1

96 13 1
                                    


"absquatulate; (v) leave without saying goodbye"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"absquatulate; (v) leave without saying goodbye"


--- 


7 tahun sebelumnya ...

Slip Penilaian Menengah Rendah digenggam erat, senyuman kegembiraan mula terukir pada wajah si gadis itu. Hari itu, hari pertama si dia tersenyum. Buat pertama kali dia senyum dengan penuh kegembiraan dan tiada kepalsuan. Siapa sangka seorang budak perempuan yang dianggap tiada harapan untuk mendapat straight A's PMR kini terbukti sehingga terbulat mata guru-gurunya yang telah mencurahkan segala ilmu kepada gadis itu. 

Guru, bukan sahaja didefinisikan sebagai seorang pendidik bangsa tetapi umpama ibu bapa yang kedua dalam hidup setiap insan yang bergelar pelajar. Namun, sudah ramai pelajar tidak menghargai dan menghormati guru-guru sebagai penyalur ilmu kepada mereka malah ada di antara mereka sanggup membunuh insan semulia guru itu. Sadis sekali si hati gadis itu terdetik. Jika anak muda pada zaman sekarang mampu berfikiran matang dan cintakan ilmu sudah semestinya taraf hidup sebagai seorang Islam akan bangun dan maju, gah di persada dunia. Menunjukkan agama Islam mampu melahirkan generasi kelas pertama bertaraf dunia. Tetapi sebaliknya yang mampu kita lihat sekarang.

Tanpa menegur atau berjumpa dengan rakan-rakan sekelasnya, gadis itu bergegas ke tempat parkir basikalnya, terlalu teruja untuk mengkhabarkan kegembiraannya kepada ibu tersayang. Dapat dibayang riak wajah berkaca mata ibunya tersenyum kegembiraan melihat kejayaan, anak sulungnya itu. pelbagai perkara yang bermain dalam fikirannya apa  reaksi ibunya. Dia mengayuh basikal biru mudanya dengan hati yang penuh ketenangan. Jiwanya berasa begitu tenang dan mungkin yang mampu dia ungkapkan hari ini merupakan penamat segala penderitaaan mental dan fizikal dia. Bagi gadis itu.

Sebelum pulang ke rumah, dia berhenti sebentar  di kedai runcit berdekatan dengan taman perumahannya. Mahu beli beberapa bahan masakan untuk dia masak makanan istimewa dan kegemaran ibu tersayangnya demi meraikan kejayaan dia. Kejayaan ini dia hadiahkan kepada ibunya. Ibunya segala-galanya bagi dia. Sukar diungkapkan jika dia kehilangan ibunya. Hilang tempat dia bergantung. Cepat sekali dia menggeleng kepalanya, membuang jauh-jauh andaian buruknya. 

Dia menghelakan nafas. Selepas sahaja dia habis membeli di kedai runcit, kakinya menapak keluar dari kedai itu, dia ternampak seorang wanita yang berbaju kurung putih dan berselendang putih berdiri di seberang jalan raya. Mulut wanita itu pucat dan kering, kulitnya yang berwarna madu itu sudah semestinya si gadis itu kenal. Dia mengangkat keningnya tanda hairn. Apa dan bagaimana ibunya boleh berdiri di situ sambing memandang ke arah dia. Pandangan ibunya redup dan tenang sahaja. Hatinya tiba-tiba diundang perasaan tidak menyenangkan.

Wanita itu hanya tersenyum manis ke arah dia dan sekelip mata wanita itu menghilang. Si gadis itu hairan dan takut. ke manakah ibunya pergi? atau itu hanya bayangan dia sahaja. Dia mengangkat bahu tanda tak mengapa lau terus mengayuh pulang ke rumah.

Namun, setiap kayuhannya menuju ke rumahnya dengan perasaan kegembiraan akan bertukar kepada kesedihan yang tidak mampu dia jangkakan.


---

Terduduk Belle Izreena di hadapan rumahnya. Lututnya seakan-akan lemah dan tidak mampu menahan berat badannya. Empangan air matanya sudah pecah, air mata mengalir sederas air di sungai.

