Kucupan Terakhir di Bulan Disember Bab 1

452 28 7
                                    

#KucupanTerakhirDiBulanDisember
#Bab1
#RenaNongYong
#CeritaRekaanSemataMata Tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati.

Kenapa Disember ini? Di bulan yang sepatutnya kita meraikan hari ulang tahun perkahwinan kita.Kenapa harus ku terpaksa memberikan kucupan ku yang terakhir di bulan dan hari yang sama kau sah mengucup ku kali pertama.Kenapa kau tinggalkan aku sayang..Katamu kau pergi untuk menyediakan ku istana di negeri orang tapi kau balik dengan sekujur tubuh yang sejuk dan kaku.Tiada kata selamat tinggal.Semalam kau kata kau baru sahaja dilantik menjadi CEO, dapat rumah dan pas penduduk tetap di sana.Kau kata aku dan bakal anak-anak kita akan bersamamu menyambut Christmas di sana.Bermain baling bola salji bersama anak-anak di halaman rumah.Oh Tuhan, kenapa aku harus kecewa.Kenapa maut sangat mencemburui kebahagiaan yang bakal kami terima.Huhuhu"

Olyanda meraung ,meratap dan menangisi sekujur tubuh yang baru sahaja tiba dari Korea Selatan. Kekasih jiwanya,nyawa dan belahan jantungnya. Dia yang sedang sarat mengandung 9 bulan dan hanya menunggu hari untuk bersalin tidak dapat menahan kekecewaan dan kekesalan.Dia tidak boleh menerima kenyataan yang di hadapannya adalah suaminya.Di tarikh dan bulan yang sama ulang tahun perkahwinan mereka. Saudara dan teman-teman cuba memujuk dan menenangkannya tetapi tidak berhasil.Dia merontah-rontah dan akhirnya air ketuban pecah membasahi kawasan di mana dia sedang bertapak.Sekumpulan medik yang tadinya mengusung mayat kini mengusung Olyanda yang kini bukan sahaja air yg mengalir tetapi darah.Olyanda pengsan .Nafas terhenti. Pasukan medik tadi laju membawa Olyanda ke klinik lapangan terbang.Olyanda diberi bantuan pernafasan oksigen.Nasiblah di sana ada beberapa orang jururawat yang memang untuk kecemasan sekiranya ada berlaku ibu bersalin.

"Uwa...uwahh..uwah.."

"Syukur,anak lelaki selamat dilahirkan"

