PROLOG

7.3K 28 0
                                    

DALAM kegelapan tersebut, aku nampak lembaga seseorang sedang mengheret sesuatu benda. Aku mengecilkan mata aku untuk melihat benda apa yang diseretnya. Dia berjalan semakin ke hadapan sambil menyeret benda tu dengan payah. Dan dia tiba di satu posisi di mana mukanya terkena simbahan cahaya bulan.

It's Ara!

Aku menekup mulutku. Aku lihat dia menyeret lagi benda tu dan benda tu semakin kelihatan. Ia seperti sebuah guni yang besar. Ada benda berat di dalamnya tapi aku tak tahu apa... Badan aku seram sejuk dan bulu tengkuk aku meremang. Aku rasa bukan setakat bulu tengkuk tetapi seluruh bulu di badan aku ni meremang.

Aku perhatikan lagi ke mana Ara membawa guni tu. Aku tahan nafas seolah-olah takut Ara akan terdengar hembusan nafas aku. Hmm, agaknya apa ada dalam guni tu... Mata aku tak lepas daripada memandang guni tu. Dan aku terlihat sesuatu kat guni tu. Sesuatu yang melekat. Oh, shit aku yakin itu darah!

Badan aku terundur ke belakang kerana terkejut. Tiba-tiba badan aku terlanggar meja kecil kat belakang aku dan ia terjatuh. Bang! Meja jatuh tu menghasilkan bunyi.

Babi.

GHAIRAHWhere stories live. Discover now