Kelas 3 Diamond
"Baiklah semua..." cikgu berjeda seketika.
"Nampaknya kamu semua ada kawan baru," sambungnya lagi kemudian memberi ruang kepada murid baru tersebut.
"Nama saya Nurlyn Louise, panggil saya Nurlyn atau lyn saja. Saya pindah ke Kuala Lumpur atas sebab peribadi," ucapnya pendek lalu tersenyum manis.
"Hye budak baru!" Ujar murid yang berada di meja hadapan sekali.
"Welcome to the class!" Kata ketua kelas aku.
"Hye awek! " Laung salah seorang daripada geng budak nakal yang berada di bahagian belakang pada sebelah tingkap sana.
"Wuu awek," sahut kawannya pula.
"Jodoh siot," kata salah seorang budak lelaki di meja hadapan aku.
Ceh! Dia orang ni gatal sungguh. Rakan perempuan sekelasku hanya tersenyum melihat telatah budak lelaki.
Aku tergelak melihat cara mereka semua menyambut 'budak baru' tersebut. Ramah juga rakan kelasku menyambut dia. Mana taknya, dia lawa mata berwarna hijau gelap dengan kulit yang bewarna putih keperangan. Pakai pula tudung, dah macam emma maembong. Lepastu pendek, comel je!
"Single ke taken?" Ujar Noah selaku budak paling nakal dalam kelas aku . Aku tergelak lagi sekali apabila mendengar soalan dia .
"Amboi!" Pintas Cikgu Marina.
Habislah kau cikgu marah .
Noah tersengih sahaja pabila cikgu suraya menjegilkan mata kearahnya ."Ha sudah , Nurlyn kamu ambil tempat duduk dibelakang sana " ujar cikgu suraya sambil tunjuk ke arah meja kosong sebelah aku .
Aku hanya tersenyum manis . Akhirnya , aku dah ada kawan wuhuu .
Nurlyn terus berjalan ke mejanya . Sempat juga dia memberikan senyuman yang manis bak madu gitu . Lalu dia mengeluarkan buku nota . Cikgu pun terus menyambung semula pembelajaran .
Kami tak berkata sepatah apa pun , yelah kan tengah belajar . Tak hormat Cikgu pula kalau bercakap semasa dia mengajar .
Selepas sejam Cikgu Suraya mengajar , Cikgu Khalid pula yang masuk untuk mengajar seni . Tidak sempat untuk berborak dengan Nurlyn , Cikgu Khalid memang rajin datang awal ke kelas . Sejam juga telah berlalu , dan kini masa untuk murid-murid rehat .
Kring!!!
Lantas aku mengemaskan meja dan memasukkan buku kedalam beg . Nurlyn awal-awal lagi sudah mengemas barang-barangnya , dia menunggu aku di luar kelas .
"Okay dah jom rehat! " ujar ku sebaik sahaja keluar dari kelas .
Nurlyn membalas dengan senyuman , kami pun mula bergerak ke kantin sekolah .
"So..."aku berjeda seketika untuk menarik perhatian Nurlyn dan ya , dia toleh sekejap pada aku "kenapa kau pindah sini? " soalku sambil menuruni tangga bersama dia .
"Ouh , aku kena jaga nenek aku dekat sini . Dia sakit , tapi tulah keluarga aku tak dapat nak turun KL sebab sibuk dengan hal kerja di Milan , Italy ." Jawabnya panjang .
"Woah! Maknanya kau ni orang Italy?"
"Eh taklah , aku lahir kat KL . Masa tu aku berumur 12 tahun , aku dengan family aku kena tinggal kat Italy sebab daddy aku dapat tawaran kerja kat sana " balasnya .
YOU ARE READING
Aryana Adelia [OG]
RomanceCover by @TheSkells Writen by @kinderboeno_ Pada mulanya Aryana Adelia merupakan seorang playgirl. Tetapi hadirnya seorang jejaka yang memenuhi, ciri-ciri lelaki idaman Aryana Adelia. Iaitu... Soft spoken. Sungguh mengambil berat. Clingy. Memberi pe...