Olyanda masih belum sedar tetapi hari inilah satu sejarah tercipta di dalam hidupnya. Hari kematian suami dan kelahiran anak lelaki di hari ulang tahun perkahwinan mereka.Hari ini,26hbDisember 1996.
*****
"Kenapa saya masih hidup? Saya di mana ni?"
Tanya Olyanda kepada jururawat di sebelahnya.
"Puan berada di wad perempuan hospital Likas.Semalam puan berjaya melahirkan anak bayi di klinik lapangan terbang KKIA .Puan baru sahaja dipindahkan ke sini pagi tadi."
Jawab jururawat di sisinya yang sedang mengganti sambungan air di tangannya.
"Bayi?Mana bayi saya?"Tangisan Olyanda berganti senyum.Dia lupa yang suaminya baru sahaja meninggal dan sudah diuruskan atau belum pun belum dapat dipastikan.
"Kejap puan saya ambilkan di bilik nursery"Kata jururawat tadi.
Tidak lama kemudian, jururawat itu datang semua dan menyerahkan seorang bayi lelaki kepada Olyanda.Air matanya bercucuran kembali.Tidak tahu gembira atau sedih.Apabila dia menatap wajah bayi itu, sekilas terpandang raut wajah seseorang.Dia tiba-tiba teringatkan ayah kepada anak itu.Dia mencium bayi itu dan menahan sebak.Dia melihat tanda nama jururawat itu dan bertanya dalam suara seduhnya.
"Cik Farah,suami saya di mana?Maksud saya mayat suami saya yang sampai di lapangan terbang semalam di mana sudah?Sudah sampai Keningau?"Tanya Olyanda tertanya-tanya.
"maafkan saya puan, saya tidak dimaklumkan tentang perkara itu tapi sekejap lagi doktor datang, puan boleh tanya..ahhh itupun doktor" Kata jururawat,Cik Farah.
"Tuan doktor, suami saya sudah di hantar ke kampung?"Tanya Olyanda mengulang soalannya.Kali ini kepada doktor yang baru sampai untuk memeriksanya.
"Sekejap ya puan, kita periksa kesihatan puan dulu.Lepas tu baru saya ceritakan"Jawab doktor sambil memeriksa tekanan darah, nadi, rahim Olyanda.
"Kenapa doktor?Apa yang terjadi?"
"Sabar puan.Sekejap ya.Ok, tekanan darah ok, rahim ada kecut sedikit dah.Bayi sudah berak dan kencing ,JM Farah?"Tanya doktor kepada jururawat tadi.
"Sudah doktor."Jawab JM Farah.
Olyanda semakin bigung.Kenapa harus dirahsiakan keberadaan suaminya?
"Ok, saya rasa, puan sudah boleh balik rumah tapi masalahnya, kampung puan baru sahaja dilanda banjir lumpur yang besar disebab kan ribut Greg.Saya bersimpati dengan apa yang telah menimpah kampung kamu."
"Jadi bagaimana dengan pengkebumian suami saya?"
"Itulah masalahnya.Mayat suami puan telah di tempatkan di bilik forensik Hopital Queen.Keluarga puan masih tidak dapat dihubungi di Keningau.Pihak Hospital Keningau cakap, ramai menjadi mangsa banjir lumpur tu.Lebih kurang 67 mayat telah dijumpai setakat ni.Kawasan itu tidak boleh dimasuki kecuali penyelamat. Tapi masih belum dapat dikesan identiti mereka.Mereka masih sedang proses mencari dan menyelamat.Ramai yang hilang belum ditemui. Mungkin lebih ramai lagi selepas ni. Sis nampaknya terpaksa cari altenatif lain untuk tempat suami puan disemadikan.Pihak hospital masih menunggu keluarga untuk menuntut."
"Oh Tuhan...iyakah! Harap-harap aki dan odu selamat. Tiagal mereka lagi saya ada. Kenapalah malang betul Disenber ni. Beginilah, saya akan cuba hubungi keluarga suami saya di sekitar Kota Kinabalu kalau ada yang boleh bantu."
"Baguslah tu.Nanti saya akan bagi tahu dengan pihak forensik di Hospital Queen tentang hal ni."
"Terima kasih doktor"
"Sama-sama.Jangan terlalu sedih puan, mudah sahaja tekanan darah boleh naik kalau baru sahaja bersalin ni.Bahaya.Ingat, anak puan perlukan puan.Baru sahaja dia mahu melihat dunia.Puan harus kuat."
"Baiklah doktor.Saya akan cuba untuk lebih kuat untuk anak ini."Kata Olyanda walapun degupan jantungnya seperti gendang di tengah peperangan zaman dahulu.Dia risau dengan datuk dan neneknya di kampung. Dalam masa yang sama dia erlu berfikir di mana dia harus semadikan suaminya. Suaminya tida tanah dantuada kampung yang mempunyai tanah perkuburan. Olyanda sebelim ini berhasrat untuk menyemadikan suaminya di tanah perkuburan kampung datuk dan neneknya tetapi nampaknya mereka sedang ditimpah musibah.
Suaminya hanya ada seorang kakak yang tinggal di bandar, di setinggan sekitar Kota Kinabalu bersama suaminya yang seorang pendatang tanpa izin yang sudah lama tinggal berselindung disebalik isteri orang tempatan.
Olyanda mempunyai seorang abang yang juga sudah berkahwin dan tinggal di Keningau bersama isteri dan 6 orang anak.
