Sejak kecil lagi dia sudah kehilangan ayah yang tercinta..umur 4tahun tidak dapat merasa kasih sayang seorang ayah..
"Man,kau tolong la jaga si Adam ni" kata cik Bibah kepada adik iparnya,Usman
Dia sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan..bukannya cik Bibah cuba meraih simpati tetapi dia sudah buntu dalam menasihati anaknya Adam Khalish itu..
"Dia buat apa lagi Bah?"kata Usman
"Dia buat hal dekat sekolah lagi,aku tak tahu nak nasihat apa lagi kat si Adam ni dah berbuih dah mulut aku nasihat kau tahu aku rasa bagai mencurah air ke daun keladi"cik Bibah meluahkan isi hatinya kepada adik iparnya
"Apa lagi kes yang dia buat?" tanya Usman kepada kakak iparnya...
Dia sedar bahawa dia banyak terhutang budi kepada arwah abang kandungnya yang telah pulang ke rahmatullah 12 tahun yang lalu oleh sebab itu dia memang akan membantu kakak iparnya selagi dia mampu..
"Adam..dia..hiks...hiks..dia maki cikgu lepas tu dia keluar kelas ikut pintu belakang,man" -cerita kak Bibah sambil teresak-esak...dia tahu ini bukan kali pertama anak bujangnya buat hal tetapi kali ini tah tahu kenapa dia rasa sedih..mungkin orang sekeliling dia mengata dan mengutuk dia..
Dia pernah terdengar perbualan jirannya semasa dia membeli barang dapur di kedai runcit..
"Eh kau tahu anak si Bibah tu buat hal lagi,kali ni siap di makinya cikgu tu sekali"Normah membawang dengan si Zaleha..
Biasa la orang dulu-dulu mana ada telefon telefon semua tu,kalau nak membawang bila keluar rumah pergi ke kedai runcit je la..kalau datang rumah nanti suami berleter..
"Ye Mah,apa nak jadi la dengan Si Adam tu makin lama makin teruk perangai dia..gamaknya mak dia tak didik dengan betul latu" balas si leha
Sedang asyik membawang , cik Bibah lalu dengan muka macam tak de apa yang jadi...mereka berdua yang asyik sangat bergosip terus terdiam,terkedu ,terkentut😂 boleh dikatakan semua 'ter'ada la
Cik Bibah boleh terima lagi kalau orang nak mengata dia tetapi dia sedih jika orang mengata dia tidak mendidik anak-anaknya dengan sempurna sedangkan dia sudah sedaya upaya memberi didikan yang sempurna kepada anak-anaknya..
Untuk pengetahuan readers semua anak cik Bibah ni bukan sorang, bukan dua orang tapi enam orang...Adam ni anak yang ke tiga dari enam adik beradik,lima lelaki sorang perempuan..tapi yang cik Bibah hairan sangat tu kenapa adik dia yang lagi tiga orang tu elok je...dengar je kata dia tak sedegil dengan si adam ni...
Bukannya dia tak marah kat adam bila dia buat cikgu dia macam tu tapi setiap kali dimarah ada saja jawapan dia...sampaikan along dia pernah lempang dia la sebab tak dapat matematik 'A' sebab si adam ni memang pandai matematik tapi sayang di sebabkan perangai dia cik Bibah tak kasi dia pergi tinggal kat asrama...
"Apa nak jadi dengan budak tu hishh...macam ni la kak minggu depan cuti sekolah kan kak hantar pergi rumah saya, tau la apa saya nak buat" kata usman dalam keadaan menahan amarah, nak marah lebih lebih pun bukan anak dia,tapi dia akan didik adam tu untuk menjadi orang yang Berjaya.Dia kena buat semua itu kerana dia telah banyak terhutang budi kepada arwah abang...Hendak tak handak dia perlu juga lakukan yang terbaik..
"kau buat la apa yang kau nak buat man,lagi pun aku dah tahu nak buat apa lagi kat dia..cakap la apa semua aku dah buat,lagipun aku tak halang janji dia berubah ke arah yang lebih baik"kata Cik Bibah setelah memikir masak-masak...
Sekali seorang ibu dah cakap macam tu bermakna dia betul-betul give up..so janganla kita buat do no je dengan mak kita...Bila seorang ibu betul-betul dah kecewa dengan kita, amatlah mustahil untuk kita dapat cium bau syurga.. Jangan la derhaka kat kedua ibu bapa kita😉
YOU ARE READING
Redha
Short StoryRedha itu penting Kita perlu redha dengan takdir kita Dengan apa yang sudah tertulis untuk kita ini kisah Adam Khalish,yang dulunya seorang penagih.mampukah dia untuk berubah dan tidak lagi di gelar penagih,paling tidak di gelar bekas penagih itu su...