"Bukan macam tu intonasinya, Izham. Khai, tolong tunjuk kat Izham macam mana caranya," arah Cikgu Amri. Hal yang Cikgu Amri nampak semalam telahpun Izham lupakan. Sumpah malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya dengan tenang. Ada saja benda yang mengganggunya. Bunyi itulah inilah.
Akhirnya Izham berjaya mempunyai eyebag sendiri di bawah matanya. Eyebag yang selama ini dia mahu. Yang selama ini hanya dia dengar oleh kawan-kawannya.Tak pernah dia tahu bagaimana perasaan adanya eyebag.
"Guru..
Kau ibarat pelita,
Yang menerangi kegelapan..," dengan lancar Khairul iaitu bekas johan pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat negeri itu mendeklamasikan sajak yang bertemakan guru itu. Katanya pertandingan yang akan Izham sertai itu bertemakan bebas. Jadi, dia pun dengan yakinnya memilih tema guru.Izham memerhatikan cara Khairul mendeklamasikan sajak dengan penuh tumpuan. Tidak sampai beberapa minit, tumpuannya terganggu setelah Cikgu Amri mengatakan yang dia perlu ke kelas 3 Ibn Khaldun iaitu kelas Izham.
Yang menjadikan lebih parah lagi apabila Cikgu Amri mahu Izham untuk turut menyertainya. Katanya tak mahu Izham ketinggalan subjek BM. Ceh, subjek lain tertinggal tak apa?
.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Dengan pantas, tangan Izham mengemas semua peralatan tulisnya yang bersepah di atas meja. Bukan banyak mana pun, hanya dua batang pen iaitu pen biru dan hitam. Lelaki sentiasa simple.
"Izham, saya nak kamu jumpa saya dekat bilik saya," pesan Cikgu Amri sebelum Izham sempat melangkah keluar daripada kelas. Tak habis lagi rupanya latihan sajak tu.
Sebelum bergerak ke bilik disiplin, Izham menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kosong. Sejak tadi perutnya sudah mengadakan konsert rock.
"Iz, aku nak bagitahu kau something ni," Khairul menarik Izham untuk ke tepi bagi tidak menghalang lalu lintas pelajar yang sibuk ke kantin.
Izham mengangkat kedua-dua keningnya ke arah Khairul dengan tanda soal.
"Kau buat apa sampai cikgu buang kau daripada pertandingan sajak?" agak kecewa juga Khairul apabila dia mendapat tahu tentang berita itu. Bukan apa, Izham pun tidak mempunyai sebarang rekod yang tidak bersih. Boleh dikatakan yang dia ni masih suci daripada segala kesalahan.
"Apa?!" Izham sedikit terkejut. Baru saja pagi tadi dia bersungguh berlatih dengan Khairul, tiba-tiba dapat berita yang dia tak dapat sertai pertandingan tersebut.
"Good luck eh Cikgu Amri nak jumpa kau," kata Khairul sebelum dia meninggalkan Izham sendirian. Dia sendiri malas mahu memikirkan masalah orang.
Hilang terus selera makannya. Makanan kantin yang selalu menjadi kegemarannya kini dipandang kosong.
"Aku kena jumpa Cikgu Amri sekarang juga," terus dia berlari menuju ke bilik disiplin.
"Ha Izham, masuk,"ucap Cikgu Amri setelah ternampak Izham berdiri di hadapan pintu biliknya.
" Kenapa cikgu buang saya daripada pertandingan sajak?"terus laju soalan itu ditujukan. Dengan perasaan tidak sedap hati, dia masuk ke dalam bilik disiplin.
"Cikgu sepatutnya tanya kamu, apa kamu buat dekat depan bilik peperiksaan?" soal Cikgu Amri. Mangga karat yang telah Izham buka semalam terletak elok di atas meja Cikgu Amri.
"Saya mana ada buat apa-apa,"
Cikgu Amri terus menolak skrin komputernya menghadap ke arah Izham. Kelihatan video rakaman Izham yang sedang cuba untuk membuka mangga karat yang mengunci pintu bilik peperiksaan.
