Why?

1.1K 63 10
                                    

"Api,bagi balik fon aku!!"
"Alaa...aku nak main kejap je!"
"Kau kan dah ada fon sendiri!Mainlah dalam fon kau tu"
"Aku nak tahu apa yang best tentang Instagram ni!"

Tanah POV

Itulah yang berlaku setiap hari dan setiap masa..ada je prank yang Api selalu buat.Tak pernah lagi kalau si Api tu bangun dari tidur dan tak ganggu sesiapa..tak pernah!Tiba-tiba,ada seorang remaja berbaju kuning lalu didepan ku.Kenal sangat pemilik lambang petir tu,lebih baik aku sambung kerja aku di dapur..

Tanah POV end.

*rampas fon dari tangan Api*"Kau kalau sehari tak buat kecoh,memang tak sah!"
"Alaa..bukan selalu boleh kacau Cahaya"kata Api sambil memuncungkan mulutnya."Entah kau ni,Pergilah kacau si Air ke,Daun ke..nak kacau aku juga!"Cahaya mengambil balik fonnya dari tangan Petir.Api menghembuskan nafas kemarahannya dan terus pergi ke laman belakang.Dia bermain dengan bebola apinya dan menggenggam sekuat hatinya.

"Apa yang aku buat semua salah!Aku prank orang pun salah!Aku duduk diam pun salah!"
"Kenapa marah ni,Api?"tanya pemilik topi hijau.
"Tak ada apalah Daun,cuma aku stress sikit je.."kata Api sambil memicit kepalanya.

"Api.."
"Apa?"
"Kau free tak sekarang?"
"Kau nak aku buat apa?"
"Tolong aku siram pokok,Tanah sibuk..."
"Okay,aku tolong kau."

Api POV

Tolong jelah si Daun ni,dah tak ada kerja.Aku pun memulakan tugas ku dengan mengangkut air dan menyiram tanaman Daun.Setelah beberapa minit,aku mula rasa penat.

"Daun,aku dah penat.Aku masuk rumah dulu ye?"
"Baik..terima kasih sebab tolong Daun"kata Daun dengan muka innocentnya.So kawaii.

Aku just senyum dan menuju ke dapur rumah.Setibanya aku di dapur,aku nampak Tanah sedang memasak nasi goreng.Yeah!Nasi goreng Tanah yang terbaik!

"Eh,Api?Awal-awal dah masuk dapur.Lapar ke?"tanya Tanah.
"Taklah...penat."jawabku ringkas.
"Penat?Buat apa?"
"Tolong Daun siram pokok"
"Kesiannya...nah Fresh Oren."kata Tanah lalu memberiku air favorite ku.
"Api..."Tanah memanggilku.
"Ye?"-Api
"Nak tegur sikit boleh?"-Tanah
"Nak tegur aku supaya berhenti prank orang ke?Okay.."kata ku mengeluh..
"Bukan..aku nak tegur,prank tu biar bertempat..tengok,kan Cahaya dah marah."kata Tanah.

Oh..salah anggap lah aku ni?Haih..nasib baik tak lemah semangat..

"Dah,sekarang pergi panggil yang lain turun makan.."pinta Tanah.

Aku hanya mengangguk dan terus ke tingkat atas,tapi,lain pula jadinya..

"Api!!!Apa kau dah buat?!!"marah Petir.
"Aku tak sengajalah!Kau lah!Kenapa sesuka hati je letak patung kaca kau ni tepi pintu!"marah ku.
"Kau ni memang saja nak sakitkan hati aku awal-awal pagi ni!"-jerit Petir.
"Kenapa?!Kau tak suka aku ke?!Kalau tak suka,aku boleh blah la!"tengking ku.
"Kalau macam tu,kau pergilah!Daripada menyemak hidup aku!"marah Petir.

Aku terus keluar dan menghempas pintu.Salah Petir la.Dah tau orang nak masuk,kemas la.Ini tak,biarkan patung kaca tu di pintu.Bila aku masuk,aku terhempas pintu dan terkena di patung tu.Lepas tu,marah aku pulak!

"Api nak pergi mana?"tanya Daun.
"........"pada mulanya aku membisu tapi aku menjawab juga"Nak pergi ke tempat yang boleh cari ketenangan"

Aku keluar dan hempas pintu kerana kemarahan yang membuak-buak.

Normal POV

Tanah dan Daun hanya melihat sahaja perangai Api.Kemudian,Petir,Cahaya,Air dan Angin turun.
"Kenapa dengan Api tu?"tanya Tanah.
"Malas lah aku nak cerita.Buat sakit hati je..."jawab Petir sambil memalingkan muka.
"Petir marah Api,kan?"tanya Daun.Mukanya memerhatikan wajah Petir.
"Dah tu?Tak boleh ke?"tanya Petir.
"Kalau Api tak nak makan,Daun pun tak nak..tak seronok kalau Api tak ada"Daun terus keluar dan mencari Api.

