"Jom ikut aku. Aku ada projek baru untuk kau," ajak Adib sambil menarik lengan Izham. Izham pula hanya menuruti langkah Adib. Entah ke mana pun dia tak tahu.
"Ha okay, aku nak kau pergi masuk dalam bilik peperiksaan tu, pergi tengok soalan apa yang keluar untuk exam esok," jelas Adib setelah mereka berdua berhenti di sebalik tembok yang bersebelahan dengan bilik peperiksaan SMK Duna Sakti.
"Seriously? Kau gila ke? Kalau kantoi?" tiga tanda soal sekaligus Izham berikan kepada Adib. Matanya memandang persekitaran. Sungguh dia menyesal kerana menerima bantuan Adib dahulu. Ya menyesal.
Tidak disangka niat baik Adib yang menolongnya semasa adiknya, Irena yang memerlukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan dahulu sebenarnya tidak ikhlas. Sungguh ketika itu dia sangat memerlukan wang. Tambah lagi hidupnya yang hanya sebatang kara tanpa kedua ibu bapa sememangnya sukar untuk dia menolak bantuan Adib.
Ya menyesal. Sebagai balasan dia perlu mengikut segala perintah yang dikeluarkan daripada mulut Adib itu.
"Aip, macam tak biasa je?" soalan Izham dibalas dengan soalan. Ingat dia tidak tahu yang selamani Izham sudah melakukan banyak kesalahan tanpa kantoi. Ya, dia juga kagum sebenarnya dengan cara Izham yang melakukan kesalahan tanpa disedari oleh guru.
Sudah tentu Izham melakukan bermacam kesalahan disebabkan oleh dia juga.
"Yelah, " jawab Izham mahu tidak mahu. Jika bukan disebabkan bantuan Adib yang menyelamatkan adiknya, sudah tentu dia tidak akan melakukan semua ini!
Jam ditangan dikerling sekejap sebelum memandang ke arah sekeliling. Line clear! Pandai Adib tarik aku masa ni kan.
Sebelum memasuki ke dalam bilik peperiksaan, Izham meneliti CCTV yang terdapat di atas pintu masuk bilik peperiksaan. Kedua-dua mereka tersenyum sinis.
"Lagi mudahkan kerja kau," kata Adib selepas mendapati tiada lampu merah yang berkelip-kelip pada CCTV tersebut. Sah tak hidup!
Dengan cepat, Izham menghampiri pintu masuk bilik peperiksaan. Dawai pendek dimasukkan ke dalam lubang mangga yang sudah karat itu.
Dengan sekali percubaan, mangga karat itu berjaya dibuka. Ya, semakin lama semakin mahir dia dalam melakukan kesalahan. Ini semua atas ajaran sesat si Adib tu.
Kali ini pintu pula yang terkunci. Sebelum memasukkan sekali lagi dawai pendek tadi ke dalam lubang kunci pintu, Izham memandang sekeliling. Risau juga jika ada orang yang memerhatikan tindakannya itu.
Setelah mendapati tiada orang, dia menyambung kerjanya. Namun, malang tak berbau.
Baru sahaja Izham mahu memasukkan dawai pendek, tiba-tiba saja dia terdengar namanya dijerit.
"Izham!" dengan pantas Izham memandang ke arah si pemanggil. Sungguh dia terkejut apabila dia mendapati orang yang memanggilnya itu merupakan guru disiplinnya, Cikgu Amri memerangkap Cikgu bahasa Melayu. Ya, Cikgu Amri Bin Badang. Sesuai nama bapanya dengan fizikal Cikgu Amri. Tubuh sasa serupa Sazali Samad.
"Innalillahiwainna Ilaihirojiun...,"ucap Izham sebelum memulakan langkah seribu. Bayang Adib sudah pun tidak kelihatan. Argh tak guna!
Walaupun Izham tahu yang dia hanya mempunyai kebarangkalian 1/3 untuk menyelamatkan dirinya, namun apa kisah? Kalau kena tangkap, sia-sia saja dia menghabiskan masa selama 3 tahun di SMK Duna Sakti ini.
Setelah sesi kejar-mengejar antara Cikgu Amri dan Izham hampir sehingga tiga puluh minit, akhirnya Izham memberhentikan langkah seribunya. Skru lututnya juga hampir tertanggal. Tidak pernah-pernah dia berlari selama tiga puluh minit. Ah sudah boleh masuk rekod baru nampaknya!
" Ha, apa susah.. ha sangat kamu nak berhenti, jenuh..ha cikgu kejar kamu,"ujar Cikgu Amri sambil termengah-mengah. Skru lututnya bukan saja mahu tertanggal, entah-entah skrunya sudah hilang disebabkan oleh faktor usianya. Sah dah tua!
"Baiklah, Cikgu.. ha tangkaplah saya," spontan Izham menyerahkan kedua tangannya dihadapan Cikgu Amri.
"Hm? Kenapa? Kamu ada buat salah ke?" soal Cikgu Amri yang melihat aneh dengan kelakuan Izham.
"Eh Cikgu jerit nama saya kenapa?" soalan cikgu Amri dibalas dengan soalan semula. Memang tak pandai nak jawab soalan.
"I ask you first," Cikgu Amri bagai dapat mengagak sesuatu. There's must be something wrong here. Niatnya yang ingin memberitahu Izham bahawa dia dapat memasuki pertandingan mendeklamasikan sajak ditolak ketepi.
"I ask you second," balas Izham. Hampir saja ketawanya terburai. Ya, memang gila dengan jawapannya. Tambah lagi jawapan itu diberikan kepada cikgu disiplin yang terkenal dengan sikap tegas dan garang.
"Bertuah punya budak. Dah cepat bagitahu cikgu kenapa kamu lari masa cikgu panggil tadi!" kedengaran tegas saja suara Cikgu Amri.
"Eh.. hm.. ha.. ," Izham menggaru kepala. Kalau Cikgu Amri dah tanya macam ni, maksudnya Cikgu Amri tak nampaklah apa yang dia buat tadi?
"Yang cikgu jerit nama saya kenapa?" sambung Izham. Kini dia pula menjadi inspektor yang bertanyakan soalan kepada suspek.
"Bukan apa, sebab cikgu ternampak sesuatu kat belakang kamu," jawab Cikgu Amri. Sememangnya dia nampak sesuatu yang berwarna hitam berdiri dibelakang Izham. Yang Izham berdiri kat depan bilik peperiksaan kenapa pula? Bukankah semua pelajar dah sedia maklum yang bilik peperiksaan itu sememangnya 'keras'.
"Oh," balas Izham secara ringkas. Tidak berapa lama kemudian, baru dia dapat menghadam apa yang dikatakan oleh Cikgu Amri dan terus kakinya menggeletar.
"Sesuatu?" Cikgu Amri mengangguk. Bukan saja hitam, malahan berbulu! Harap-harap saja benda tu tak ikut Izham.
"Oh, sebelum cikgu terlupa, tahniah! Cikgu-cikgu BM semua dah setuju untuk memasukkan awake dalam pertandingan mendeklamasikan sajak!" semangat cikgu Amri sampaikan berita gembira. Ini saja tujuan dia setelah bertemu dengan Izham. Tapi, tidak sangka pula yang dia akan berlari marathon sebelum menyampaikan berita itu. Lebih parah lagi bila dia dapat pakej untuk ternampak 'benda' tu.
"Hm, dahlah, cikgu gerak dulu. Habis masa cikgu kejarkan kamu,"sambung Cikgu Amri setelah mendapati Izham hanya termenung tanpa memberi sebarang reaksi.