1

553 68 13
                                    

🍑

Jeon Jungkook melangkah laju menuju ke Unit Rawatan Rapi (ICU - Insentive Care Unit) di Seoul National Hospital.

Mulutnya terkumat-kamit tak berhenti-henti berdoa. Peluh didahinya yang merenik, tidak dipedulikan.

Setibanya dia di situ, kelihatan Tuan Park sedang duduk menunduk menahan sedih. Disisi Tuan Park, kelihatan sahabat baiknya, Park Jimin sedang menenangkan Puan Park yang sedang menangis.

Entah kenapa, Jungkook dapat merasakan hari ini tak sama macam hari-hari yang sebelumnya. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku pada tunangnya, Park Minhye.

"Jimin ––"

Panggil Jungkook perlahan. Ketiga-tiga mereka mendongak memandang wajah sayu Jungkook.

Jimin bangun berdiri dan dipeluknya Jungkook. Belakang badan Jungkook ditepuknya perlahan.

"Minhye tt–tak apa-apa kan? Dia—dah sedar kan?"

Bergetar suara Jungkook bertanya soalan kepada Jimin, yang sepatutnya sudah menjadi abang iparnya.

Semuanya bermula apabila Park Minhye terlibat dengan kemalangan jalanraya, 3 bulan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan dengan Jeon Jungkook.

Sehingga hari ini Minhye koma dan tidak sedarkan diri. Kata doktor, mereka tak boleh buat apa-apa kerana Minhye mengalami 'brain death' (kematian otak).

Dari segi fizikalnya, sememangnya jantung Minhye kelihatan berdenyut dan bernafas dengan alat bantuan pernafasan, tetapi sebetulnya Minhye telah lama mati.

Jasad Minhye yang memang kelihatan seperti hidup dan dadanya berombak seolah-olah bernyawa, itu pun kerana bantuan mesin pernafasan.

Sekiranya mesin itu dicabut, nafasnya tidak akan pulih dan jantungnya juga akan berhenti berdenyut dalam masa beberapa minit saja.

Mesin pernafasan hanya sekadar membantu mengalirkan udara ke paru-paru, tetapi otaknya tidak berfungsi lagi. Semuanya berlaku kerana Minhye mengalami kecederaan otak yang sangat teruk semasa kemalangan tersebut.

"Sabar, Kook. Kita tak tahu lagi keputusan doktor. Tapi, aku harap kita semua dapat terima apa yang bakal doktor katakan selepas ni. Semua ni permintaan Minhye sendiri. Kita kena hormat permintaan dia."

Terang Jimin. Walaupun dia sendiri tak tahu samada dia bakal kehilangan satu-satunya adiknya sendiri atau pun tidak.

Jauh disudut hatinya dia mengharap keajaiban berlaku. Dimana adiknya boleh bangun semula.

Kelihatan sekumpulan doktor keluar dari satu bilik. Mereka menuju ke arah keluarga Park.

"Tuan Park Sungmin, kenalkan ini Hyunsik Lim uisa seongsaengnim, dia ketua doktor pakar bedah di sini."

Kata doktor Ivy Sim memperkenalkan kepada keluarga Park. Kesemua mereka membongkokkan sedikit badan tanda hormat.

"Uisa seongsaengnim, macam mana keputusannya? Kami terima apa-apa sahaja keputusan dari pihak doktor."

"Hasil dari pemeriksaan kriteria yang ditetapkan, jantung Minhye sememangnya sesuai dengan tubuh badan penerima nanti. Jadi, untuk meneruskan proses transplan (pemindahan jantung) ni, kami memerlukan kebenaran daripada pihak Tuan Park sendiri."

Terang doktor Hyunsik, lelaki yang hampir sama umurnya dengan Tuan Park.

Puan Park menggelengkan kepalanya tanda dia tidak bersetuju dan air matanya mula mengalir deras.

"Andwae. Andwae. Tolong jangan teruskan semua ni, yeobo. Jebal — tskkk. Kalau kita teruskan, ibarat kita semua 'membunuh' Minhye."

Potong Puan Park. Dia tak sanggup kehilangan anak perempuannya. Namun, ini semua permintaan Minhye.

Dia mendaftarkan dirinya sebagai penderma organ jantung apabila dirinya tiada nanti. Keluarga Park sendiri tidak tahu perihal tersebut termasuklah Jungkook sendiri.

Keluhan berat dilepaskan Tuan Park. Dia sendiri tak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang.

Memang betul apa yang Puan Park katakan. Namun, keadaan Minhye tidak akan berubah, malah sebenarnya jika diteruskan seperti sekarang, mereka hanya merumitkan keadaan.

Jelas doktor, lama-kelamaan otak Minhye akan reput juga. Dan semua itu hanya sia-sia. Adalah lebih baik 'melepaskannya' pergi daripada dia terseksa sebegini.

"Jebal ahjusshi. Jangan teruskan semua ni. Saya sanggup jaga Minhye. Jebal."

Pujuk Jungkook pula. Jujur dia katakan, dia sanggup menjaga Minhye seumur hidupnya walaupun Minhye sudah serupa seperti mayat hidup.

"Sabar anak muda. Kami hanya akan lakukan sekiranya pewaris pesakit bersetuju. Kami akan berikan masa untuk pewaris membuat keputusan."

Kata Hyunsik uisa seongsaengnim sambil ditepuknya perlahan bahu Jungkook.

Sekumpulan doktor-doktor tadi berlalu pergi selepas menjelaskan sedikit prosedur kepada Tuan Park dan Jimin.

Mereka semuanya diam duduk termenung memikirkan masalah rumit ini. Jungkook meraup wajahnya dan keluhan dilepaskan.

"Appa akan izinkan pemedahan tu. Kita semua kena hormat permintaan terakhir Minhye. Sekurang-kurangnya kita dapat 'lihat' Minhye dekat bakal penerima jantung dia nanti."

Kata Tuan Park setelah lama dia mendiamkan diri. Semua mata teralih pada Tuan Park dengan pandangan terkejut dengan keputusan yang dibuat.

******

"Genggam tangan aku, dan jangan lepaskan.
Sebab aku tak mampu hidup tanpa kau disisi."

******

Macam mana dengan first part yang baru? Okay takk?
Tolong vote ehhh? Author janji kasi update lagi kalau banyak vote.

Love kiss and hug 💜💜

Sweet Pea | My SweetheartWhere stories live. Discover now