Ayah memberhentikan kereta di depan sekolah aku . Aku salam tangan ayah aku .
"Belajar elok elok" pesan ayah.
"okay ayah" Kataku lalu keluar daripada kereta.
Aku berjalan masuk ke dalam sekolah. Sambil itu aku mula memikirkan kerja sekolah minggu lepas yang masih belom siap. Oh Shit! lagi 3 perenggan karangan BM! Kepentingan kitar semula pulak tu. Susah nak cari idea.
Dengan pantas aku berjalan menuju ke tempat perhimpunan. Sekolah ini setiap pagi sebelum masuk ke kelas akan diadakan perhimpunan. Nak tak nak kena pergi jugak siapkan kerja sekolah kat sana secara sorok sorok.
"Hey koranggg!" tegur aku kepada kawan kawanku yang sedang rancak berborak. Perhimpunan pagi belum bermula lagi.
" Oi Dann" tegur diorang kembali.
Aku dengan cepat duduk bersama mereka. Beg galasku aku letakkan di atas pangku ku dan aku keluarkan bekas pensil dan buku karanganku.
"Weh koranggg pinjam buku karangan japp. Aku nak idea ni. Janji tak tiru!" pinta ku.
Aina dan Zara mengeluarkan buku karangan mereka dan hulurkan kepada aku.
"Thanks korang!"
"Daniela ni tak sah tak buat karangan kat perhimpunan. Muka dia jela yg selalu tak siap karangan" Ujar Mimi diselangi dengan ketawa mereka semua.
Aku ikut ketawa dan kembali fokus membuat karangan yang belom siap. Aku dengar mereka sedang rancak berborak. Ada ura ura budak kelas kene gantung lah, renovate bilik sukan lah, budak baru lah, macam macam. Tapi malaslah nak ambik tahu. Aku lagi risau dimalukan depan kelas tak siap karangan.
Tak lama kemudian perhimpunan bermula. Nasib baik lah tinggal perenggan penutup sahaja. Bolehlah sambung di dalam kelas nanti.
Seperti biasa perhimpunan mesti akan sebut pasal tatatertib murid dengan guru. Tatatertib guru dengan murid tak nak pulak dipertikaikan.
"Sekarang ni saya perasan ada murid yang tak nak pun bagi salam bila terserempak dengan guru. Tunjuk muka sombong. Ingat bagus ke macam tu. Ada yang jeling lagi. Aduhai. kami ni guru. Jangan lah tak hormat kami sampai macam tu" Petah cikgu Erin berkata kata.
Cikgu ni karang ada yang aku bantah sekarang kang malu depan semua orang. Dahlah crush dia Cikgu Helmi ada je kat atas tu. Kitorang bukan tak nak, bila kita dah bagi salam ada je cikgu yg buat muka sombong, tak jawab, JELING PUN ADA TAU. Cikgu yang sombong salahkan anak murid pulak. Ish ish, malas aku nak amik tahu.
Aku menongkatkan kepala ku dengan tanganku. Aku tutup mataku sambil perlahan lahan memekakkan telinga mendengar ceramah yang tiada cerminan diri itu. Buang masa. Hampir hampir saja aku terlelap tiba tiba ada sesuatu yang menyentuh hujung hidungku. Terasa geli apabila benda tersebut semakin laju bermain di situ. Aku membuka mata dan mencari apa benda yang mengacau hujung hidungku tadi.
Aik, tak nampak apa pun. Aku mengerutkan dahi. Cermin mata dibetulkan biar keatas sedikit. aku menggosok hidungku. Pelik. Aku sambung menutup mata kembali. Sekali lagi benda itu mengacau hidungku. Aku buka mata benda tersebut terus hilang. Aku pandang kanan, hanya ada Afnan kelas sebelah sahaja, itu pun sama jugak seperti aku sedang menutup mata. Tak mungkin dia.
Aku pandang kiri, ada seorang lelaki yang aku tidak kenal berpakaian sekolah lengkap bersama lencana sekolah ku. Dia fokus memandang hadapan sambil tangan memeluk tubuh. Siapa lelaki ni, duduk kat dalam barisan kelas aku pulak tu. Lepastu dia ke yang main main kat hidung aku tadi?
Aku renung dia tajam. Matanya kemudian memandangku.
"Kenapa ?" Tanya lelaki itu.
"Jangan kacau boleh tak" tegurku tanpa sebarang tapis. Confident nya aku.
"Apa?" Tanya lelaki itu lagi. Keningnya bertaut.
"Ingat aku tak tahu ke" balasku sedikit geram. Lalu aku kembali menutup mata sambil menongkatkan kepalaku dengan tangan.