"Hello kak Ana, boleh tak kami cari tempat untuk semadikan Zack? Dia masih di forensik hospitak Queen sebab kampung kami tidak boleh masuk.Mungkin kamu ada nampak di berita juga kejadian Greg di sana.Harao-harap Odu sama aki selamat.Esok saya keluar jadi kalau kak Ana dapat sediakan , bagi tau, nanti saya tuntut mayat Zack dan bawa sana esok.
"Emm...ada juga kak Ana dengar di berita.Tidak pula kak pasti itu kampung kamu kah atau bukan sebab kamupun sudah lama tinggal di KK kan. Kenapa tidak bawa saja di rumah sewa tempat adik tinggal?"
"Tidak bagus bawa di sana rumah sewa.Itu rumah orang.Nanti apa pula dorang cakap. Rumah kak kan rumah sendiri.Adik kakak juga kan.
"Ialah tu adik kakak lah Zack tu.Dia kirim kau duit dari Korea ribu-ribu, kau longgok semau dalam bank simpanan kau.Tidak ingat pun bagi sikit dengan kakak dia yang kerja pagi petang malam ni bagi makan anak-anak buah dia."
"Tidak baik cakap gitu dengan orang sudah meninggal kak."
"Bagus sangatlah kau tu.Bawa sajalah esok tapi ingat, duit dermah semua kakak pegang.Kau jagan pandai-pandai sentuh"Kata kakak ipar Olyanda ,Ana dengan kasarnya.
"Baiklah kak Ana, yang penting, Zack disemadikan dengan aman dan tenang "
"Amboiii...mcm tidak sabar pula mau berpisah dengan suami bunyinya kau ni Oly. "
"Ya ampun kak, saya ni baru bersalin 3 hari kak.Boleh tak jangan fikir bukan-bukan.Saya hanya mahu jasad Zack tenang dan tidak terseksa menunggu lamaLagipun entah apa jadi dengan odu dan aki di kampung.Saya perlu ke sana lepas tu untuk memastikan keadaan mereka.Abang saya un belum dapat dihubungi."
"Baru besalin ar..Zack dua tiga kali balik saja boleh pula kau mengandung kan. Kakak yang sudah kawin 10 tahun pun anak baru dua. Subur sangat adik ipar kakak ni ya. Setahu saya bukan kau pernah kawin sebelum ni kah tapi ditinggalkan suami kerana 2 tahun berkahwin dan tiada anak..Kadang kakak rasa ada sedikit ganjil dengan kau ni..tapi tidak apalah..esok kau tuntut adik kakak dan bawa sini.Bagi tau kawan-kawan dia, kalau ada boss-boss besar dari Korea lagi bagus. Mana tahu boleh hulur fulus lebih sikit.Bolehlah tampal-tampal sikit rumah setinggan kakak ni.Oya, jangan lupa keluarkan skit duit cash di ATM karang bagj akak. Ialah kan panggil orang-orang yang urus tu kena bagi makan kan.Kena beli barang mau masak.Akak manada duit.Lagipun, akak kan sudah masuk muslim, akak mana boleh urus sangat adik akak ni. Akak pass urus sama pengurusan jenaza Kristian memang bayar lagi.Faham kan.Akak sms nombor akaun karang."
"Baiklah kak.Jangan risau." Jawab Olyanda terpaksa mengikut sahaja kemahuan kakak iparnya untuk memudahkan pengurusan.
Olyanda hairan, dulu masa kecil, kakak iparnya langsung tidak pernah menjaga Zack adiknya tetapi pandai pula menagih duit gaji adiknya setelah adiknya berjaya.
Olyanda dan Zack berkenalan sejak umur 7 tahun kerana kedua-dua mereka tinggal di sebuah rumah anak yatim dan mereka dijaga oleh rahib yang sama. Mereka berpisah semasa sekolah menengah.Zack telah ditawarkan biasiswa untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh dan Olyanda pula bersekolah di sekolah menengah kebangasaan biasa di Keningau dan tinggal di asrama . Olyanda gagal SPM dan berkahwin dengan bekas cikgunya tetapi selepas dua tahun berkahwin tidak dikurniakan anak.Akhirnya bekas ibu mertua Olyanda memaksa anaknya menceraikan Olyanda dan menjodohkan dengan perempuan pilihannya. Olyanda kembali ke rumah anak yatim.Bertugas sebagai sukarelawati. Zack sedang bekerja di Korea Selatan sebagai salah seorang daripada kumpulan pencipta perisian telefon bimbit. Dia balik bercuti dan melawat rumah anak yatim tempat mereka tinggal dahulu sambil menghulurkan sedikit sumbangan.Mereka bertemu dan meluahkan rasa.Akhirnya mereka berkahwin di gereja dihadiri bersama anak-anak yatim yang lain sebagai saksi. Mereka bahagia dan Zack berjanji akan membawa isterinya tinggal di Korea Selatan bersamanya selepas dia mendapat jawatan yang baik dan sebuah rumah. Hasrat untuk mendapatkan semua itu tercapai tetapi dia telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.
"Oh Tuhan ku..Semoga anak ini sentiasa bersyukur dengan kelahirannya di tengah-tengah kehilangan banyak nyawa."
Kata Olyanda.

KucupanTerakhirdiBulanDisember Where stories live. Discover now