1>>> ROH YANG MENANGIS

879 94 10
                                    

Cerita ini berlaku pada tahun 1990an tetapi sampai sekarang masih segar dalam ingatan ku. Nama ku Joni tapi biasa kena panggil oleh kawan2 Joe saja. Aku bekerja di salah sebuah restaurant di Singapore. Kerana jarak dan kos aku jarang dapat balik ke kampung.

Kadang setahun sekali kadang2 2 tahun baru dapat balik sekali ke Sabah. Begini la kehidupan kami orang perantau. Saban hari menahan rindu dengan keluarga di kampung. Walaupun masa itu aku sudah mempunyai handphone tetapi bapa dan mama di kampung masih belum memiliki telefon. Kalau ada pun, telefon tersebut tidak dapat digunakan di kampung kerana tiada network coverage.

Hanya kadang2 saja bapa atau mama akan membuat panggilan telefon kepada ku bertanyakan khabar, itupun perbualan kami terbatas beberapa minit sahaja kerana panggilan jarak jauh sangat la mahal. Jadi kalau mama atau bapa kebetulan menelefon kami hanya akan bualkan hal yang betul-betul penting seperti kesihatan mereka, kesihatan ku atau bila aku akan pulang ke kampung. Selalunya aku akan balik kampung menjelang hujung tahun sebab mau sambut hari Natal.

Ada satu masa, ketika dekat2 hujung tahun, aku mendapat panggilan dari bapa yang bertanyakan adakah aku akan balik kali ini.
"Rancangan saya memang balik kali ini Pa"
"Bah..kalau jadi balik bagi tau awal sebab ada masalah besar dikampung. Diorang Aki(saudara yang sudah agak berumur,berpangkat datuk), sepupu ko laki bini dan juga anak buah ko dua orang telah ditimpa kemalangan. Mereka.....tetttttt" bunyi talian terputus.

Seharian itu aku menunggu bapa telefon balik tetapi hampa. Keesokan harinya aku tunggu lagi dan begitu juga hari2 seterusnya sehingga la tiba masa untuk penerbangan ku. Hatiku dipenuhi tanda tanya kemalangan jenis apakah yang menimpa saudara maraku dikampung. Aku tidak sabar untuk sampai ke kampung dan bertanya kepada bapa kenapa dia tidak menelefon balik.

Sampai saja dilapangan terbang Kota Kinabalu, aku segera mencari kereta penambang menuju ke kampung. Perjalanan ke kampung ku memakan masa kira2 5 jam dari bandar Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan hati ku tidak tenteram memikirkan kata2 bapa.

Sesampai saja dipekan aku terus mencari kereta menuju ke kampung. Aku bernasib baik kerana Obe, pemandu kereta penambang dari kampung ku masih berada di tempat letak kereta.
"Walao weh! Lama betul nda nampak ko boss. Macam artis sudah ko ha ha ha!" tegur Obe mesra.
"Baru dapat cuti boss! Ini pun Boss kasi seminggu saja" jawab ku tersengih.
"Ya lah! Susah juga kan kalau kerja jauh. Ko balik pasal kemalangan yang menimpa diorang Aki ko ka? Memang sgt tragik kejadian yang menimpa keluarga ko boss. Nanti diorang sudah sampai nanti, kami sekeluarga datang juga tempat kamu" tutur Obe menambahkan lagi kecelaruan fikiran ku.

"Kemalangan apa bah itu boss? Ada bapa bagi tau saya hari itu tapi dia tidak sempat cerita habis" tanya ku ingin kepastian.
"Aikk! Ko belum tau ka pula? Diorang Aki ko dan beberapa orang lagi saudara ko sudah........"
"Pa, saya mau makan aiskrim. Saya mau aiskrim huwaaaaaaa" belum sempat Obe menghabiskan ayat, anak lelakinya yang berumur lingkungan 3 tahun datang menangis nangis sambil mengoncang2 tangan Obe.
"Boss,nanti kita cerita lagi ah. Saya layan dulu 'big boss' satu urang ini" Obe berkata sambil menggendong anaknya menuju ke kedai runcit didepan saja. Aku hanya mengangguk kecewa kerana masih tidak mengetahui keadaan yang sebenar. Ah! Sabar saja la, kan mau balik kampung juga bisik hati kecil sambil masuk ke dalam kereta milik Obe.

Beberapa minit kemudian, Obe kembali ke kereta dengan anaknya yang sedang menjilat aiskrim. Sebaik saja masuk ke dalam kereta Obe start enjin dan memulakan perjalanan. Suara penumpang lain begitu bising bercerita tentang bot penambang terbalik tanpa memperdulikan aku. Mungkin juga mereka tidak mengenali aku lagi. Maklum la, sudah agak lama aku tidak balik. Ternyata begitu banyak sekali tragedi hitam yang berlaku dikampung ku.

Aku bersandar kepenatan dan tanpa sedar aku terlelap. Terasa bahu ku digoncang lembut. Bila aku membuka mata, Obe sedang merenung ku sambil menenangkan anak dia yang sedang meragam. Cepat2 ku capai beg pakaian dan turun dari kereta setelah membayar tambang. Aku mula berjalan kaki menuju ke rumah. Rumah ku terletak kira-kira 5km dari jalan besar dan ianya tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan.

PROJECT TEAM HORROR (ON GOING)Where stories live. Discover now