Perasaan kegembiraan bertukar menjadi kesedihan. Masalah baru datang bersarang dalam hidup Belle lagi sekali. Dari luar, dia mampu melihat sekujur tubuh terlantar di ruang tamu, kaku tidak bergerak. Dua orang adiknya berpelukan, menangis kehilangan seorang insan yang melahirkan mereka 9 bulan 10 hari, menjaga mereka tanpa mengenali erti lelah, tiada perkataan lelah dan berputus asa dalam kamus hidup ibunya. Senyuman manis ibunya dan setiap kata-kata semangat yang dilontarkan kepada dirinya untuk kekal hidup dengan kegembiraan kini bermain-main dalam fikirannya.

"Ma, yakin kakak boleh buat. Biar orang benci kakak, orang tak yakin dengan kakak, tapi mama yakin dan percaya anak mama boleh berjaya. Mama akan sentiasa ada di sisi kakak selamanya"

"Mama mungkir janji... Mama dah tinggalkan kakak selama-lamanya" Tiba-tiba sahaja dia meraung, tidak dapat menerima hakikat bahawa ibu kesayangannya sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Kini dia tinggal seorang diri. Dia sudah hilang tempat dia bermanja, mengadu dan tempat segala dia meluahkan perasaan yang terbuku dalam hatinya. Dia sudah hilang insan ketiga yang dia kasihi selepas Penciptanya dan pesuruh Allah. Teresak-esak dia menangis, kakinya tidak mampu mengatur langkah, slip Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia renyukkan. Tiada apa-apa yang harus diraikan, sudah terbukti hidupnya tidak layak menerima kebahagiaan. Hanya kesedihan yang mampu ada dalam hidupnya.  Jiran-jiran yang hadir hanya mampu memberi pandangan simpati. Tiada sesiapa yang mampu mengembalikan ibunya lagi. Sesungguhnya tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain daripada Dia.


---

Tiga hari berlalu, empangan air mata Belle Izreena masih belum kering. Sudah tiga hari dia berkurung di dalam bilik, tanpa makanan, minuman atau tidur yang cukup. Mindanya kekal mengulangi memori manis bersama ibunya. Dan apa ang dia lihat pada hari itu, memang ibunya. Ibunya datang mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada dia. Hari itu sepatutnya menjadi penamat segala penderitaannya namun sangkaannya benar-benar terbabas daripada landasan fikiran Belle. Sebenarnya permulaan kepada penderitaan yanng lebih dahsyat.

Hidupnya kosong, hatinya kosong. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Sebab dia, dia hilang ibunya. Tuhan telah menghukum dia kerana perbuatan dia sewaktu dahulu sebagai anak derhaka. Itu apa yang adik-adiknya ungkapkan kepada dia.

"Mama takkan mati kalau bukan sebab kau. Kau lah punca mama mati. Memang betul kau anak derhaka dan aku tak ada kakak sederhaka kau. KENAPA KAU HARUS WUJUD DALAM DUNIA NI! KAU YANG PATUT MATI BUKAN MAMA!''

Dia tersenyum mengingati ayat-ayat adiknya. Dia mengangguk sambil menaik nafas dalam menahan kesakitan. Bukan kesakitan torehan yang dalam pada lengannya namun hatinya. Sudah hilang punca hidup, Belle.

"Aku tak sepatutnya hidup. aku hanya pembawa masalah kepada semua orang. Kenapa mama masih sayangkan aku? Eh, tak mama tak pernah sayang aku. Aku ini hanya kesilapan dia. Melahirkan aku adalah satu kesilapan besar. Maafkan kakak, mama." belle membisik pada dirinya.

Tangan kanannya lincah menulis sesuatu dalam diari kehidupan dia, sedikit titisan darah menghiasi diarinya itu.


112213

She left without saying a goodbye..


Ini hanyalah permulaan sahaja.


---




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AltschmerzWhere stories live. Discover now