#3

409 12 10
                                    

Sehingga kini perasaan takut masih ada semenjak peristiwa dia dan Hardiy pada minggu lepas
Tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang

"Mak....oiii"latah Ayesha

"Haha apa lah kau ni"

"Eh kau ni Hana..kang aku cekik jugak kan"ugut Ayesha

Namun sedikit pun tidak menakutkan Suhana yang sedang galak mentertawakannya

"Lek arr...kau asal termenung jauh ni..."

"Tak ada apa la..aku okay"

"Esha kau kalau ada masalah..share la dengan aku"

"kau ni aku okay je la..."balas Ayesha

"Hana...boleh aku tanya sesuatu tak?"

"Boleh..tanyalah"

"Daniel Hardiy tu macam mana ehh?"tanya Ayesha sambil matanya memerhati sekeliling kelas yang agak bising itu

Berkerut dahi Suhana
"Macam mana apa?"

"Maksud aku perangai dia macam mana?"

"Sebelum tu aku nak ingatkan kau supaya jangan dekati atau cuba untuk tackle dia.."

"Kenapa??"

"Dia memang terkenal dekat sekolah ni dengan perangai dia yang suka 'main' dengan perempuan yang suka dekat dia..boleh dikatakan perempuan tu sendiri yang datang serah diri..kalau dia tak dapat atau tak ada perempuan yang datang dekat dia..dia akan pilih siapa yang akan jadi mangsa seterusnya..dia juga pernah menyeksa orang sebab tu kawan dia dua orang je tak ada yang berani dengan dia"jelas Suhana panjang lebar

Terbungkam Ayesha mendengarkan apa yang keluar dari mulut dia
'Sebab dia kata nak jadikan aku girl dia sebab ni la..jadi aku..aku akan jadi...astagfirullahhalazim'Ayesha memejamkan matanya serapat yang boleh

"Wei kau asal tanya macam ni?"tanya Suhana musykil

"Tak..tak ada cuma banyak dengar dari mulut orang tentang lelaki ni"balas Ayesha sambil menggenggam tangan..kuat

"Okay.."

"Hana..aku nak minta maaf dengan kau kalau aku ada buat salah dengan kau..."

"Kenapa tiba-tiba ni?"tanya Suhana pelik

"Tak adalah takut aku tak sempat nak minta maaf dengan kau je"

"Kau merepek apa ni?aku tak suka la kau cakap macam tu.."

"Mati itu kan pasti"

"Ya aku tahu..tapi aku tak nak kau cakap lagi pasal ni..okay?"

"Ye lah.."kata Ayesha sambil tersenyum manis
___________________

Splash...

Terus badan Ayesha tegak setelah disimbah air
"Amboi kau...aku suruh kau buat apa?!aku suruh kau basuh baju aku kan?!..yang kau tak basuh lagi ni kenapa?kau tahu tak aku nak pakai malam ni!"tajam mata Raudah mencerlung kearah Ayesha yang tertunduk

"Maaf mak su...Esha lupa..Esha letih sangat tadi.."

"Hei..aku tak nak dengar apa-apa lah!"ditunjal-tunjal kepala Ayesha yang tunduk menekur lantai..sungguh Raudah benci wajah ini..wajah Ayesha seiras dengan kakaknya iaitu ibu Ayesha..iaitu perampas kebahagiaannya

"kau pergi basuh sekarang!sekarang!"terus bajunya yang seksi itu dicampak kemuka Ayesha

"Ba..baik mak su"terasa mutiara jernih mula bertakung ditubir mata Ayesha

Sebaik semuanya selesai Ayesha merebahkan badannya keatas katil
'Ulangkaji lah kejap...kalau tak sempat pun tak apalah buat esok waktu balik sekali dengan Hana'monolog Ayesha sambil tangannya lincah menjawab soalan matematik
Namun tidak lama kemudian pintu biliknya diketuk dengan kuat sekali..mahu roboh pintu itu dibuatnya

"Siapa tu??"
Tidak berjawab namun matanya cuba mengintai dicelah lubang kunci
'Bukan mak su ni...selalunya mak su pakai dress malam-malam macam ni'
matanya cuba mengintai lagi

'Ni pasti lelaki yang mak su bawa balik...'kelam kabut Ayesha menuju kekatilnya dan berpura-pura tidur

"Woi budak...buka pintu ni!"jerit lelaki diluar pintu itu

Terketar-ketar seluruh badan Ayesha apabila ketukan pintu itu semakin kuat

"Bukak pintu ni sebelum aku pecahkan!"gertak lelaki itu lagi

'Ya Allah tolong aku...Mak su..mak su dekat mana..'rintih Ayesha didalam hati

Mata Ayesha tertancap pada pintu yang sudah separuh terbuka..otak Ayesha mula memikirkan cara untuk keluar dari bilik supaya tidak menjadi mangsa lelaki itu

'Tingkap...'
Ayesha terus menuju ketingkap..
Terus dibukanya tingkap yang agak rendah itu..saat kaki kanannya berada diatas jendela itu tiba-tiba

Bummm...
Kelihatan lelaki itu sudah terpacak dihadapan pintu
"Kau nak lari mana hah??!!"

Terbuntang mata Ayesha tanpa berfikir panjang terus diterjunnya dari tingkap itu
Buk..
Tidak menghiraukan kesakitan disikunya terus berlari kepala Ayesha dipaling kebelakang kelihatan lelaki tadi sedang mengejarnya
Ayesha melajukan larian

Sesampai di kawasan hutan di kawasan perumahan Ayesha mengambil langkah untuk bersembunyi di kawasan semak

Kedengaran derapan tapak kaki di corong telinganya
"S***..mana budak ni!!siap kau Raudah..aku cari kau..kalau aku tak dapat bayaran aku..aku akan jadikan kau sebagai bayaran.."

Terkedu Ayesha apabila mendengarkan kata-kata lelaki itu
Jadi ibu saudaranya sudah memberikan aku kepada lelaki itu sebagai bayaran..
Tidak semena air mata Ayesha mengalir untuk kesekian kali
Senyap....

Kepalanya dijegulkan sedikit untuk melihat keadaan sekeliling
kelibat lelaki tadi tidak lagi kelihatan
Ayesha menghembuskan nafas lega..hatinya bersyukur kerana Allah menyelamatkannya
Ayesha berjalan dan terus berjalan sehingga tidak sedar yang dirinya berada di tengah jalan dikawasan perumahan itu

Pinn...

Tubuh Ayesha melambung ketepi jalan..Gadis itu sempat melihat seorang gadis yang turut tercedera berada didalam kereta..kepalanya berpusing dan mata Ayesha terkatup

VOTE☆AND COMMENT
HOPE YOU SUPPORT ME😘😘

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Psycho LoveWhere stories live. Discover now