemangat."Jom saya bawa awak ke bilik CEO syarikat ni".

"Puan,apa nama CEO syarikat ni?" dengan ramah,Syasya bertanya.

"Encik Syakir Iskandar. Dia tu memang garang.Staff dekat sini pun tak beghani nak cakap dengan dia.Nak ucap selamat pagi pun terketaq ketaq tau?"Amboi pekatnya bahasa Kedah Puan Annisa ni kan.

"Ooooooooooooo" "Amboi panjangnya ooo kamu. Oh satu lagi jangan la panggil saya puan. Rasa macam tua pulak. Eh memang dah tua pun. Hahahaha" Gelak sakan Puan Annisa.

"Habis tu nak panggil apa?"
"Hang panggil ja Kak Nisa."
"Wokey Kak.No problem" Dengan penuh yakin Syasya menjawab.

"Hah,dah sampai dah.Hang pi la masuk naa. Akak nak gi tandas jap." Syasya sekadar mengangguk.

Syasya mengetuk pintu bilik boss barunya itu."Masuk!" "Eh,macam kenal je suara ni.Ah masuk je la.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Hmmm,Nurul Syasya Qistina binti Zakaria.Duduk!"

Alamak garangnya suara.Tapi aku macam kenal je dia ni.Siapa ek?hatinya berbisik."bba..bbaik boss.Ttterima kasih." Syasya menghempas punggungnya dia tas kerusi yang empuk itu.

Sekali lagi dia mengelamun.ishh bestnya jadi boss kalau macam ni.Tiba tiba boss barunya itu memutarkan kerusinya yang membelakangi Syasya. Punyalah terkejut Syasya sampai terbangun.

"Eh kau?!!" mereka serentak berkata perkara yang sama.Eh macam ada jodoh pulak.Kali ni dah masuk kali ketiga mereka berjumpa.

You're My PriorityWhere stories live. Discover now