3. Gunung Kinabalu, Sabah

0 0 0
                                    

Dulu Gunung Kinabalu takde sape boleh naik melainkan etnik kadazandusun je. Sebab menurut kepercayaan penduduk tempatan etnik kadazandusun ni la yang jadi penjaga gunung kinabalu dari dicemari.

Tapi pada tahun 1851, seorang gabenor British berbangsa Eropah bernama Sir Hugh Low dibenarkan naik gunung kinabalu bersama malim gunung, Gunting Lagadan.

Disebabkan beliau adalah satu-satunya bangsa luar yang berjaya naik ke puncak kinabalu, maka ada 1 puncak di Kinabalu dinamakan puncak Low Peak.

Mereka (Sir Hugh Low & Gunting Lagadan) yang berjaya menawan puncak Kinabalu telah menjadi idola pada para pendaki yang berhajat mahu menakluk puncak Kinabalu sebelum terjadinya tragedi gempa bumi beberapa tahun lepas.

Bagi etnik kadazandusun, mereka pecaya bahawa roh-roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan di puncak gunung inilah tempat persemadian suci "roh-roh" Bobohizan (ketua bomoh). Disebabkan itulah segala isi Gunung Kinabalu ada pantang larangnya.

Etnik kadazandusun juga percaya setiap pantang larang ini harus dijaga dan diikuti oleh sesiapa saja kerana jika ada yang berani membuat onar di Gunung Kinabalu akan mengundang amarah "semangat roh-roh" yg bersemadi kat situ.

Masyarakat percaya kejadian gempa bumi berskala 5.9 richter yang mengegarkan Gunung Kinabalu pada 5 jun 2015 merupakan amukan "semagat roh-roh" yang bersemadi di situ marah dengan tindakan beberapa orang manusia yang berbogel di puncak Kinabalu beberapa hari sebelum tragedi gempa itu berlaku.

Maka diingatkan, jika anda berhajat mahu menakluk Gunung Kinabalu satu hari nanti janganlah dibuat main akan hal pantang larang ini. Setiap agama, walaupun ada kepercayaan sendiri. Jadi, hormatilah.

Ren-hana homestay,
Kaki Gunung Kinabalu, Sabah,
22.09.18, 10.06pm

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CeritakuWhere stories live. Discover now