yurin pov
" oh ! oh ! oh ! "
aku menari mengikut rentak . masih khayal dengan alkohol yang aku minum . kepala semakin ringan dan hanyut bersama orang ramai yang bersuka ria pada malam minggu . tenggelamnya aku bersama mereka semua . sebuah party malam minggu yang sangat menyeronokkan untuk remaja .
kini lagu remix idol dari kumpulan kpop bangtan dimainkan dengan begitu rancak . semakin ramai yang menghimpit antara satu sama lain . lampu yang berkelipan membuatkan club semakin meriah .
berpusu pusu lelaki dan perempuan menari bersama dan hanyut tanpa had dan batas . remaja , inilah hidup kami .
" yurin ! " ada sesiapa panggil aku ? hahahaha siapa tu ? sinilah join sekali !
" apa kau buat ni bodoh ! " hahahahahaha apa kau cakap ni ? kita muda , kita kena gunakan masa yang ada dengan baik !
" kau patut balik sekarang ! " tangan aku direntap kasar oleh sehun . ini dah melampau !
" kau buat apa ni tak guna ! " aku cuba melepaskan genggaman tangan sehun . tapi hampa .
" kau patut balik ! pekak ke sial ? " aku masih belum puas ! aku cuba untuk melepaskan genggaman erat sehun .
sehun menarik aku keluar dari dunia syurga aku . dia memaksa aku untuk berjalan sampai ke parking kereta .
" lepaskan aku sehun ! "
" sejak bila kau jadi teruk macam ni yurin ? " aku tersenyum sinis . apa ? aku je ke yang rasa soalan sehun ni bodoh macam tuan empunya badan ?
" kau tahu , ibu dan ayah amanahkan aku untuk jaga kau ! apa kau cuba buat ni yurin ! ini semua boleh rosakkan diri kau , tahu tak ! " sehun menengking aku di dalam kereta . sedikit pon aku tak gentar dengan suara garau dia .
" apa ? kau sedar tak apa yang kau cakap ni ? " aku memandang sehun dengan perasaan membara .
" IBU AYAH MATI SEBAB KAU TAK GUNA ! "
sungguh aku rasa tak tertahan dengan amarah aku sendiri . padan muka kau sehun . memang layak kau kena maki dengan aku .
" and ya , ingat sikit . kau tu anak pungut . kalau bukan sebab ibu dan ayah nak sangat budak pungut macam kau ni hidup . dia orang takkan mati KAU TAHU TAK ? KAU SEDAR KE TAK ! JADI TOLONG JANGAN MASUK HAL AKU DALAM APA APA URUSAN ! KAU DAH CUKUP BUAT HIDUP AKU TERSEKSA SEHUN ! "
aku membuka pintu kereta dan terus beredar . aku mengambil teksi dan menuju ke hotel yang berdekatan dengan bandar .
dari dulu lagi aku memang benci lelaki yang bernama oh sehun . dasar anak pungut tak sedar diri ! serabutkan aku je ergh !
🌻
" emph "
kepala aku masih berat untuk bangun . mungkin alkohol yang aku minum terlalu keras dan banyak .
cahaya matahari dari sliding door buat aku lagi susah untuk buka mata .
kejap .