Semuanya tak kena! Kenapa mesti hari ni? Kenapa tak esok ke lusa ke? Tak pun , tunggu habis sekolah ke? Segala-segalanya tak kena baginya. Seorang gadis yang bernama Jung Ha rin mengamuk tak tentu pasal apabila tahu yang dia bakal berpindah ke Seoul pada minggu hadapan.Dia hanya ada seminggu sahaja lagi sebelum berangkat pindah ke Seoul. Hari ini moodnya kurang baik. Mana taknya? Aku kena pindah minggu depan. Lagi dua tahun je nak habis sekolah , tiba-tiba dah kena pindah? Alah , mama dengan papa ni dah kenapa. Ish!
"Ha rin tak nak pindah la mama , papa.." rengeknya sambil memeluk lengan mamanya yang agak berumur disebelahnya. Cuba dipujuk supaya tidak berpindah , tapi semua kata-katanya hanya sia-sia.
"Ha rin sayang , nenek kamu dekat Seoul tu dah tak sihat. Lagipun takde siapa yang jaga dia dekat sana sebab abang kandung papa kamu tu nak berangkat ke UK minggu depan. Takkan nak tinggalkan nenek sorang-sorang dekat rumah?" Kata Puan Jung kepada anak perempuannya yang tunggal itu.
Dia sahaja satu-satunya anak perempuan yang paling cantik , manja dan rajin yang tinggal. Jung Ha rin sepatutnya ada adik , tetapi takdir sudah ditetapkan. Puan Jung gugur sewaktu mengandungkan adik Jung Ha rin pada 15 tahun yang lalu. Pada mulanya dia tidak boleh terima semua tu , tapi dia terima juga.
"Alah , mama ni. Tak pun biarlah Ha rin tinggal sini sampai Ha rin habis sekolah. 2 tahun je lagi maa" rengeknya lagi. Niatnya ingin tinggal seorang diri di rumah itu sekadar kata-kata yang dia tidak akan dia kotakan. Ha rin tidak boleh tinggal seorang diri kerana dia seorang yang penakut!
"Sudahlah tu kamu ni! Petir pun takut , ada hati nak tinggal sorang! Sudahlah Ha rin, kita dah boleh mula berkemas rasanya." Alah , petir je pun. Aku tak takut. Okay fine, ye aku takut petir. Sanggup tidur dengan bibik dekat bawah sebab takut petir. Itulah diri Ha rin. Seorang yang agak penakut.
Hari terakhirnya di rumahnya tidak semeriah seperti dulu. Ye la , takkan nak raikan sebab nak pindah rumah. Aku tak nak pindah! God , help me!
Biliknya sudah pun kosong , barang-barangnya sudah dibawa ke Seoul terlebih dahalu. Lagi beberapa jam sahaja dia bakal meninggalkan rumah tersebut."Dae lin , Xi yin , Ye ran , aku dah nak pindah.." air matanya mengalir keluar membasahi pipinya yang putih gebu itu. Dia menangis. Dia bakal meninggalkan tempatnya yang penuh memori! Kawan-kawanku! Aku harap korang semua tak lupa aku ! Sob sob sob. Nasib baik kita buat group dekat Kakao Talk! Boleh aku share story aku dengan korang nanti!
"Ha rin.." pintu bilik Ha rin diselak perlahan oleh Puan Jung. Dia tersenyum.
"Mama , Ha rin rindu la tempat ni nanti. Kawan-kawan Ha rin dan semua yang pernah jadi dekat sini nanti mesti Ha rin rindu." Teresak-esak Ha rin menangis dalam pelukan yang diberikan oleh Puan Jung.
"Ha rin , nanti dekat rumah baru tu , kita buat kenduri lepas tu jemputlah kawan Ha rin sekali. Suruh diorang tidur sana sekali. Nak?" Cepat-cepat dia mengelap air matanya semula dan memandang tepat mata mamanya dan berharap semua itu pasti ditunaikan.
"Betul ni Mama? Ha rin boleh ajak kawan Ha rin eh?"
"Ye sayang , bawaklah semua kawan kamu tu tinggallah dekat sana sementara masih cuti ni." Kata Puan Jung sambil membelai kepala anak perempuannya itu.
"Kalau Ha rin ajak diorang tinggal dengan Ha rin sekali and sekolah dekat sana macam mana ma?" Tanya dia dengan mukanya gembira. Puan Jung mengangguk perlahan.
"Boleh je kalau mak dan ayah diorang bagi kebenaran. Takdelah Ha rin bosan nanti dekat rumah baru kita. Asalkan Ha rin tak merungut macam ni lagi sudah" Puan Jung bangun dan sempat mencium dahi anak perempuannya sebelum membuka langkah untuk keluar dari bilik itu. Yes , thankyou mama! You are the best ! Love you! Mama dah bagi green light !
YOU ARE READING
Rooftops - O.SH
Fanfic" Sekurang-kurangnya kau sayang aku kan?" - Oh Sehun " Hell no , never and never !!" - Ha rin