yTjT

49 3 1
                                    

Dia datang dan pergi. Buat hati aku kental tak berbelah bagi.
Tak nak berharap; dan sakit lagi lalu aku pun bawa diri. Jauh dari realiti. Meredah fantasi. Hari hari berimaginasi. Tak pernah aku lupa dia dalam hati.
Ya, kali ni aku akui.

Datangnya aku kembali, dia telah bersama yang disisi. Yang baru dia kenali.

Benarlah, dia tidak ternanti - nanti. Cuma lagaknya saja persis merindui.

Disepanjang aku pergi, dia menghantarkan pesanan hari hari. Seolah dia benar benar peduli.

Aku hargai. Tapi aku ditipu lagi. Berkali - kali jatuh dalam lubang yang sama. Menambah parut pada luka yang belum sembuh sepenuhnya.

Saat aku datang, dia bertanya

"Kau memang tak nak chat aku kan?"

Lalu aku balas

"Haha, ytjt."

Andainya dia mengerti.
Sudahlah! Takkan dia fahami. Dia pun telah ditemani yang lain disisi. Tampaknya bahagia. Walaupun bukan pengganti.

Lewat pesanan semalam
Aku bertanya

"Bahagiakan kau sekarang?
Selamat malam."

Dan dia balas

"bahagia tu tak. Ytjt
Selamat malam"

--

Dan aku lebih memilih untuk tinggalkan ruang perbualan itu dengan dua tanda bewarna biru. Biar masa dan takdir yang tentu. Kerana kita masih buntu.

Adiksi KataWhere stories live. Discover now