Rohaya

48 0 0
                                    

Manaf..!

Kedua - dua mata lelaki itu berpaling mendapatkan suara dibelakang mereka, terlihat Rohaya telah berdiri dibelakang mereka..

Mata gadis itu telah berair, terkejut dengan apa yang terlihat di depan mata..Tina ke mana..?

Manaf , aku tanya engkau ni Tina pergi mana, sambil tangannya telah mencekak kolar baju Kemeja yang dipakai oleh Manaf ketika itu..

Manaf , kemana mereka bawa Tina pergi, Kau buat apa ni Manaf, apsal engkau tak kejar mereka..

Manaf hanya mendiamkan diri, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya, dia terlalu terkejut dengan semua ini, dia hanya membatukan diri tanpa reaksi.. Semakin Rohaya berkeras ke atas dirinya, semakin dia berasa bersalah dibahunya, semua itu bebanan berat untuk dia terima.. Dia lelah Dan lemah, dirinya selayaknya dimaki Rohaya sebab Dialah punca Utama mereka ke situ...

Rohaya engkau lepaskan Manaf, dia tak bersalah dalam hal ini..Lepaslah..John sedaya upaya melepaskan pegangan Rohaya di kolar baju Manaf, lagak Rohaya ketika ini bagaikan singa betina yang sedang menerkam mangsanya..

Engkau jual dia Manaf, sampai hati Engkau buat Tina macam tu, apa jenis kawan engkau ni Manaf, apsal engkau buat macam tu, memang separuh gila Rohaya kerjakan Manaf, sedikit lelaki itu tidak bersuara, dia hanya membiarkan Rohaya melepaskan amarah ditubuhnya, dengan begitu dia berasa beban dirinya meninggalkan Tina sebentar tadi semakin ringan Dan ringan, akhirnya Manaf rebah disitu..

Manaf, suara John Dan Rohaya serentak memanggil nama lelaki itu..

Ini engkaulah punya pasal Rohaya, engkau tengok apa dah jadi..?

A..ak..aku... tak sen..gaja.. Aku tak sengaja katanya laju selepas gelabah dengan kejadian tadi..Tolong aku John, Manaf..? Segera dia mendapatkan Manaf yang telah berada di dakapan John waktu tu..

Engkau pergi ambik air..?Aku papah Manaf ke Sofa..Lekas..! Tunggu apa lagi dekat situ..

Dengan kelam kabut Rohaya meninggalkan John Dan Manaf disitu, dia berlari - lari cemas mendapatkan air.. Tubuhnya yang sudah melepasi Tandas segera berpatah kembali kebelakang bila dia melihat tandas..Air..dan mengintai - gintai dalam tandas sekiranya terdapat bekas yang membolehkannya mengisi air seperti yang diarahkan John tadi..

Tanpa membuang masa , kepala Pam tandas diambil Rohaya bagi mengisi air, dia bertindak dengan segera, apa yang difikirkan sekarang keselamatan Manaf dulu , dia perlu mengetahui cerita sebenar Dan seterusnya dia akan memikirkan Tina..

Cepat - cepat tubuhnya berlari mendapatkan John Dan Manaf, tiba sahaja disitu, dia menyerahkan penutup Pam tandas pada John untuk memercik muka Manaf agar lelaki itu tersedar..

Dah tak ada benda lain ker engkau guna Rohaya untuk isikan air..? Penutup ni juga engkau ambik..

John Sekarang ni darurat engkau tau tak, engkau ingat ini rumah aku, tandas itu jerk paling terdekat waktu - waktu darurat macam ni..Apa engkau tahu, Cepat lah basuhkan muka Manaf tu..? Aku nak tahu cerita sebenar..

Oh..! Nak tahu cerita sebenar, engkau tahu tak engkau yang buat dia macam ni.. Engkau yang pukul dia. Marah dia.. Mana dia tak stress dengan engkau, masalah dia lagi dengan Tina..Dia cukup sengsara engkau tahu tak Rohaya..

Apa Jadi pada Tina..? memang aku tak sabar nak tahu tentang rakan aku yang satu tu..Mintak - Minta lah tak jadi apa - apa, doa aku dalam hati..

Boleh tak engkau bagi ruang, aku nak sedarkan Manaf dulu, Engkau sanggup tengok dia macam ni.. Ujar John agar aku bersimpati dengan keadaan Manaf..

Tak aku nak dia sedar dulu, kata aku .. Bagaikan tersedar dari kesilapan sikap aku pada Manaf sebelum ini..

Tak patut aku buat macam tu pada engkau Manaf, aku cepat sangat jatuhkan hukum keasalahan pada engkau sedangkan aku tak tahu apa yang Jadi, ucap aku perlahan agar Manaf akan terima kemaafan aku..

