« Part 1 »

32 3 0
                                    

Sebaik sahaja tiba di kelas, meja belajarnya telah bertukar tuan. Naik berang Naeun dibuatnya. Tanpa berfikir panjang, dia terus menyerang pelajar itu tanpa menghiraukan reaksi pelajar lain.

" Siapa suruh kau duduk sini? "

Soalan Naeun langsung tidak diambil kisah. Sebaliknya dia hanya menoleh pandang wajah gadis itu untuk beberapa saat sebelum dia kembali menulis sesuatu pada buku latihanya.

" Yah! I'm asking you, siapa yang suruh kau duduk sini? " ulang Naeun lagi.

" N-naeun-shi, Daesuk saem minta Naeun duduk dekat meja kosong belakang Kris, boleh kan? " seorang pelajar perempuan menegurnya.

Pelajar bernama Kris itu ditenung. Harap muka sahaja handsome, tapi sombong! Wajah pelajar asing itu dan rakan sekelasnya dipandang silih berganti sebelum dia mengalah.

Baru sahaja seminggu dia tidak hadir ke sekolah, menyertai perlawanan tinju sudah ada orang lain menggantikan tempatnya.

🌸

Keikutkan hati Naeun, mahu sahaja dia menjerit sekuat hatinya. Nasib ada guru yang masih mengajar dihadapan.

" Kau tunggu kau "

Kring~

Hilang sahaja bayangan cikgunya daripada pandangan, Naeun terus menendang kuat kerusi belajar milik Kris.

" Apa ni? "

" Apa? Semak, tahu tak? Semak? Punyalah besar ruang depan kau tu, nak juga ke belakang sampai bercium kerusi kau dengan meja aku " hembur Naeun.

" Aku buat apa? "

Mahu sahaja dia menghentak kepala Kris ke dinding. Sabar, Naeun. Anak orang. Wajah pemuda itu direnung tajam sebelum Naeun mengemas semua alat tulisnya yang bersepah masuk ke dalam kotak pensel.

Baru sahaja mahu mengapai pen, Kris telah terlebih dahulu mengapainya. Kini, pen itu menjadi alat permainan pelajar baru itu

" Ya Tuhan! Tolonglah, Kris! " rayu Naeun.

Dia bangun dan merampas semula pen daripada tangan Kris apabila pemuda itu kelihatan leka bermain dengan pen biru Naeun.

" Kau jangan cabar aku " sempat Naeun mengugut pelajar lelaki itu sebelum dia menempatkan semula kotak penselnya di bawah meja.

" Perempuan macam kau, ingat aku takut? "

Panas rasa hati apabila mendengar kata-kata Kris itu. Tidak pasal pasal Kris tersembam ke lantai dek ditinju oleh Naeun.

" Aku dah cakap, jangan cabar aku "

tbc

[H] You The Only One I Love ( Wu Yifan )Where stories live. Discover now