Pintu kereta dihempas kuat melempiaskan kemarahan yang membuku dihati. Binawe plus cikadak punya mat rempit. Kau siap kalau aku jumpa kau lagi, jerit Adryana geram.
"Wei, apa hal? Terjerit-jerit macam anak babun?"
Adryana menoleh ke arah suara yang mengganggu 'mode' marahnya itu. Abangnya Irfan Khalif mengangkat kening menanti jawapan.
"pfftt..."Adryana hanya mendengus geram.
"Apa pasal ni?" tanya Irfan Khalif sambil memeluk bahu Adryana mesra. Adryana hanya melepaskan keluhan yang sama seperti tadi. Aik, adik aku ni dah tak boleh bercakap lagi ke? Asyik mengeluh? can someone please translate apa maksud keluhan itu dalam bentuk Romanization?
"Ada mamat ntah mana ngok giler duk main redah je. Habis kotor baju Adry."ujar Adryana separa geram. Irfan Mikael baru terperasan kotoran yang melekat dekat seluruh tubuh badan Adryana. Padan 'masyam' tadi,kekeke..
"Adry kenal ke siapa mamat tu?"
"Tak tau. Tapi Adry ingat sangat nombor plat lesen motor mat rempit tu. Selalu gak Adry nampak motor tu berlegar-legar dekat uni,"
"Oh! Kalau dah sentiasa berlegar dekat Uni, ada kemungkinan abang kenal tak?"ujar Irfan Khalif sambil bermonolog sendiri. Dekat Uni tak ramai sangat pakai motor, siapa erk?
Adryana hanya memandang abangnya sambil menjongketkan bahunya. Entahlah labu..
"Okaylah...Adry nak mandi dulu. Dah masyam.."
"tau takpe...Adoi!!"
Adry mengekeh ketawa. kan dah kena. Siapa suruh kutuk adik dia masyam. Irfan Mikael menggosok lengannya yang baru sahaja terkena 'serangan' jari ketam. Sakit siot. Nasib tak menangis,huhu...
YOU ARE READING
Mr. Junior Vs Ms. Senior
HumorA story that I wrote back in 2015. I am using my besties character here! ^^ #Reysha