BAB 15: KURSUS ST.JOHN

38 9 0
                                    

Kini telah tiba hari yang dinantikan..aku akan ke Pulau Pinang untuk menghadiri kursus tersebut.Disebabkan hanya SMK BAKTI sahaja yang terpilih bagi kawasan Seberang Perai Utara,jadi kami disediakan tempat tidur.
Tepat pukul 9:00 pagi kami bertolak ke Pulau Pinang dengan menaiki Bas Persiaran.Hujan turun dengan lebat sekali sewaktu kami tiba di Jambatan Pulau Pinang.Aku tidak putus-putus berdoa supaya ALLAH SWT memudahkan perjalankan kami.kesesakan lalu lintas menyebabkan kami tiba lewat.setibanya kami di sana,kami terus masuk ke dewan peperiksaan untuk mengambil peperiksaan awal.
Susah???of course laa!susah+tak tahu ada exam.masa tu aku rasa nak nangis ja..nasibku selalu malang dohhh!haishhh..
Pukul 5:00 petang...
"Satu bilik 2 orang..kamu ada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan kan??"kata pengendali hostel tersebut.
"Yes sirr!"jawab kami serentak.
Esok seawal 7:00 pagi kami telah bangun daripada tidur.
Kami menjamah makanan yang disediakan oleh pihak Hostel.Usai makan,kami terus masuk ke dewan peperiksaan.yupss!setiap hari kami ada ujian.memang susah..semalaman kami mengulang kaji bersama..
Tiba hari ketiga dan keempat...
Hari ketiga kami diuji dengan ujian kawad.aku dilatih oleh seorang askar yang bernama Sarjan Tarmizi.dia sabar mengajar aku.maklumlah aku tidak tahu berkawad.dannnnn...
"Kamu...kenapa berjalan macam lelaki???saya nak kamu berjalan "catwalk"mengelilingi kelanggang bola keranjang sebanyak 5 pusingan.sekarangggg!!!!"kedengaran Sarjan Najib memberikan arahan kepadaku.
Sarjan Najib?yaa..di situ mempunyai 4 orang askar.Sarjan Najib,Sarjan Tarmizi,Sarjan Khairul,Sarjan Azizul.
Huhhhh..lenguh kakiku.memang aku berjalan seperti seorang lelaki kerna aku seorang "tomboy."
Hari terakhir kami semua diuji dengan pelbagai ujian.
*ujian kawad statik.
*ujian pertolongan cemas.
*ujian kebakaran
Dan lain-lain lagi..
Alhamdulillah..aku kini bergelar LANS KOPERAL.
Sebelum kami pulang ke rumah,aku sempat bertukar no telefon dengan rakan-rakan yang aku baru kenal semasa kursus tersebut.


Thanks kepada yg sentiasa support.nantikan bab seterusnya.maaf jika tertypo.

CRUSHKU KUAT PERASAN????Where stories live. Discover now