Chapter 2

127 12 8
                                    

Ni sebenarnya Chapter 2 yg lps cuma ada sedikit perubahan lah.
Sbb yg lps mcm x best, author baca pon x best.
Sorry klu x best.
______________________________________

Semasa Wonyoung hendak pulang ke rumah dia terlihat seorang kanak² lelaki duduk di perhentian bas seorang diri.

Kerana takut perkara yang buruk berlaku pada kanak² lelaki tersebut, lantas beliau pergi ke arah kanak² lelaki tersebut.

"Adik buat apa kat sini sorang² bahaya tau"

"Sebenarnya oppa saya yang ambik saya dari taska, pastu suruh saya tunggu kat sini sebab dia kata nak jumpa kawan" Jawab kanak² lelaki itu dengan nada sedih.

"Kenapa sedih² ni?"

Kanak² lelaki tersebut menghelakan nafas berat sebelum menjawab pertanyaan Wonyoung.

"Bosan lah duduk sini sorang²"

Wonyoung berfikir sejenak bagaimana untuk mengembalikan kegembiraan kanak² tersebut. Tiba-tiba Wonyoung mendapat idea bagaimana hendak menggembirakan kanak² lelaki tersebut.

"Ok, kalau macamtu apa kata noona belanja awak aiskrim, nak tak?"

"Betulke?"

Wonyoung hanya mengangguk untuk memberi kepastian kepada kanak² lelaki tersebut.

Riaksi kanak² tersebut yang tadi nya sedih berubah serta merta selepas Wonyoung memberitahu bahawa beliau akan belanja nya aiskrim.

"Ok, jom"

Kanak² lelaki tersebut sungguh gembira senyumannya tidak pernah putus daripada tempat mereka memulakan perjalanan sehinggalah sampai di sebuah kedai aiskrim.

"Awak nak perisa apa?" Tanya Wonyoung kepada kanak² lelaki tersebut.

"Ermm...... vanilla lah"

Setelah mengetahui apakah perisa yang kanak² lelaki tersebut inginkan, Wonyoung pun membeli aiskrim tersebut.

[H] Girlfriend Upahan||KDN × JWY||Where stories live. Discover now