5

43 3 4
                                    

PINN !!

taehyung berhenti berjalan .

taehyung pusing untuk melihat apa yang berlaku . dia nampak sebuah kereta yang telah terbabas di tepi jalan . taehyung cuba mencari kelibat haera . haera masih berdiri di tempat di mana dia berdiri tadi , tidak berganjak walau seinci

'nasib budak tu baik , sikit lagi kereta tu nak langgar dia'

'kesian nya , mesti dia trauma kan'

'dia okay x tu ?'

taehyung terdengar beberapa orang bercakap di tepi nya

haera menapak ke belakang beberapa langkah sebelum berlari dari sini , dan taehyung perasan sesuatu

dia menangis ?

❤❤❤

haera menangis sambil memeluk lutut nya . dia kini berada di dalam bilik nya

hujan menitik satu persatu dari dada langit sebelum menjadi lebat . suasana dalam bilik tersebut sangt kelam

''yoora..''

haera bangun dan berjalan perlahan2 keluar dari rumah . dia tidak menghiraukan hujan yang membasahi tubuhnya kini . wajahnya nampak sangat

kosong

dia berjalan di dalam hujan untuk beberapa minit sebelum sampai di sebuah tasik buatan manusia yang berdekatan rumahnya

haera pandang tasik tersebut sebelum air matanya jatuh . susah nak cam dia menangis atau tidak kerana hujan yang agak lebat

lutut haera terasa lemah sebelum dia melutut dan terdudk sambil menangis sepuas hati

'ini semua salah aku !'

'kenapa aku yang x mati '

'wae...wae..'

haera hanya mampu menjerit dan melepaskan semua di dalam hatinya saja . dia tidak mampu untuk meluahkan pada alam ..

dalam dia melayan perasaan nya sekarang , tiba2 saja hujan berhenti . haera menyangka hujan dah betul2 berhenti namun sangkaannya meleset

''jangan hiraukan aku kat sini , buat macam aku x wujud '' kata taehyung sambil memegang payung

haera tidak mengangkat kepalanya , dia boleh cam suara siapa yang berada di tepi nya sekarang

''menangis lah sampai kau puas , lepaskan semuanya .''

haera hanya menunduk ke bawah sebelum bahunya terhinjut hinjut menangis

''hmm'' halus sahaja suara yang dikeluarkan oleh haera hampir tenggelam dengan hujan

sedang leka haera melayan perasaan , taehyung duduk disebelahnya . haera seperti tidak menyedari kerana terlalu tenggelam dengan mainan perasaan

taehyung tidak tahu kenapa dia sanggup buat macam ni , hati dia sakit bila lihat haera menangis . mungkin kerana haera seorang yeoja dan haera tidak pernanh melakukan kesalahan kepadanya jadi tiada sebab untuk dia tidak menolong nya ...

BLACKWhere stories live. Discover now