🍑
"Sayang, Ji macam mana?"
Tanya Kim Taehyung pada seorang doktor perempuan pakar kardiologi yang mana juga isterinya.
"Awak jangan risau, Tae. Diorang semua tengah berbincang untuk prosedur tu.
Pembedahan transplan mungkin ambil masa empat ke tujuh jam. Tadi saya masuk jumpa Ji kejap. Dia nerveous sangat tu."
Kata Kim Yoohee yang cuba menenangkan suaminya. Tangan Taehyung digenggamnya erat.
Dia tahu, Taehyung sangat risaukan tentang keadaan Kim Hyunji.
Kim Hyunji, satu-satunya adik perempuan Kim Taehyung yang tinggal bersama-sama mereka. Dia mengalami komplikasi injap jantung yang bocor dan jantung bengkak sejak 2 tahun lepas.
Mulanya Taehyung nak menggunakan kaedah jantung mekanikal Ventrical Assist Device (VAD), namun Hyunji taknak. Katanya kos rawatan tersebut mencecah puluhan ribu Won.
Lagipun cukuplah abangnya menanggung hidupnya. Kim Taehyung juga mempunyai tanggungjawab menanggung isteri dan mungkin satu hari nanti anak-anak pula.
Oleh itu, Hyunji setia menanti penderma organ. Semalam, Taehyung diberitahu oleh Yoohee bahawa ada seorang penderma yang berkemungkinan besar boleh menderma jantungnya pada Hyunji.
Setelah diperiksa oleh doktor-doktor pakar, kriteria seperti ketinggian, berat badan, rangka tubuh, jenis kumpulan darah penderma tersebut sememangnya sesuai dengan Hyunji.
"Saya nak jumpa Ji kejap boleh sayang?"
Soal Taehyung. Yoohee memandang Taehyung lalu dia tersenyum nipis. Dia menganggukkan kepalanya.
"Boleh. Jom ikut sayang."
Tangan Taehyung ditariknya perlahan berjalan menuju ke satu wad khas.
Pintu dibuka dan kelihataan Hyunji termenung menghadap cermin tingkap.
Hyunji menoleh saat dia tersedar bunyi pintu dibuka dari arah luar. Tersenyum manis dilemparkan kepada Taehyung dan Yoohee.
"Tae oppa.."
Panggil Hyunji. Wajahnya yang pucat dan bibirnya kering dipandang oleh Taehyung.
"Ji macam mana harini? Ada rasa sihat tak?"
Tanya Taehyung sambil melabuhkan punggungnya di atas katil Hyunji. Tangannya mengelus rambut panjang Hyunji.
"Sihat lah. Oppa baru balik kerja ke?"
Taehyung menganggukkan kepalanya. Tadi dari pejabatnya terus dia ke hospital.
"Ji jangan risau okay? Yoohee unnie ada dekat sini. Kalau betul jadi pembedahan tu, Yoohee unnie pun akan ikut sama masuk OR (Operation Room)."
Pujuk Taehyung. Tangan adiknya itu digenggamnya perlahan. Yoohee yang berdiri di tepi sekadar tersenyum.
"Tapi — tapi, Ji takut oppa, unnie."
Jawab Hyunji menundukkan kepalanya. Jikalau ditanya apa perasaannya sekarang, jawapannya dia lebih pada takut.
"Jangan takut, sayang. Unnie yakin, semua berjalan lancar. Semua tu doktor-doktor pakar yang dah lama."
Jawab Yoohee tenang. Dia yakin, adik iparnya boleh sembuh.
"Betul tu, jangan takut Ji. Oppa yakin semuanya okay."
"Macam mana kalau Ji pembedahan tu tak berjaya? Macam mana kalau Ji mati?"
Terserentak Taehyung dan Yoohee dengan soalan yang keluar dari mulut Hyunji.
"Ehh, apa cakap macam tu Ji. Takkan. Ji takkan mati. Ji takkan tinggalkan Tae oppa lagi."
Taehyung menarik perlahan Hyunji ke pelukkannya. Dia memeluk erat Hyunji.
Sebenarnya jauh disudut hati Taehyung, dia takut. Dia takut jika Hyunji tinggalkan dia selama-lamanya.
Namun, dia kena positif. Dia kena bagi kata-kata semangat pada Hyunji.
Klekkk.
Pintu bilik wad tersebut dibuka perlahan oleh seorang doktor.
Ketiga-tiga pasang mata tertumpu pada seorang doktor yang datang menghampiri mereka.
"Berita baik untuk awak, Kim Hyunji. Pewaris penderma jantung tersebut bersetuju nak jalankan transplan ni."
Taehyung meleraikan pelukkan dan dia tersenyum memandang wajah Hyunji dan Yoohee.
Oh Tuhan, syukur kerana akhirnya ada penderma yang sudi memberi jantung kepada adiknya.
Sekurang-kurangnya Hyunji takkan merasa derita seperti dahulu lagi.
******
"Kasih sayang tak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kebahagiaan tak boleh dikecapi jika tiada rasa hormat."
******
Siapa rindu Kim Taehyung dengan Lee Yoohee? Nahhh cerita ni author 'hidupkan' balik watak diorang as husband and wife.
Sebenarnya author pun rindukan diorang 😭😭
YOU ARE READING
Sweet Pea | My Sweetheart
Fiksi Penggemar"Cinta aku takkan mati sampai bila-bila untuk seorang gadis bernama Park Minhye" - Jeon Jungkook "Awak tak cintakan saya, Jeon Jungkook. Awak hanya nampak Park Minhye seorang je. Bukan saya." - Kim Hyunji