BAB 7

2.3K 8 0
                                    

BUNYI enjin kereta kat luar menandakan Ara dah pulang kerja. Aku masih duduk kat atas katil. Aku tak takut. Aku cuma bingung memikiran benda yang aku nampak kat atas lantai tadi. Walaupun aku cuba bersangka baik, tapi aku tak boleh tipu diri aku bahawa yang aku nampak tadi tu macam kesan cakaran kuku manusia. Dah tu pula, kenapa menghala ke pintu basement tu?

Aku tarik nafas. Aku mulakan langkah aku untuk turun ke bawah. Aku mengambil keputusan untuk menyambut kepulangan Ara.

Sampai kat depan pintu. Aku tunggu Ara sampai Ara buka pintu. "Hai, Ara!" Muka Ara nampak terkejut saat aku sapa dia macam tu. "Hey... Is everything alright?" Ara tanya aku sambil tersenyum pelik, mungkin dia pelik tengok aku aktif? Atau dia dapat hidu yang aku sebenarnya cuba cover panik aku?

"Mestilah okey. Saya saja nak sambut awak balik dari kerja. Awak penat tak? Mari saya angkat beg awak." Aku terus ambil beg dari tangan dia. "I miss you." Okey aku mengaku aku macam over. Tapi aku nak hilangkan kerisauan aku tentang perkara tadi.

"I miss you too. Tak adalah penat sangat. Awak lapar ke? Lepas mandi nanti saya akan siapkan dinner okey." Ara kata kepada aku. Aku angguk aje apa yang dia cakap. Tapi mata aku tengok koridor gelap tu dari jauh.

MALAM tu Ara masak sedap. Memang sedap cuma aku yang tak berapa selera. "Hmm, Dani awak tak berapa selera? Awak sakit ke?" Ara tanya kepada aku. Mungkin dia perasan ada sesuatu yang bermain-main di fikiran aku? Aku harap tak. Aku tak nak Ara fikir yang bukan-bukan.

"Eh, tak. Saya okey. Cuma tak berapa selera makan sikit. Tapi awak masak memang sedap Ara." Aku cuba tenangkan Ara sambil senyum kepadanya. Ara senyum juga kepada aku dan kami sambung makan. Tiba-tiba kesan cakaran dekat lantai tu muncul lagi dalam visual imaginasi aku. Aku cuba menangkis fikiran negatif aku ni. Tapi perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri aku. Ini tak boleh jadi. Aku kena tanya Ara. Ara bukannya siapa-siapa. Dia isteri aku dan dia penghuni rumah ni. Mesti dia lebih arif pasal rumah ni.

"Hmm, Ara. Tadi saya masuk kat dalam koridor dekat pintu basement tu. Bukan apa. Hehehe. Saya bosanlah duduk sorang-sorang kat rumah tadi. Lagipun saya fikir kalau saya ronda kat sekitar rumah ni, mungkin saya dapat mengingati sesuatu tentang memori saya yang dulu kan?" Aku terangkan panjang kepada Ara. Ara tak respons tapi dia pandang aje muka aku. Tunggu untuk aku habiskan ayat aku. Berapa saat aku tunggu, memang dia tak akan respons.

"Lepas tu Ara. Err... Saya ada nampak kesan macam kena cakar kat lantai depan pintu basement tu. Saya buka karpet lantai, kesan cakaran tu ada kat bawah karpet tu juga. Ara. Awak tahu tak kesan cakaran apa tu?" Aku tanya sambil pandang muka Ara. Aku betul-betul berharap agar kegusaran di hati aku ni reda dan aku perlu jawapan untuk itu.

"Oh... Itu..." Ara akhirnya bersuara. Namun, dia diam seketika sambil tunduk memandang tangannya di atas meja. Kemudian matanya tepat memandang mataku. "Mungkin itu kesan cakaran kucing." Ringkas Ara kata.

"Kucing?"

"Ya... Kucing. Dulu awak ada kucing. Nama dia Silver. Tapi dia hilang setahun yang lalu. Tak tahu dia hilang ke mana. Dia selalu juga main-main kat koridor tu." Ara terangkan kepada aku perihal kucing. Aku tak ingat aku ada kucing. Aku tak boleh bayangkan rasanya mempunyai kucing.

"Oh, kucing..." kata aku perlahan. Ara kemudiannya pegang tangan aku. "Awak jangan risau. Saya yakin kesan cakaran tu bekas Silver."

"Ya." Aku angguk sambil senyum. Aku lega lepas dengar penjelasan daripada Ara. Rupanya aku ada kucing sebelum ni. Aku rasa lucu mengingatkan aku yang terlebih panik tadi. Penakutnya kau, Dani. Kan lebih baik aku terus terang dengan Ara lebih awal. Taklah aku risau memanjang sampai tak ada selera makan.

"Oh, ya Ara. Kita ada simpan gambar kucing tu tak?" Aku tanya Ara. Aku nak sangat tengok rupa kucing aku sebelum ni.

"Hmm, nanti saya cek."

"DANI... Dani..." Aku dengar suara berbisik dari belakang. Aku pusing untuk mencari dari mana arah suara tu. Argh, gelapnya. Aku kat mana ni. Ada satu cahaya di situ. Perlahan-lahan aku menuju ke cahaya tu. Aku tiba di sebuah bilik yang penuh dengan peralatan pertukangan yang lama. "Dani..." Aku dengar suara berbisik lagi. Aku maju ke depan... Tiba-tiba aku ternampak figura seseorang berbaju hud hitam membelakangi aku. Dia angkat tangannya dan aku nampak kapak diayun tinggi digenggaman tangannya. Lalu laju dia memotong sesuatu di depannya.

"Argh!" Aku membuka mataku. Aku mimpi buruk lagi. Aku menarik nafas panjang-panjang. Aku pandang Ara di sebelah aku.

Dia tiada di sebelah aku.

Dada aku berdegup kencang. Mungkin sebab mimpi tadi. Aku tertanya-tanya ke mana pula dia pergi ni. Aku bingkas bangun. Aku ingin turun ke bawah untuk mencari Ara tapi aku nak pergi tandas dulu. Lepas aku kencing, aku pandang cermin tandas dan baru aku teringat aku lupa makan ubat malam ni. Aku buka pintu di belakang cermin tu dan aku ambil botol ubat-ubat tu. Aku keluarkan beberapa biji dan aku telan.

Lepas tu aku keluar daripada bilik untuk mencari Ara. Kejap. Aku berhenti depan pintu bilik. Aku dengar ada bunyi sesuatu dari bawah. Bunyi apa pula tu? Aku berteka-teki sendiri. Dengan perlahan aku berjalan untuk turun ke bawah. Aku pastikan bahawa tapak kaki aku ni tak menghasilkan sebarang bunyi. Aku turun tangga berhati-hati.

Aku berhenti di separuh tangga.

Aku tundukkan kepala aku sedikit ke bawah untuk lihat situasi yang menyebabkan kewujudan bunyi aneh tu. Okey. Aku pasti bahawa bunyi yang aku dengar tu datang dari koridor gelap tu. Dan yang lebih pasti bunyi tu berada di bawah rumah ni. Di basement! Aku telan air liur. Niatku untuk mencari Ara terbantut. Aku takut nak turun ke bawah. Aku takut nak ke koridor tu.

Akhirnya, aku mengambil langkah yang sama seperti siang tadi. Aku bangun dari situ dan aku berjalan laju-laju menuju ke bilik tidur aku. Berjalan dan bukan berlari.

GHAIRAHWhere stories live. Discover now