Bab 5

143 14 0
                                    

"Kita nak start dari mana ni?" soal kak aisyah pada kisya andra

"mana mana jelah kak"

"kalau macam tu jom ikut akak" lengan kisya ditarik kak aisyah

Mereka menuju ke ruang sudut pembacaan yang ada dalam syarikat ni

"lah, dalam syarikat ada library juga rupanya" desis hati kisya

"cantiknya, kak aisyah" teruja kisya melihat satu ruang yang dipenuhi dengan cawan cawan kecil yang comel dan berwarna warni, Eh ni tempat baca buku ke tempat bersantai ni!

"kalau kisya nak tahu, nilah tempat encik amirul melepak dengan kawan baik dia faris, kadang kadang waktu waktu petang diorang selalu duduk dekat sini

" amboi, mentang mentanglah boss seronok ea melepak lepak time kerja ish ish" kisya mengutuk amirul bertubi tubi

"err, kenapa ada gitar ni?" soal kisya hairan

"kan saya cakap tadi tempat melepak," kak aisyah tersenyum melayan kerenah gadis cantik ini.

"oh, OK ok"

Jom next place,

Kisya hanya mengikut....

Daripada pantri, surau, tempat mesyuarat, pekerja bawahan, stor semualah

Akhirnya... Selesai juga sesi mengenali kawasan dan kedudukan syarikat fuhhh tepat jam 12, barulah kisya
Menuju ke pejabat Amirul,, hehe masa yang lebih tu dia berbual bual dengan kak aisyah eleh, biarlah dia bukan pekerja pun, datang pun sebab terpaksa Waaa.....

Apabila tiba di hadapan pintu office amirul, dia mula bingung

"perlu ke ketuk dulu?"
Setelah penat berfikir kisya terus sahaja menolak pintu bilik amirul tersebut dan...

"aww" amirul memegang dahinya, sakit bukan kepalang

Kisya terlopong

"oh my god" terbeliak mata kisya melihat amirul, otaknya tidak dapat mencerna dengan baik

"sorry, saya tak sengaja" kisya menjengketkan kakinya dan meniup niup dahi amirul

Terkedu amirul melihat kisya yang begitu rapat dengan dirinya,

Dia hanya memerhatikan perbuatan kisya yang meniup niup dahinya,

Comelnya...

"eh, dah saya punya dahi dah okay" Amirul segera menolak kisya dari dirinya, karang kalau ada orang nampak tak pasal pasal jadi gossip murahan

"fuhh, nasib baik tak bengkak dahi dia, kalau tak mesti jatuh dah saham MR hulk ni.. " desis kisya sendiri

"sorry, saya betul betul tak sengaja"

"berhenti cakap sorry, tahi telinga saya makin hari makin cair dengar perkataan sorry dari mulut awak, dah pergi ambil handbag awak sekarang lunch hour, lepastu Nak solat Zuhur lagi,, pukul 2 petang ni awak kena present dekat saya pasal dokumen tu.. Jadi,, jangan bazir kan waktu yang ada.. Ingat! Saya tak suka orang yang tak reti menghargai masa! "

Sedas tembakan dilepaskan.

Fuh padu gila MR hulk ni, habis kecai hati kisya andra

"baiklah bossku" kisya bergerak laju

Namun...

Dalam hati hanya tuhan yang tahu!

"Lelaki acah, kenapalah dahi kau tak lebam!"

Takpe,

Ada lori ada bas, ada hari aku balas!

*****

Mr hulk and the beautyWhere stories live. Discover now