BAB • 1

38.7K 291 8
                                    

     Setelah puas mendapatkan kesemua barangan yang di listkan olehnya pantas aryan daniel ke kaunter pembayaran

memandangkan aryan daniel seorang lelaki bujang yang hanya tinggal di penthouse miliknya seorang diri. maka barangan basah tidak terlalu banyak dibeli

lagipun dia sendiri tidak begitu handal dalam memasak. kerjanya asyik makan diluar sahaja, paling kurang pun tapau je dari kedai bawa balik ke rumah

aryan daniel menjeling ke luar Mydin. aduhai hujan la pulak, bisik hati kecilnya

seketika menunggu giliran di kaunter iPhone milik aryan daniel berdering minta diangkat. pantas aryan daniel menyeluk poket seluar jeans dark bluenya. haiqal ? panggilan diangkat

"kenapa qal ?" mendatar saja suara aryan daniel bertanya setelah talian bersambung.

kedengaran haiqal ketawa dihujung talian. begitulah dia setiap kali pemanggil menjawab panggilannya

"mula la kau, malas betul aku" kedengaran bengang sekali suara aryan daniel menepik. dia tiada masa untuk bergurau. setakat nak call aku sebab nak gelak baik tak payah, qal

namun haiqal dihujung talian masih gelak bagai tiada penghujungnya. naik rimas aryan daniel mendengar. mahu saja dia menamatkan panggilan terus.

sesaat haiqal berdehem kecil. "beb kau nak tahu something tak ?" akhirnya terkeluar juga ayat dari bibir haiqal yang serta merta membuatkan kening aryan daniel berkerut habis.

malas mahu bertanda tanya, dia ingin segera tahu dan mematikan talian. "apa dia ?" desak aryan daniel terus. malas mahu berlama-lamaan bergayut.

otaknya runsing dengan keadaannya kini yang sedang beratur panjang di kaunter pembayaran. serasa kakinya mahu tercabut jikalau lebih lama harus kekal berdiri

queue kaunter yang dipilih adalah yang paling pendek namun barangan setiap manusia di dalam troli masing-masing sangat banyak sehingga bertindan-tindan.

entah apa yang diborongnya. aryan daniel mula merungut. "ada meeting mengejut pukul 5 ni, yan. actually kalau kau tak attend meeting ni melepaslah projek yang kau dah lama nakkan tu"

"what ?"

"tak payah nak berwhat sangat cepat masuk office. selagi tak ada kau meeting takkan berjalan and kalau kau lambat sangat mungkin akan melesap"

haiqal mula tertawa besar dengan ayatnya yang sengaja ingin membuatkan aryan daniel tidak senang. namun begitu ianya benar.

aryan daniel melirik jam di pergelangan tangannya 4:40pm, Ya Allah kenapa time macam ni jugak nak buat meetingnya pun

dengan ramai orang sesak kat kaunter ni lagi. entah bila agaknya gilirannya akan tiba. kemungkinan mengambil masa selama 40minit berdiri menunggu disini.

keluhan kecil dilepaskan. haiqal yang membebel entah apa di talian langsung tidak dihiraukan. panggilan dimatikan.

setelah berfikir sebentar aryan daniel kembali memulangkan semula barangan yang diambil dengan hanya membiarkan troli itu ketepi

terpaksa membatalkan saja niatnya ingin membeli kesemua barangan yang diborong. langkah kaki dihayun laju keluar dari Mydin tersebut.

aryan daniel menepuk dahinya kesal. lupa pula dia yang hujan lebat diluar sekarang.

nak berlari ke kereta yang diparking jauh nun disana itu nanti, habis pula dia datang ke meeting dengan basah kuyup

tapi apa lagi yang dapat dia lakukan selain redah saja. damn it, menyesal beb parking jauh

ARYAN ARIANA ✔[OG]Where stories live. Discover now