Hati ni dulu banyak memendam rasa. Sebab tu takpernah terluah yang terbuku di hati. Dulu hati takpernah sekeras ni , sentiasa lembut. Kadangkadang kena marah sikit nak nangis.
Mak ejek ' budak kuat cembeng '
Makin lama kita belajar apa itu kehidupan. Aku berubah dari cembeng terus jadi seorang yang kasar tapi ada lembutnya. Hati aku? Tak selembut macam dulu. Hati aku keras.
Tapi ustazah cakap ....
" susah nak didik hati yang ada tembok dalam tu. Segala yang di ajar atau tegur tak akan pernah masuk dalam hati. Jadi jangan bina tembok dalam hati. "
Aku tersentap. Berubah? Amik masa. Aku lebih suka berdiam diri kalau sakit hati. Aku cepat memaafkan. Ya memang itu sifat aku. Jadi tak kesahlah sekejap sahaja tembok dalam hati tu runtuh.
Tapi kalau kena dengan cara aku akan jadi diri aku yang lama.
Yup,i miss my old self.
YOU ARE READING
Sadness
RandomSegala ayat yang saya tulis adalah ayat sendiri, nak copy letak dekat twitter mintak izin dulu.