Engkau tak salah Rohaya, kata Manaf lemah..dia telah tersedar..Sebaik mukanya dibasahkan John selepas tiga kali..

Apa yang jadi sebenarnya Manaf ..? Apa yang jadi pada Tina, jangan rahsiakan dari aku.. Aku kawan Tina, kawan engkau Juga Manaf.. apa yang Jadi..?

Tina da tinggalkan kita, Ujar John menjawab soalan Rohaya, Sebaik dilihat Manaf masih membatu mendiamkan diri, lelaki itu lemah..

Aku tak faham, macam mana Tina boleh tinggalkan kita..? Malam ni..

Engkau dah tahu peraturan Club ni kan Rohaya, aku tahu mesti Manaf dah terangkan segalanya kepada kamu berdua..

Terangkan apa ni, lagilah dirinya tak faham, satu persatu pesanan Manaf malam tadi Cuba diingati kembali..

Manaf apa semua ni.?

Tina da setuju jual diri dia dekat sindikit..Dia da setuju Rohaya , Dah setuju.. Dia dah tinggalkan kita..

Tapi macam mana dia boleh setuju..? Semakin Rohaya tak faham, macam mana pula.. Maksud engkau Tina terus setuju untuk ikut lelaki itu, tanpa dia tahu pasal diri dia da kena jual.. Shit..! Bayaran itu untuk Manaf Sebab jadi peneman dia malam ini.. Fuck You Tina.. ! Bodohnya engkau Tina, apalah engkau fikirkan waktu tu.. da banyak - banyak kali Manaf da pesan, jangan cakap sebarangan...

Apa kita nak buat ni..? Rohaya mundar - mandir Di dalam bilik sambil menunggu jawapan dari mereka berdua..Dia masih berfikir - Fikir, dia perlu menolong Tina..

Aku nak pergi jumpa Tuan, ujar Manaf lemah..Segera badannya dinaikkan sambil duduk Dan ingin berdiri dalam waktu yang sama..

Jangan dulu Manaf, badan engkau lemah lagi..? Engkau rehat dulu, pagi esok engkau jumpa Tuan..Selesaikan masalah ini..

Berapa bayaran yang Manaf dapat dari persetujuan Tina, tanya aku pada mereka berdua.. satu persatu muka lelaki itu aku pandang..

Rm500 ribu, jawab John kepada Rohaya..

Rm 500 ribu aku berkira - kira, banyak jumlah tu, bukan sedikit.. Aku kena selamatkan Tina..Dan Rohaya melangkah ingin meninggalkan mereka , sebelum langkahnya terhenti dengan panggilan Manaf yang sedikit tinggi seperti dipaksa..

Engkau nak kemana Rohaya..?

Aku nak selamatkan Tina, dia kawan aku..Laju kaki Rohaya melangkah mendapatkan seseorang, Kad yang diberikan VVIP sebentar tadi dibelek..

Panggilan Manaf sedikit tidak dihiraukan Rohaya, Manaf sedang sakit jadi pagi ini lelaki itu perlukan rehat, hanya tinggal dirinya untuk membantu Tina.. Tina aku akan buat apa sahaja untuk tolong engkau, asalkan engkau selamat...

Engkau jangan buat kerja gila, menjerit Manaf agar suaranya didengari Rohaya..

John tolong tahan dia.. jangan bagi dia tinggalakan sini, nanti ntah apa - apa yang dilakukan Rohaya.. Tolong aku John , arghhhhh terasa sakit Di dadanya ketika ini, Dan lagi sakit dia dengan perbuatan Rohaya Dan perangai gila gadis itu..

Dia tidak tahu fikiran Rohaya waktu ini dan dia takut jalan yang dipilih Rohaya akan mengakibatkan nasibnya sama seperti Tina..

Aku Cari dia sekarang Manaf, engkau tunggu sini..Aku akan cari dia..Engkau lemah lagi.berehat dulu..Minum air ni Manaf, engkau akan cepat pulih..

Manaf mengambil air minuman yang diberikan John kepadanya, dia perlu cepat pulih untuk mendapatkan dua gadis itu, kedua- duanya dia risaukan, bagaimanakah keadaan mereka..

Dia ingin berdiri, Tapi dirinya terasa lemah, dia hanya mengharapkan bantuan John untuk menghalang, itupun jika mereka masih sempat menghalang Rohaya keluar dari situ..

Dalam kelemahan Manaf sekali lagi rebah..Aku Perlu berehat malam ini, Esok penentuan hidup aku mendapatkan Rohaya Dan Tina.. Rohaya engkau jangan buat gila malam ni.. Aku lemah, nak dapatkan engkau Rohaya,
Dan akhirnya Manaf terlelap keletihan..bersama harapan esok hari..

JanjiWhere stories live. Discover now