Dalam perjalanan ku yang panjang
bukan sedikit tempat persinggahanPada setiap perhentian
ku hamparkan harapan
namun setiap kali itu juga aku kecundangBukan aku tak belajar
tapi seperti yang lain
aku juga ingin bahagia
mencuba seribu dayaKata nista
dihina
dicerca
habuan biasaAku tetap melangkah
jika bukan kerana punya kulit
pasti tulang temulang ku bertaburan sudah di setiap perjalananluka ku tak lagi berdarah
muka ku tak lagi berwajahMelihat sekeliling
Diriku diludah
Mendengar sekeliling
Diketawa berdekahBukan kah aku juga wanita 😔