26

4.9K 403 71
                                    






A SINGLE TRUTH

CHAPTER 26






" Macam mana keadaan dia ? " datar pertanyaan Demerez sebelum menyisip sedikit minumannya.
Hel yang duduk bertentangan dengan lelaki itu mengoyak senyuman kecil,

" mana aunty Elise, dah lama Hel tak jumpa dia " sedikit halus kedengaran suaranya membuatkan Demerez mengeluh pendek. Pandangan dialihkan ke arah lain.

Hel yang sedar dengan perubahan situasi antara mereka tertunduk , menekur lantai. Buat seketika kebisuan mengisi jurang antara dua lelaki itu.

" —— tak perlu risau. Dia dah sedar , seperti yang Hel dah janjikan "

Demerez membisu, anak matanya melirik sekilas ke wajah anak angkatnya itu sebelum sekali lagi dia mengeluh berat.
" —— baguslah kalau macam tu. Kamu pulak macam mana... pelajaran kamu ? "

Hel angkat wajah, membalas tatapan Demerez dengan segaris senyuman.
Riak gembira terpancar diwajah tatkala Demerez menyoal akan perihal hidupnya, kerana sejak ibunya meninggal dunia kerana kemalangan pasangan suami isteri Black telah menggantikan posisi ibunya, Zu Er. Tidaklah dia dijadikan anak angkat secara bertulis, hanya pasangan itu melayaninya bagai anak sendiri dan mengambil berat akan urusan hidupnya.  3 bulan selepas kematian Zu Er, dia mengambil keputusan untuk belajar diluar negara , jauh dari bapa saudaranya, Alexander Ivan.  Disana dia ditemukan dengan Demerez Black dan segalanya bermula dengan hanya bualan tanpa sengaja antara mereka berdua.

" saya tunda dulu pelajaran buat masa ni. Saya nak buka klinik sendiri" ulas Hel dengan nada yang gembira. Pandangan matanya penuh keterujaan dan kekaguman setiap kali dia berbual dengan Demerez Black. Baginya , Demerez Black seorang usahawan yang sangat berkaliber, benar-benar patut dicontohi.

" kamu tahukan , kami boleh bantu kamu bina hospital. Tak perlu bersusah payah bermula hanya dengan sebuah klinik. Bakat kamu tak seharusnya dibazirkan sebegitu"

Hel mengangguk faham. " —— tapi lebih selesa kalau saya bermula dengan usaha sendiri. Saya akan lebih bertanggungjawab dalam pengurusan klinik itu nanti "

Demerez tersenyum. Dalam diam memuji kesungguhan anak muda itu dalam membina kerjayanya. Sudah acap kali dia dan isterinya cuba untuk memberikan bantuan sokongan dari segi kewangan juga hubungan korporat namun sering kali ditolak oleh Hel. Begitu teguh pendirian anak muda ini.

" seperti biasa , kamu pasti menolak lagi bantuan daripada kami" ujar Demerez sambil melirik kosong ke wajah Hel yang tersenyum kecil.
" —— dan setiap kali itu juga , kami akan ingatkan kamu ... kamu dah macam anak kami Hel , kami ibubapa kamu ... kamu boleh bergantung pada kami berdua "

Hel lambat-lambat mengangguk, sejujurnya hatinya terharu mendengarkan ungkapan ikhlas Demerez Black. Cukuplah dengan keprihatinan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh pasangan itu buatnya membuatkan dia merasai nilai sebuah kebahagian yang dinamakan keluarga.
" terima kasih ...uncle"


" cuma .... pasal perempuan itu "

Bicara Demerez menimbulkan rasa hairan pada Hel yang sudah bertentang mata dengannya. Demerez melepaskan hela berat, lantas dua tiket pernerbangan ke Norway disuakan pada anak angkatnya. Hel terdiam buat seketika, iris matanya yang melirik pada tiket itu pantas naik kembali menemui wajah Demerez Black.

A Single Truth ✔Where stories live. Discover now