First of ALL, geng i am very sorry to be irresponsible author yang supposedly update all the time for new episode.. BUT!! I have great news for you all geng !! I am officially someone's wife.. Kaurang tau dari lah aku single ke la aku kahwin, cerita ni tak complete complete lagi ! Maafkan aku geng!
Aku tahu yang ni tak sepatutnya jadi but aku memang busy teruk.. but aku akan menebus kesalahan aku dengan satu gambar wedding aku okay geng? Taraaaaa !!!!
To be honest aku pun rasa everything macam mimpi !! Im 20 and married like biar betul siut ! but everything happens in a split second !! Tu lah kata orang jodoh kan? Alright dah dah sampai sini je pasal aku.. Nanti ada time aku buat personal story how aku and husband boleh jumpa but only if banyak request lah kalau tak aku simpan sorang je ekekekkekekeeke:P
Now enjoy!
********************************************************************************************
Ellena tidak mahu semua ini hanya bertukar menjadi sebuah mimpi yang hanya sementara. Dia sendiri masih tak percaya yang dirinya dan Emmel kini mencintai satu sama lain. Sikap Emmel yang sama sekali berubah menjadi seorang yang caring membuatkan Ellena merasakan kebahagiaan yang tak terhingga.
Tiada lagi kata-kata kasar bermain di bibir serang Emmel Nate Enderson.
Dia memandang dalam wajah lelaki yang lena diulit mimpi indah disebelahnya itu. Kalau dulu melihat wajahnya sahaja, Emmel sudah bertukar menjadi singa liar, namun kini.. Pantang sahaja Ellena berada disisnya, akan dicium pipi gebu Ellena dan dipeluk lembut penuh kasih sayang..
Namun begitu, sikap Emmel yang tidak mahu mengambil kesempurnaan Ellena sebagai seorang perempuan membuatkan Ellena selesa membiarkan Emmel memeluk erat dirinya.. Ada kalanya Ellena pelik kerana Emmel seperti tdak mahu melakukan lebih dari itu.. Seperti ada sesuatu yang bermain di benak lelaki itu. Pernah dia menyoalkan segala persoalannya terhadap Emmel, namun Emmel hanya tersenyum dan menjawab.
"Abang sangat Sayang akan Ellena tau, Abang tak mahu Ellena menyerahkan apa yang Ellena simpan selama ini dalam keadaan yang tidak bersedia.. Abang nak Ellena benar benar menerima abang sepenuh hati..."
Ellena berulang kali mengatakan dia sudah bersedia menjadi isteri lelaki ini yang sempurna, namun tiap kali Ellena menyatakan itu, akan bermain awan kelam di wajah suaminya.
Ellena menarik nafas berat dan terus melupakan segala fikiran yang tidak seharusnya berlega di akalnya dan mempersoalkan alasan Emmel. Baginya, asal Emmel dekat disisinya, menjadi suami yang baik pun sudah cukup untuk membahagiakan hatinya.
Wajah lelaki itu yang seakan-akan terenyum dalam tidurnya membuatkan Ellena tergelak kecil.
"Sayang.. Jangan lah tengok abang lama lama macam tu.. Tahulah muka abang ni memang handsome sangat.. tulah dari dulu taknak goda abang.. kan dah lambat dapat menikmati wajah suami sayang yang kacak ni" Ujar Emmel dengan mata yang masih bertutup rapat.
Belum sempat Ellena melarikan wajahnya, Emmel dengan pantas menarik tangan Ellena dan menariknya rapat kedalam pelukan.. Wajah Ellena yang merona kemerehana menahan malu, membuatkan Emmel memberikan senyuman yang nakal!
'ohh Ellena kuatkan hati kau Ellena! memang nakal betul dia ni !'
Emmel yang memandang tepat kewajah Ellena yang berada dalam pelukannya itu, hanya menahan rasa dari mengucup indah wanita itu. Dia tahu jika dia melangkah lebih jauh, dia akan kehilangan Ellena buat selamanya.
Baginya biarlah Ellena terus damai dalam pelukannya. Dia belum sedia untuk melihat wajah kecewa wanita itu. Sesungguhnya dia tidak rela. Ellena hanya tersenyum dan membalas pelukan lelaki itu. Dalam mereka menikmati keindahan pagi dalam pelukan yang hangat, telefon bimbit Emmel berdering. Melihat nama yang tertera di skrin telefon, Emmel bingkas bangun berjalan jauh dari Ellena, kuatir Ellena akan mendengar.
"Weh, Bro! lama gila tak dengar cerita membe aku sorang ni! mana kau hilang bro? takkan dah sedap rasa bini kut sampai lupa betting kita dulu. Ni bukan soal betting bro ! ni Soal jantan tak jantan and prinsip kita!" suara tawa teman-temannya menambahkan serabut pada Emmel.
Sebelum ini betting dan pertaruhan menjadi mainan Emmel dan kawan-kawannya kecuali Irfan. Irfan memang tidak pernah mengikuti permainan ini memandangkan Irfan agak lain dari mereka. Dia lebih gemar berada dalam dunianya sahaja. Emmel dan kawannya tidak pernah mengalah sehingga sesiapa yang kalah betting menjadikan mereka tidak berguna dalam society orang berstatus. Namun kali ini, Emmel benar-benar buntu. Cintanya untuk Ellena bukanlah suatu permainan.
"Bro.. I'm sorry bro.. I can't do this anymore.. I love my wife so much that i will never hurt her.. I love her"
"Serius ah bro?! kau lupa ke yang betting antara kita akan selalu dijalankan even kau setuju ke tak? we will make this happen. Kau jangan lupa bro banyak dah yang kami habis untuk betting ni bro"
"I said no! Kalau kau berani buat apa-apa kat isteri aku i will never let you live! Do you fucking understand my words?!"
Muka Emmel yang menahan marah pasti akan membuat sesiapa dekatnya menikus ketakutan.
Dia memandang keluar balkoninya dengan hati yang semakin marak dengan amarah. Secara tiba-tiba sebuah pelukan dari belakang membuatkan badannya terkedu.
"Abang! Lets eat together tadi Ellena dah suruh Alya masak dah. Sorry abang harini Ellena tak dapat nak siapkan masakkan untuk abang sebab tadi kita bangun lambat.. lets eat together,, hmm!?"
Suara manja Ellena dibelakangnya terus membuatkan hati Emmel terpujuk dan sejuk. Sesungguhnya hanya wanita ini sahaja yang dapat memtahkan ego dan amarahnya. What kind of sorcery is this?
Emmel terus berpaling dan membalas pelukan hangat Ellena. Sesungguhnya dia takut memikirkan yang dia akan kehilangan gadis ini. Dia meleraikan pelukannya dan mendekatkan dahinya ke dahi Ellena. Nafasnya dibiarkan kejap..
"Saya cintakan awak Ellena"
YOU ARE READING
KAU MILIK AKU! MRS ELLENA
RomanceHe's so cold. Like an ice strike into little soul. She's hot. She can melt this little icy blast. The more he tried to escape, the more he's turning back. She kept forgiving. Until one moment.... his temper, his past, her sincere, her past twist...