Bunyi pokok-pokok tumbang seakan dilanggar taufan yang ganas membuat kawasan hutan yang tadinya hening menjadi hingar-bingar.
Penghuni hutan yang baru sahaja ingin melelapkan mata memandangkan hari menjelang malam bertempiaran lari ketakutan kerana takut akan 'sesuatu' yang sedang mengganas.
Bunyi desahan nafas tujuh manusia yang cuba lari menggema. Pada fikiran mereka hanya keinginan untuk keluar dari hutan tersebut dan teruskan hidup daripada menjadi mangsa terkaman sesuatu yang buas - yang sedang mengejar.
Nyanyian jentayu menyemarakkan lagi situasi yang sudah cukup tegang. Sesekali terdengar ramai yang ikut berlari sedangkan cuma hanya enam pasang kaki yang masih tidak berhenti meredah hutan.
THUMP!
Batang pokok mendarat tepat di atas lelaki yang mengetuai perjalanan mereka , Pak Talib. Renjer hutan yang pertama menemui mereka di belantara besar itu.
"Pak Talib!" Jerit salah seorang dari mereka.
"Pergi! Tinggalkan aku, teruskan berlari!" Dengan suara yang lemah, Pak Talib menghalau mereka agar pelarian itu tidak dihentikan.
5 pasang mata terbeliak panik, kaki mereka terus berjalan tanpa henti mengikut arahan Pak Talib yang nyawanya sudah hampir putus.
Beberapa dari mereka teragak - agak untuk meninggalkan ketua perjalanan namun suara kuat yang mengejar menghentikan niat manusia yang tinggal untuk berhenti membantu.
"ROOORGHHH!!"
YOU ARE READING
SIRI TĒU : GIMBARAN
ParanormalRashdan seorang penulis online mengajak rakan - rakannya untuk meneroka Hutan Supah , atas tujuan 'mengeratkan silaturrahim'. Rakan - rakan yang suka akan cabaran bersetuju meskipun terdapat beberapa yang menegah kerana tragedi yang berlaku di hutan...