2

5 1 0
                                    

"Minggu depan cuti kan?" tanya cik Bibah kepada anak terunanya itu...

"Yela mak, takkan tak tahu pulak"Adam menjawab malas, mana taknya orang tengah syok tengok tv mak pulak sibuk dok tanya-tanya..time iklan tak nak pulak tanya..

"Bukan tak tahu saja je nak confirmkan...baguslah kalau cuti"Cik Bibah sebenarnya sudah menyusun jadual untuk Adam masa cuti nanti...

"eh mak aku ni tersengih sorang-sorang pulak..ish ni mesti ada sesuatu yang tak kena ni"Adam berkata di dalam hati

"Yang mak sengih-sengih dari tadi ni kenapa?" tanya adam dalam nada hairan

"Aik mak nak senyum pun dah tak boleh ke?"jawab cik Bibah dengan bibir masih tersenyum

"Bukan tak boleh mak, tapi pelik la tiba tiba je sengih sorang sorang ni.."Adam masih tak berpuas hati terus menyoal emak kesayangnya

"Tak mak nak suruh kamu cuti nanti duduk rumah pak ngah kamu kat taman Delima tu..tahu kan pak ngah yang mana"terang cik Bibah

"Eh dah kenapa pulak Adam kena duduk kat rumah pak ngah, eee tak nak Adam..mak bukan tak tahu pak ngah tu garang kang duk sana kena bangun awal pukul 5 pagi dah kena bagun malam sebelum isya' kena mengaji...eii tak nak la Adam.." Dah la anak pak ngah tu macam kerek sikit..ayat ni Adam hanya mampu berkata dalam hati je takut emak kesayangan dia kecil hati....

"siapa suruh kamu buat hal kat sekolah,mak dah pesan dah.."

"Haih mak ni macam la tak tahu aku tak suka duduk kat rumah pak ngah tu..yela bukan apa anak-anak dia semua pandai-pandai..lainla aku ni dah la anak Yatim,tak berapa bijak..aku segan sebenarnya" bermonolog Adam sendiri di dalam hati..sesekali terdengar keluhan yang keluar dari mulutnya...

"Udah udah la mengeluh tu Adam oiii..

-----

"haih tula manusia hanya menilai sekadar yang mereka tahu sahaja...dorang bukannya dengar pun apa yang menyebabkan aku maki cikgu tu kat sekolah hari tu"Adam bercakap sendirian dengan nada yang kecewa..

FLASHBACK

"Weh lepas rehat subjek apa"Adam terpaksa meninggikan sedikit suara kepada kawannya kerana keadaan kelas yang bising itu

"Bahasa Inggeris kan"balas kawannya itu...

Selepas rehat,cikgu Jasmine masuk ke kelas seperti biasa...

"biasanya aku masuk budak si Adam ni tak akan masuk kelas aku,pelik tiba tiba hari ni dia masuk kelas aku"cikgu Jasmine bisik di dalam hati

"Eh Adam mimpi apa kamu masuk kelas saya ni?"

Eh cikgu ni orang dah masuk kelas nak belajar banyak pulak tanya dia..adam berkata dalam hati

"Kanapa ada masalah ke kalau saya ada dalam kelas cikgu?" Adam menjawab dengan tenang

"Tak delah biasanya sampai mata pelajaran Bahasa Inggeris kamu tak de dalam kelas..mana la tahu awak tersilap makan ubat mak awak, atau mak awak bagi salah ubat"terang lagi bersuluh cikgu jasmine cuba untuk memprovok adam

eh eh sedapnya mulut cikgu ni siapa dia nak petik petik nama mak aku ni..ni dah melampau ni tak pe kita tunggu sampai bila dia nak main apa dengan aku..adam berbisik dalam hati

"Saya rasa cikgu ni dah melampau ni..kenapa perlu libatkan mak saya pulak ni.."adam tetap berbicara dengan tenang dan mengekalkan ekpresi muka yang tenang...

"kenapa?awak marah ke?"cikgu jasmine masih tidak berpuas hati dengan ketenangan yang adam miliki...

Untuk pengetahuan semua cikgu jasmine ni memang tak berapa berkenan dengan anak murid dia,Adam yela biasanya bila mata pelajaran lain dia ada masa bahasa Inggeris je dia hilang...mana tak bengang

"saya dah tanya cikgu elok elok. tapi kenapa cikgu macam tak puas hati dengan saya ye?"adam menjawab

"bila pula saya tak puas hati dengan kamu ni adam..ke betul mak kamu bagi kamu makan salah ubat?"cikgu jasmine makin galak memprovok adam

"woi cikgu aku ni manusia tau,ada tahap kesabaran..kau jangan ingat kau cikgu kau boleh buat apa yang kau suka..pergi ma^i la wei"adam melepaskan rasa geram yang terbuku kat hati dia...dia bukannya seorang yang suka memaki orang..ya dia jujur dia nakal tapi dia masih menghormati orang tua tapi kalau macam ni gayanya memang dia punya hormat tu hilang..

suasana kelas yang makin gamat apabila Adam memaki cikgu..ada yang bersorak, ada yang mengutuk,ada yang bersiul..lebih bertambah gamat apabila Adam keluar kelas melakui pintu belakang kelas..

"Eh adam kamu nak kemana tu saya tak habis cakap dengan kamu lagi..saya tak beri kamu kebenaran untuk keluar kelas"jerit cikgu jasmine

"huh kalau kau bercakap nak sakitkan hati orang takkan ada orang yang nak dengar la.." jerit adam sebelum melangkah keluar

"Ish budak ni"cikgu jasmine bercakap perlahan..

END FLASHBACK

bukannya dia sesuka hati memaki cikgu dan keluar kelas..salah cikgu tu la siapa suruh kacau aku..macam la tak tahu aku ni pantang di cabar...


Maaf la sis lambat publish sebab Internet ada masalah...apa apa pun semoga terhibur baca kisah ni...

RedhaWhere stories live. Discover now