Api pergi berjalan untuk bertenang.Sedang Api berjalan,dia terdengar bunyi tangisan dan ketawa,lantas dia mencari bunyi tersebut.Api sudah menjumpai bunyi itu,Rupa-rupanya,kelihatan dua orang lelaki sedang membuli seorang kanak-kanak.

"Woi!Korang buat apa ni?!"jerit Api.
"Abang...tolong saya"kata budak itu.
"La..tu abang kau ke?"tanya lelaki 1.
"Korang dengar sini!Kalau korang tak nak jadi daging bakar,lebih baik korang berambus!"Marah Api.
"Alamak...nak bakar kita la pulak."kata lelaki 2.
"Aku tak main-main!"kata Api sambil mengeluarkan api ditangannya.

Pembuli itu menjadi panik dan mula cuba untuk menumbuk Api.Setelah habis perlawanan yang sengit,Api melepaskan nafas lega..teruk Api membelasah mereka tapi keadaan Api hanya lebam di pipi dan tangan.

"Adik,tak apa-apa?"-Api
"Saya okay.Terima kasih selamatkan saya"-budak
"Pergi balik"-Api

Budak itu terus memeluk dan meninggalkan Api disitu.Api hanya melihat lelaki itu.

"Terima kasih sebab tolong jadi punch bag aku,aku terhutang budi"kata Api dan meninggalkan mereka."Api!"jerit seseorang memanggil Api.
"Kenapa ni Daun?"tanya Api.
"Jom balik."ajak Daun.
"Tak nak...aku tak nak balik."kata Api dengan tenang.
"Tapi...."belum sempat Daun menghabiskan ayatnya,Api sudah memotong"Kau pergi balik dulu,nanti aku balik."
"Okay,balik tau!Daun tunggu!"kata Daun...

Api POV

Kenapa aku kena balik?Mereka bukannya sukakan aku pun.Balik jelah,aku pun dah lapar.Bila aku tiba di rumah dalam keadaan lebam.Petir sudah berada di depan pintu dengan muka yang dingin.Tapi,ada aku kisah?

"Kenapa balik?"tanya Petir dingin.
"....."
"Kau dengar ke tak?!"marah Petir.
"Biarlah aku nak balik ke tak!Ada kaitan dengan kau ke?!"tengkingku kembali.
"Apasal lebam-lebam ni,Api?"tanya Cahaya sambil menuju ke arah ku.
"Pergi belasah orang lah tu.."sindir Petir.

Aku hanya menebalkan telinga walaupun hati ni sakit sangat.Aku terus pergi ke bilik dan merebahkan badan di atas katil ku..Air yang tidur di katil sebelah terjaga..

"Kenapa dengan kau ni?"tanya Air.
"Tak ada apa-apa"Jawabku.Tanpa aku sedar,aku telah menitiskan cecair yang berharga dan hangat.
"Eh?Kau nangis ke?"tanya Air lagi.
"Ma-mana ada!"kataku sambil mengesatkan air mata.Time2 macam ni lah air mata nak keluar.Cepat cover.

Normal POV

Tok!tok!

"Siapa?"tanya Air.
"Aku ni,Cahaya"
"Masuklah.."Air mempelawa Cahaya masuk ke dalam bilik mereka.
"Kenapa lebam-lebam ni Api?"tanya Cahaya.
"Aku...tolong budak yang kena buli,tapi sampai hati Petir cakap macam tu pada aku.."kata Api.

Cahaya hanya senyum.Kemudian,dia memberikan wang kepada Api.

"Nah,kau ambil duit ni,belikan patung kaca yang baru untuk Petir"kata Cahaya.
"Kenapa?"
"Mungkin ini boleh redakan kemarahannya."pujuk Cahaya.
"Okay"jawab Api perlahan.

Ketika Api turun untuk keluar,dia terlanggar bahu Petir.

"So-sorry!"
"Kau ni sengaja cari pasal kan?!"marah Petir.
"Dahla!Malas aku nak gaduh dengan kau!Nak cepat ni!"kata Api lantas bangun dan keluar.
"Nak pergi mana?!"tanya Tanah yang berada di ruang tamu.
"Pergi kedai!"jawab Api.

Api POV

Okay,sekarang misi aku nak baik semula dengan Petir cari patung kaca bentuk kucing putih hitam.Tak silap aku,itu kucing kegemaran Petir.Kedai di seberang jalan.Hehehehe...tak ada kereta.Lintas!

*kring!*loceng pintu

"Adik nak beli apa?"tanya casher tu.
"Saya cari patung kaca kecil gambar kucing hitam dan putih"

Setelah selesai aku membelinya,aku meletakkan harapan bahawa Petir mesti suka ni.Tersenyumku seorang diri.Tapi,kegembiraan membawa padah..

Skriitt!!!Bam!!

When I'm gone SOMEDAY..(Api FF🔥)Where stories live. Discover now