Senja
Pantasnya biasan jinggamu berlalu
Rinduku belum habis terlunas
Bahkan untuk sekadar diacuhkan
Aku masih berjuang
Diam dan menerima keadaan
Kerana ada beberapa hal
Justeru puitis bila kita sama sama diamAku tetap menunggu
Sampai aku terlupa satu hal
Bahawa engkau cuma fenomena langit biasa
Menyedari itu
Justeru ada langkah yang harus terhenti
Bukan kerana sengaja
Tapi memang sudah takdirnyaDan senja membuat kita mengerti
erti sebuah kata rela
Selamat tinggal senja.Shrmm
280420:8:49AM
YOU ARE READING
Kelana Ke Penghujung Takdir
PoetryHidup bukan hanya sekadar menyerah, ia sebuah perjuangan terindah sampai ke penghujung jalan takdir sehingga Tuhan berkata "waktunya pulang".