Kisah Mula

14 2 0
                                    

David Beckham merupakan anak kepada pasangan peneraju utama di Xpert City iaitu Prof. Hamilton Beckham dan Dr. Emily Beckham. Mereka berdua merupakan peneraju yang bertanggungjawab mencipta teknologi baru untuk kegunaan masyarakat. Akan tetapi, satu tragedi yang dahsyat telah meragut nyawa keduanya. Mereka menemukan satu sumber tenaga baharu dan ingin mengkajinya. Sumber tenaga yang perlu diekstrak daripada sebiji batu aneh yang dijumpai disebuah hutan X, semasa pengekstrakan dijalankan, letupan yang besar berlaku menyebabkan ruangan makmal tersebut hancur berkecai. David kini dijaga oleh datuknya Harrison Ford dan neneknya Sarah Ford. David dapat menerima kenyataan bahawa ibu bapanya sudah tiada lagi. Dia tekad untuk tidak putus semangat meneruskan kehidupan.

David dijaga dan dibesarkan dengan baik oleh kedua datuk dan neneknya. Mereka berdua menyayangi David dengan penuh rasa kasih sayang. Kini David sudah berusia 12 tahun. Akan tetapi, setiap malam datuknya masih lagi bercerita kisah-kisah tauladan kepada David sebelum dia tidur. Pada satu malam yang seram sejuk, angin juga bertiup agak kencang, bertepatan dengan malam itu David telah mengadakan malam untuk bercerita kisah seram bersama rakannya John, Smith, Alex, Harry dan Dave di rumahnya agar mereka dapat mendengar kisah seram yang pelbagai aneka. Mereka bercerita secara bergilir-gilir. Setibanya giliran David, mereka semua terkejut kerana ternampak bayangan lembaga hitam di belakang David. Mereka berasa sangat takut kerana lembaga tersebut semakin mendekati mereka. Semakin dekat dan semakin besar. Lalu tiba-tiba...BOO!...rupanya lembaga tersebut adalah datuk David yang berpakaian serba hitam. Harrison dengan rasa tidak bersalah duduk bersama ingin berkongsi cerita seramnya bersama mereka.

Apabila Harrison ingin memulakan penceritaannya, kedengaran bunyi-bunyian aneh datang dari stor di syiling rumah mereka. Namun tiada apa perlu dibimbangkan kerana rumah tersebut rumah lama jadi sememangnya berbunyi sedemikian rupa. Harrison mulainya, "Ceritanya berbunyi begini, ...

Inferno Train (Kereta Api Neraka)Where stories live. Discover now