❝ S ❞

5 0 0
                                    

Papan kekunci tanpa henti ditekan, satu demi satu perkataan wujud dilayar skrin. Bukanlah cerita tapi ❛diari❜ yakni tentang hidupnya



Nama ibu kepada nabi Ibrahim tersulam indah dibajunya ❛ SITI HAJAR❜



❝ Hajar kau tak habis lagi ke tekan papan ajaib tu? aku peliklah apa yang  kau nak buat tu kan Iti❞ Tegur wanita separuh umur, rambutnya yang sudah serabai diserabaikan lagi





Nama Leha tersulam dipakaian nya. Seorang lagi insan yang menjadi mangsa pada akal dan jiwanya, pesakit 045. Leha binti Anjang





❝ Mak Iti dah takdelah Mak Leha, Allah dah jemput dia.. Berapa kali Hajar nak bagitahu






Tersentak Leha, patung barbie doll ditangan dipeluk erat. Wajahnya segera menghadirkan reaksi sedih





Katil disebelah dipandang, bantal peluk yang disangka ❛kawan❜ diselimutkan






Siapa cakap? Iti adalah ni hah dia tidur.. Hajar suka buat Mak Leha sedihkan, Hajar ni nakal nanti Mak Leha report Doktor Shukri❞ Seloroh Leha, badan direbahkan






Merajuk dengan junior nya, Selimut ditarik tanpa membuang masa dia lelap berpelukan ❛kawan❜ nya




Lantak Mak Leha lah, Hajar malas nak kisah kang Hajar tegur merajuk pulak





Hajar, kepala digelengkan. Pening nak jaga hati orang tua lagi-lagi bila orang itu ❛kurang waras❜





Laptop dimatikan, katil Leha dihampiri Hajar dirinya menyelimut wanita separuh umur itu penuh dengan kasih sayang






Siti Hajar pesakit istimewa dihospital ini. Dia sering mengatakan dirinya sakit sedangkan dia lebih normal dari insan yang lain






Bukan kegilaan yang membawa dirinya menjalani sisi lain dunia ini. Tapi pertanyaan, tentang siapa aku dibalik aku






❝ Hajar tak payah kisahkan orang gila ni, kang nanti kita yang jadi gila omputih kata apa don't play with lazy apple❞ Fiah, juga wanita separuh umur yang bernasib sama seperti Leha





Dunia ia tidak menghadirkan sesuatu tanpa yang lain, tak berseorangan tapi malah banyak. Mereka insan yang tak mampu menerima kesedihan, membawa jiwa jauh dari kewarasan






Mereka sakit kerana tidak mampu menahan kesedihan , sering menghuraikan tangisan tanpa diri mereka inginkan. Kesedihan yang membawa diri terpesong dari agama







❝Fiah Kalau tak reti tak payah cakap, crazy people bukan lazy apple. Sebab nilah aku dengan Iti tak ambil kau jadi geng, cakap putih pun kalah orang gila❞ Leha, baru nak disapa lena dirinya bangkit kembali






Bermulalah adegan pertempuran kedua belah pihak dek masing-masing tak nak mengaku kalah. Tapi apa yang mampu dilakukan, sudah sifat mereka bergini






Dah-dah, Mak Fiah dengan Mak Leha tidur. Esok Doktor Shukri hensem nak lawat kang Hajar report doktor suruh potong gaji, tak dapat lah Mak berdua mintak tapau lagi❞





Siapa aku dibalik aku ➣ JJKWhere stories live. Discover now