Episod 2

337 10 1
                                    

Jam mula berbunyi tepat pada pukul 5:30 a.m, seorang remaja perempuan memberhentikan bunyi yang bising itu, Dia mula bangun dari katilnya. Dan melakukan perkara yang selalu dilakukannya

6:15 pagi

Dia telah menyiapkan diri dan mula mengemas beg galasnya, dimasukan barang barang keperluan pelajar Universiti. Dia bergegas keluar dari bilik dan menuju kearah dapur untuk menyiapkan sarapan pagi,

Roti sandwich dihidang di atas meja,
Dia mula menjamah makanan tersebut.

8:00 pagi

Dia bergegas pergi ke arah kereta selepas mengunci rumah sewanya. Kereta yang berjenama Proton di masuki. Dia mula memandu sambil mendengar radio.

Kereta berjenama Proton tu berhenti tepat² di hadapan sebuah banglo. Dia keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama rumah tersebut.

Loceng di bunyikan, selepas beberapa minit, pintu dibuka oleh seorang wanita yang berusia.

"Oh Riana, makcik fikir siapa lah yang datang pagi² ni" kata wanita tua itu.

"Hah makcik! Riana datang ni nak ajak Faiz pergi kelas sama²" kata Riana dengan sopan.

Wanita itu mengajak Riana memasuki rumah banglo tersebut.

"Riana, makcik rasa lebih baik awak duduk dulu,Faiz belum bangun lagi ni" kata makcik tersebut.

"Hah?! Dia belum bangun lagi? Bukan kelas dia tak lama lagi ke?" kata Riana dengan riak terperanjat.

"Aihh! macam awak tak tahu perangai dia tu... Dah makcik nak kejutkan dia duduk dulu ya Riana" kata makcik.

Sewaktu menunggu Riana, bermain telefon untuk mengurangkan rasa bosan yang dialaminya itu.

"Ohh?! Riana kenapa ada dekat sini?" kata seseorang

Riana mengalihkan pandangan ke arah tangga.Terus dia terbangun dari kedudukan dia tadi.

"Assalamualaikum,ibu" kata Riana selepas melihat wanita tersebut.

"Wakalaikumusalam, Riana awak datang sini kenapa? Tak pernah² awak datang pagi macam ni?" kata wanita itu ataupun ibu kepada Faiz.

Riana sudah terbiasa panggil ibu Faiz dengan panggilan ibu, disebabkan dia dah rapat jadi panggilan pun dah bertukar.

"Saya datang sini sebab nak ajak Faiz pergi kelas sama²" kata Riana

" Kesian Riana, haih kalau mak tahu tadi mak dah pukul si Faiz tu !" kata ibu Faiz dengan amarah.

Kedengaran tapak kaki seorang turun tangga. Semakin lama semakin jelas bunyinya.

"Riana! I'm so sorry gurll ! " kata 'dia'

"Faiz?! kenapa awak tipu emak awak?! Semalam awak kata tak ada kelas tapi ini apa hmmm?" kata ibu Faiz dengan tegas

"Ahh! Mama hmm, Eh ! Riana jom lah dah lambat dah ni ! " kata Faiz dengan terkocoh kocoh.

Riana tergelak dengan kelakuan anak beranak tu.Haih dia terasa rindu pula dekat emak.

* Adriana izzati * Where stories live. Discover now