"Tiba tiba je minah ni" aku mendengar dia berkata kata dengan suara yang perlahan.
Tak lama kemudian aku rasa kembali sesuatu bermain di hidungku. Dia ni kan! Aku menutup mata sedikit lama sebelum aku membuka mata secara mengejut untuk menangkap siapa yang mengacauku ini.
Tanganku menangkap tangan seseorang. Ditangannya ada sehelai rumput yang digunakan untuk mengacau hidungku. Aku memandang pemilik tangan tersebut. Ternyata tangan tersebut milik lelaki tu. Aku dah agak dah!
"Jangannlah kacau" marahku.
Dia menarik tangannya dan tersenyum nipis.
"Dah kau tido comel sangat, aku kacau lah" Ujarnya kepada ku.
"Hah?" Aku terkebil kebil memandang lelaki tersebut. Tak tahu nak malu ke nak marah sekarang.
" Ish, kau kacau lagi siap!" aku menjelingnya dan kembali memandang hadapan. Dalam hati dah berbunga orang puji comel. Ceh comel je pun, dekat dalam sosmed lagi senang nak dapat pujian tu semua.
"Daniela" Dia memanggilku.
Aku memandangnya. Mana dia tahu nama aku?
"Pretty name, macam orangnya" Ujar dia ikhlas sambil memandangku lama. Baru aku perasan mata dia bila kene cahaya nampak warna coklat cair tu. Damn, lebatnya bulu mata. Aku punya bulu mata ni dah lah nipis, macam bogel mata aku ni. Tak boleh nak tipu mamat ni pun ada rupa, bibir pun tahu dia tak merokok, nampak warna pink cair tu.
Eh wait! Asal aku teliti muka dia ni. Memalukan!
"Why Daniela, ada something ke dekat muka aku?" Tanya dia kerana aku merenungnya terlalu lama.
"Haah, tu ada taik mata, besar macam lalat" tipu ku lalu cepat cepat bangun kerana semua sudah bangun ingin bergerak pergi ke kelas. Aku cepat cepat lari daripada mamat tu. Berdebar pulak duduk lama lama dengan dia.
(/-/)
Aku menyambung lagi beberapa kerat ayat untuk melengkapkan perenggan penutupku. Sehingga ayat yang terakhir guru kelasku tepat datang pada masanya. Aku meletakkan pensil dan mematah matahkan jariku. Semua bangun memberi salam dan duduk. Sedang mataku meliar memandang sekeliling aku terlihat mamat tadi berada di depan kelasku.
Eh jangan kata dia tu masuk kelas ni. Ada apa apa yang aku tak tahu ke masa aku cuti jumaat haritu?
"Wey Zara, tu siapa?" Aku memanggil zara yang duduk didepanku.
"Ouh tu Ziyan, dia baru masuk haritu. Rasanya kau cuti masa tu. "
Aku melihat Ziyan berjalan ke arah cikgu dan mengatakan sesuatu. Cikgu mengangguk dan Ziyan kelihatan seperti berjalan ke arahku.
Mata Ziyan memandang ke arahku dan mempamerkan reaksi terkejut. Dia tersenyum sambil mengambil tempat di sebelahku.
Aku sudah bingung dengan keadaan sekarang. Jangan cakap yang dia akan duduk dekat sebelah aku sepanjang masa persekolahan. Aku awkward sia sebelah lelaki.
"kau duduk sini ke?" tanya Daniella ragu ragu.
"yup, ada apa apa masalah ke cik Daniella" tanya Ziyan kembali.
Ish dia ni, tak habis habis dengan nama Daniella tu.
"panggil Dan saja cukuplah. Tak perlu nak berDaniella Daniella sangat" Ujarku sambil mengeluarkan buku teks dan buku tulis.
"I'm fine with Daniella. Thankyou" Tolak Ziyan untuk memanggil Daniella sebagai Dan.
"Urghh" Keluh Daniella kasar.
Kemudian mereka berdua mula fokus dengan pembelajaran Matematik yang diajarkan di depan.
(---)
Author part. :
Korang yang baca cerita ni rasa tertarik tak nk baca next part? astu nk suggest jalan cerita pun boleh hehe. cer vote cer komen, tq tq tqqq!!🫶🏻
YOU ARE READING
Faith between us
RomanceZiyan + Daniella = Mess Sorang jenis romantik sorang lagi jenis yang tak suka romantik. Can you imagine how mess perwatakan diorang ni? Ziyan selalu sabar dengan tingkah kelam kabut Daniella ni. Daniella pulak selalu hampir dapat sakit jantung sebab...